Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, November 30, 2005

Report Awal Acara Kitammm Berjemaah PFS

Laporan ini ditulis oleh Vad dan dikopipes oleh sempoii..hehehe!

Setelah dipospon beberapa kali dgn jayanya maka semalam jadik jugak acara Makan Kitammm Berjemaah PFS. Ye arrr memasing bz sesemenjak dua ni. Ada yg dah jadi diva, jadik businessman luar negara, jadi penjual barangan ‘prapppp’, yg panjat tiang letrik tak turun², yg gado dgn makcik A tak bebaik, yg sesat barat manjang, yg kawen, yang kawen tak bagitau *hohoho*, yg ektip men bolibol, yang susah dapat permit aka posponnn manjang pun iyer gak.

Susunan kehadiran mengikut kronologi kerusi :
1. Tsuwaiem yang Terchentar
2. Makincik Elya peknen nam bulan
3. Kak Iffa Champion of Sesat Barat
4. Abg Shalim Isketambola
5. SM Diva Topblogger
6. Abg Is ‘the Samy Vellu man’
7. Azizi ‘Mr. Erica’
8. Yana adik Amylea @ sikerinting
9. Kak Aidid Prappp
10. Ted ‘ The Gubra’... dia drive sensorang je dari Kajang *hint to org yg berlesen tapi tak bawak keta & org ada keta tapi tak reti bawak keta gak’
11. Sempoii Allergilucal
12. Spiral rambut merah ala² darah kering atas jalanraya
13. VAD ‘the pospon man’ Stappen
14. Adik Rose
15. Man somi Rose
16. Rose Ngap Sayot

Yang gagal hadir bersebab. (tak datang pun aku letak link...hehehe)
1. Shay - ada teleconversation sama ittew Mat Salleh maskul katanya.
2. Nart - Duk sensorang kat opis kelaparan buat report nak submit ari ni
3. Oraet - Sama alasan cam Nart hehehehe
4. Stokin - Masih lagi mode sedey... *ikon doa Inche Burn cepat semboh yach*
5. Ijingeboo - Dia kata dia bz tapi pastu K Aidid dapat tau dia ngedate sama Apis.. ciss
6. Frodo - Dia kata dia tengok ‘Natasya’ tapi kitorang saspek dia men bolibol kat TTwangsa.. hohoho
7. Buyong - Dia tunggu Frodo datang jemput dia tapi adoo..
8. Srox - atas sebab² kesihatan wife tercentar <- ni aku yg tambah..

Tetamu VVIP Ijip pun gagal hadir pasal dia kata somi dia tak kuo rumah masa weekdays *hohoho alasan*. Yg lelain masih hybernasi as usual.

Makanan² yg diorder sungguh sedaps sekali yak’ittew :
1. Asparagus goreng belacan
2. Tauhu masak.. er apa ek?
3. Ikan siakap steam
4. Butter prawns *tu arr ko Ijip tak datang.. sedaps wooo*
5. Dan lauk VIP - Kitammm masak cili buleh cicah sama roti.

Sesambil tunggu lauk sampai & semasa belasah lauk gak antara topik² yg hangat dipasaran ialah :
1. Gossip hangat Azizi & Erica
2. Sutun akan ada Sutun II
3. Citer wayang cam Gubra, Rock dan lelain
4. Soccerstar
5. Kain Pua Kumbu sarawak
6. Penerangan kegunaan gambir sarawak ‘yg betul’ oleh Abg Shalim.

See, mana de kitorang citer pasal Mawi ke, AF ke.. AF dah basi arrr.. move along hehehehe. Lepas sessi gegambars & pembahagian harta ‘kata K Iffa’ kitorang pun balikkkk. Tah bila tahun lagi la leh makan2 camni tanpa kena pospon. Ni laporan awal yach tuan². Laporan lengkap bergambar beserta BC *blog conference* akan dibuat oleh Cik Waiem. sebarang soklan wartawan leh ditanya di situ.

Pelapor acara terjun papan anjal Sukan Sea
VAD

Sunday, November 27, 2005

Hepi besday cik Sherry...(bkn nama sebenar pun)

bethdey? no hadiah? Padiayyaaappppppa! dusyummmmm!!!!

Allah selamatkan kamuuu...
Allah selamatkan kamuuuuu...
Allah selamatkan Cik Sherry sempoii..
Allah selamatkan kamuuuuuuuu...
huhuhuuuuu...
With all of the changes
that you have been through,
And all of the new things
you're choosing to do,
This birthday's important
is marking the start,
Of following all of
the dreams in your heart.
Wishing you all your dreams come true on your Birthday and Always...
-sempoii-

Wednesday, November 23, 2005

Apdet weiiih apdet!

Aduuhh..aku dah lama tak apdet sampai ada org jumpa tikus putih dalam ni. Punyala bersawang blog nih..huhuhu.. macam² menda nak citer tapi tak tercerita. Ekceli aku ada apdet blog kat word tapi tak publish jer. Tiap kali aku nak online, makcik A ada jer ngacau. Hari ni dia half day. So baru la leh apdet..hoyehhh! Okay aku apdet by event la eh..cerita raya pun nak crita jugak ker? Dah terbasi di pasaran dah tu.. citer sket² jer la ek. Kalau malas, klik jer sini. Yg tak leh klik tu, lom apdet la tuu..tee hehehe

1) Open haus Artakus dot net
2) Rumah terbuka separuh pintu dan dua² pintu pertama, ke-2, ke-3 dan ke-4

Abg Dins vs Batu karang

14th Nov 2004 (Isnin)

Hari Isnin kul 4 pagi Abg dins sakit kat pinggang kiri. Dia kata sakit mencucuk². Aku letak minyak angin. Bila dia dah tak tahan sangat dia trus gi klinik sorang² drive, aku jaga budak² kat umah sebab derang still tido. Risau gak aku boleh ke dia drive sesorang. Nyesal pun ada gak sebab aku tak drive. Ada lesen pun peram sampai 5 tahun, asik renew tiap tahun. Bila dia balik, aku punya la tak sabar tanya “dokter cakap sakit apa?”, dia jawap ngan muka takde perasaan “batu karang...”. Perghhhh! berderau darah aku. Aku dah tak tentu arah. Lepas makan sume ubat, dia tido. Aku dok termenung lagi cam tak caya. Sakit batu karang nak kena wat camner ek? Aku ni dah la buta bab² medik ni. Aku reti camner nak handle semput jek. Nengok medik tv pun phobia banyak sgt tunjuk darah. Aku amik half day. Bakar (adik aku) datang, antar budak² ke umah mak. Pastu aku balik umah, jaga Abg dins, ekceli tak byk jaga pun, aku yg banyak terlelap. Just in case dia nak gerak pi bilik air. Cara jalan pun bongkok2 cam ruku’ gitu. Memang sakit sangat la tu kan. Siann dia…

Petang gi opis Bakar hantar, on the way dia nak balik ke kuitho, batu pahat (batu lagik..phobia). Buat keje pun rasa cam tak best jek. Sikit² tlepon bang din. Memang satu keje pun tak jadi. Kopi dah 3 tin aku bedal. Still tak tentu arah. Salu kalau minum setin, jiwa cam nyaman gitu utk 2-3 jam. Petang, balik keje naik bas. Razak (adik ipar) hantarkan Abg dins gi klinik panel pastu dokter bagi surat suh masuk SMC jugak. Masuk SMC Wad 4b, no katil 444. Uwaaaa! Macam la tader nombor lain. Cina kata tatak ong. Dah la petang tu kan, motor adik lelaki aku rosak. Dia kena tumpang kawan. Pastu mak aku dapat duit singgit ada conteng “Bad Luck” ngan cap jari warna merah gelap kat blakang duit tu, adik aku kata cam darah. Trus mak aku koyakkan duit tu. Kalau Mawi tau tu sure marah, mawi kan pernah tolak permintaan sorang peminatnya yg suh sign kat duit, ni kan plak pi koyakkan duit. Oppss!! apa citer Mawi lak ni.. Tapi aku cakap kat mak aku, tak boleh caya benda² gitu nanti khurafat.

Kul 11 malam, aku pi sepital bawak barang² Abg dins. Wallet pun dia tak bawak. Dia masuk sepital guna kad kerja jek. Masa nak masuk sepital kena tinggalkan ic kat guard sebab dah lebih waktu melawat (melawat abis kul 9). Sempat lagi pak gad tu perli aku "wahh..ic lama ni. bila nak buat mykad? tunggu nak dapat myvi kaa?" . Aku sekeh jugak derang ni karang. Biasa la tipikal malaysian. buat keje lat minit..ahaks! Malam tu tido kat umah mak sebab Abg dins tak kasik jaga dia kat sepital, dia suh jaga budak. Lagipun situ wad lelaki. Alahai syedihnyaa…sob! sob! sob!

15th Nov 2004 (Selasa)

Keje cam bese, walaupun hati berat jek nak keje. Tghari Abg dins sms, “kena “tembak” kul 2 ni”. Hohh?? aku call balik tanya, “tembak ngan apa?”, dia jawap “ngan pistol”…adehhh sakit² pun leh wat lawak. Dia kena buat rawatan laser sebab saiz batu karang tu cuma 3.99mm jer. Kalau besar baru la kena operate. Dia janji lepas abis, dia call aku. Kul 6pm, tak call². Aku cuak. Aku mengadu kat member “anyam ketupat” aku. Dalam mengadu domba tu sempat gak la berazam itu ini. Azam nak jadi isteri yg rajin, nak jadi isteri yg baik, isteri yg rajin masak (aarr yg tu nak kena revise balik kot). Aku sedih sangat. Takkan lama sangatkan. Penantian satu penyiksaan. Zahir dan batin.

Balik keje ngam² 5.30pm, daddy datang amik ngan budak². Pastu trus gi sepital. Budak kecoh sgt dalam keta, sampai terlajak jalan. Caught in the traffic jam. Kalau idak dah lama sampai dah. Kul 7 sampai, member sebilik dia kata bang din baru kuar dr laser treatment tu setengah jam lepas. Humang aiiii…lamanya. Kesian Abg dins..

Balik dr lawat Abg dins kul 9. Tido kat umah mak lagi..uhuk! uhuk!


16th Nov 2004 (Rabu)

Gi keje naik bas (lagi). Abg dins sms cakap tghari ni insyallah kuar sepital lps check up. Alhamdulillah. Dokter bagi MC seminggu lagi sampai 23 haribulan. Berbunga² hati bila tau dia nak kuar. Umang aii..lama tu. Rehat bebanyak, jgn pikir Taekwon-do je, ok?

Ada 2-3 orang dr geng Joe Perantau nak pi visit Abg dins petang ni, sib baik aku sempat bagitau dia dah kuar. Apapun aku terharu sebab korang bukannya penah jumpa ngan asben aku pun tapi sudi jugak nak visit dia. Time kasih atas ingatan.


17th Nov 2004 (Khamis) – 22nd Nov 2005 (Selasa)

Abg dins MC. Rehat kat umah. Tapi nama jer rehat, ada jer benda dia nak buat. Tiap kali aku balik, ada jer susun-atur perabut umah dia ubah. Tetiba bertambah meja kecik² (cam bangku) yg dia buat dr belen² kayu breaking masa demo Taekwon-Do. Kayu tu dari kayu jelutong. Kuat. Dia kata sayang kalu buang. Siap “shelek” lagi tu.

23th Nov 2005 (Rabu)

Abg dins still on MC. Lps dia hantar aku pi keje, dia trus gi SMC nak kena buat check up sekali lagi. Pastu kul 11 dapat sms dr dia “dah scan..batu dah takder. Esok dah kena keje..Uwaaaaaaaaaaaaaaaa!” <- haiyoooo ini macem worang pun ada. Saya nak amik kesempatan ini utk mengucapkan time kasih kpd sesapa yg mevisit Abg dins kat sepital dan mendoakannya cepat sembuh tempohari. Kepada student Taekwon-Do yg sorang pun tak gi visit dia, abiss la korang, teruk la kena bambu besok..aiyookk tatau. hehehehhe..

Friday, November 18, 2005

Interview Kirja

Di suatu pagi yg hening di bulan pose yg indah aritu (ayommmaaa!), lps kena marah ngan bos mat saleh, aku dapat call dr seorang “pemburu kepala”. Dia offer aku kerja kat salah satu kampeni Multinational oil n gas kat KL. Gaji mmg lebat la. Aku dah la baru kena marah, jawap pun nak tanak jer. Lepas dia tanya macam², dia suruh aku hantar cv kat dia pagi² buta esoknya. Yaa aampuun!!. Cv aku dah 8 tahun tak apdet. Sedangkan blog pun sebulan berapa kali jer aku apdet, inikan pulak cv yg ntahapahapa tu kan. end up, aku tak apdet pun. Malas. Jual mahal konon. Besok dia call lagi, tanya dah hantar blom? Aku cakap aku bz, tak sempat hantar. Dan² jugak dia kata dia dah "vadkan" (pospon) meeting ngan kampeni tu ke minggu depan. So dia bagi masa aku lagi sehari apdet cv. Aku conteng² kat kertas pastu aku bagi kat asben aku suh dia apdetkan. Sungguh la pemalasnya aku. Asben aku kalau buat cv mmg bidang dia la. Kalau dia buatkan cv utk tukang sapu pun, aku rasa kampeni leh trus amik orang tu jadi Manager Health and safety. Mengayat nombor satu. Camtu lah cara dia mengayat aku dulu.. :p

Lps dia remind aku 2x, baru la aku email cv tu kat dia. Ingat kan lepas bagi, dia senyap la kan utk beberapa hari. Dan² jugak dia nak buat appointment nak jumpa aku hari senin minggu depan. Ada² jer la minah ni. Aku dah la bz tahap cipan time tu. Senin tu, jumpa jugak la minah tu kat Starbuck lps opis hour. Dia order “Rhumba”. Aku pose. Crettt. Terkebil² aku ngk dia minum air peberet aku tu. Sesi soal menyoal tu ambil masa lebih kurang sejam setengah. Terer gak aku merapu.

So, ari Rabu 16/11 dia call suh gi interview Jumaat tu. Aduh capek jantungku..Dah 8 tahun aku tak gi interview. Lps grad dulu aku cuma pi interview 3x. First kat satu kampeni IT kat KL tu, seken kat kampeni skang, third kat Samsung Senawang tu ha. Masa interview Samsung tu aku baru lps kena ciken pox, pakai bedak 2 inci nak kaverina parut. Ada satu jer aku tak pi sebab jauh, kat Pasir Gudang. So Jemaat tu aku gi jugak la. Asben aku yg on MC tu pi hantarkan.

Lepas isi boring yg macam borang “income tax” tu, sampai la turn aku. Aku ngk sebelum tu sorang² kuar ngan gaya werll. Aku pi ngan baju kurung jek. Asalnya kena interview ngan 4 orang, last² ada 2 orang jek. Dia tanya soklan bese, cerita pasal diri sendiri dan apa yg aku buat selama 8 tahun keje ni (tak termasuk “buat bodoh”). Lepas tu turn mamat HR tu tanya aku “ada apa² soklan nak tanya tentang kampeni tu”. Ngeh! ngeh! ni yg best ni. Ekceli kampeni ni dulu client aku, so sebelum interview sempat la aku ngk “history” dia kat database opis. Dia last hantar data last year, tapi dah 2 tahun tak masuk report. Si “pemburu kepala” tu kata kitorang dah lost ngan satu kampeni lain “H” (bukan nama sebenar jugak). So aku pun tanya la (lps ditrenslet)..

Aku: “napa tak jadi client kitorang lagi?”
Dia: (muka terkujat) “ehh…still guna kampeni korang cuma ada certain survey jer kitorang guna si.. si (aku nyampuk si “H”?) aaarrr si “H” tu la”. Waaah you lagi tau dr I arr..
Pastu aku tanya lagi (mmg tak sedar diri tak henggat aku time tu)
Aku: "Oooo iya ker. Kalau gitu, napa tak hantar data this year? last sekali hantar data last yearkan. Bulan 4."
Dia: “errr yg tu kita akan check ngan si polan, napa dia blom hantar lagi data kat you all”
Aku: "tapi kampeni ni dah 2 tahun tak masuk report..kenapa ek.."
Dia: "You ni macam bukan datang interview tapi macam spy kampeni la plak.. hahahahaha!" (kitorang gelak sama², tapi aku gelak kaverina)


Sah aku tak dapat keje tu.. ahakss!

Moral of the story: Jgn lawan tokey time interview.
:p

Wednesday, November 09, 2005

Terbasi di pasaran - cerita raya seorang sempoii

Cerita beraya Deepavali boleh didapati dalam entry ini. (hehehe sama la tuuu)

Dua hari before raya (Deepavali), aku ngan Abg Dins tatau nak buat apa siangnyer tu kan. Kang terlebih gurau lain lak critanya. Bulan² pose ni..hahaha! So macam biasa, bila kitorang tatau nak wat per, kitorang akan cat umah (jgn memain!). Kitorang mmg tatak plan punya. Main belasah jer. Tempat sasaran kali ni ialah dinding sepanjang tangga yg penuh ngan cop tangan comot si syamil. So nak kaverina, kitorang cat separuh jek sebab plan nak letak border. Tak la lama sangat, sejam jer kot ngecat. Pastu memuji² diri sendiri tu yg lama, sampai berjam². Especeli Abg Dins, apa cerita pun, end up ngan crite “cat dinding kat tangga” tu jugak. Eksited ler tu. Malam tu lps raya umah si Jay kat Kuala Selangor, Memen tumpang tido umah sebab dah lewat sgt. Sampai umah kul 1.30 pagi. Kul 2 pagi tu Abg dins ngan si Memen pasang border kat tempat dah cat tadi. Aku? aku ngk tv.. rajin kan?

Sehari before raya plak, kalau orang lain dah sibuk² nak buat rendang ke apa, aku dah set hari tu nak buat ketupat. Dalam family besar aku (adik beradik 7 org, besar² juga :p), campur mak ayah aku, HANYA aku sorang jer leh nganyam ketupat. See..aku bukan setakat leh nganyam ketupat ngan srox tetiap hari, tapi aku juga leh anyam ketupat utk dimakan. Kesian kat mak aku, tetiap kali aku raya kat kelantan, terpaksa lah dia buat nasik impit. Adik beradik lain jgn harap nak belajar nganyam, 10 kali aku ajar, 15 kali derang lupa. Aku blajar nganyam masa form 2, masa kat asrama sekolah kat klang dulu. So, akulah anak harapan “anyam ketupat” hehehe..

Masa abg din gi hantar Memen ke stesen lrt, aku gi umah mak. Sampai jer at umah mak, mak cakap “tak jadi buat ketupat, daun tak jual kat pasar”. Hoh!..kena makan nasik impit gak ker. Tak werlll la gini. Uwaaaa!! So aku tukar aktiviti, sapu² laman umah mak, ni keje peberet aku masa aku kecik sampai la muda remaja. Since aku tak suka masak, so aku tune “tugas² khas” sapu laman. Asalkan mak aku tak bebel kata aku malas wat keje umah. Balik umah, abg din cakap cat banyak lagi. Cina tu kata cat tu leh tahan seminggu je lps bukak. So kitorang decide cat ruang tamu plak, tapi border dia pakai kayu. Setengah jam siap, maklum ler dah expert. Pastu pensan separuh hari. Penat menyapu tadi tak abis, campur penat ngecat plak. Adehh! Nyaris termiss buka pose. Patut buka kat umah mak ngan semua dik beradik, sebab malam tu nak main bunga api ngan mercun sesame (syhhhhh! Jgn kasitau pak polisi yachh!). So, lps isyak, gi jugak umah mak main bunga api ngan mercun ngan semua anak buah dan ngan mak bapa anak buah sekali. Malam tu kul 12.00 tgh malam, aku ngan kakak n adik aku yg sarat ngandung tu (baru 4 bulan dah nampak sarat), ngan asben memasing gi ukur jalan kat jalan TAR. konon nak beli kuih. Tak la banyak beli pun, beli kerepek ngan maruku jek. Kalu beli kuih tak tahan lama. Budak² semua adik aku Teha jaga. Kena bayar upah 10 hengget. So malam tu dia dapat 30 hengget. crett! Masa shopping, terserempak ngan Alangz kul 3 pagi tuuu, tegur dia. Pastu terserempak ngan adik Rosyam Nor. Aiyooooo! yg ni mmg tak terkata. Aku mmg minat banget kat dia ni (abg dia minat sikit² jek), sejak dia berlakon citer drama bersiri "dendam terlerai". So terkaku jap la kat kaki lima kedai tu. Dia pun cam terkaku sebab tak penah ngk org terkaku ngk dia agaknya (ke aku yg perasan). Pastu lepak kat stall jalan Doraisamy, pekena sup ekor kul 3.30 pagi. Balik umah kul 4 pagi.

Pagi raya, gi umah mak. Serba purple tahun ni. Lps semayang raya, pergi ziarah kubur anakanda tersayang, Wan Mohammad Syahmi Hakimi. Kali ni aku bawak syahira dan syamil sekali. Nak kasi derang kenal kat mana abang Syahmi “tinggal”. Sebab tiap kali lalu depan Johawaki kat subang tu, syahira sure tanya “mama, kat atas bukit tu tempat abg syahmi tinggal kan?”. Before balik, syamil lambai² kat kubur tu sambil sengih happy. Ntah apa yg dia nampak. Wallahuaklam.


Pastu baru la salam² ngan adik beradik, mak daddy. Tukar² angpau…err bukan tukar, bagii..uhukk! tahun ni derang semua dapat angpau mawi..ngeh..ngeh..Petang raya umah Uwan (nenek) kat seremban. Sepanjang jalan, aku tido, tido dan tido.

Lps tu raya ke 2 hingga ke 6 punya la boring. Aku pandang Abg Dins, Abg Dins pandang aku. Dok memerap jer kat umah. Bila ada sedara datang umah mak aku, baru la aku pi. Cuma masa raya ke-6 tu best sikit, member sekolah menengah databf beraya. Yus ngan Mieza datang bawa anak. Zarina still single. Havoc umah nengok album masa sekolah dulu. Sib baik Abg Dins takde sebab dah start keje. Pastu gosip² sipolan (kawan kitorang, bukan hurup sebenar) dah kawen duaaaaa….isk laju jer citer pasal gossip. Pastu kitorang beraya umah Manap kat shah alam.

Pastu raya ke 7 dah kena keje..uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!