Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, December 22, 2005

Bulan besday dan Cruiser 250

Ni la motor yg tak ensem langsung tu, yg aku dok naik tetiap pagi tu..huh!
Bulan Disember ialah bulan Hepi Besday bagi family dan sorang-dua kawan aku. Orang lahir bulan Disember ni untung, sebab dalam kelas dia paling mudakan.

6 Dis – Yasin_azmi yg ke 34 thn. Dengar citer dia dapat baby baru sama ngan besday dia tahun ni. tahniah Mie!
7 Dis – Vad stappen yg ke pertengahan 30-an rasanya..huhuhu. Puun dapat baby baru 15 Dis lepas. tahniah Vad.
11 Dis – Kakak aku, Fifi yang ke 34 tahun. Tuanya koooo Fi..hehehe!
14 Dis – Ayah aku, yg ke 60 tahun. Jaga kesihatan yer Dy..
15 Dis – Anak Srox, Adam yg ke 4. Takde besday party cam tahun lepas ke Srox? Baby boy baru vad pun lahir hari ni. Dah pi nengok ngan makincik, cuuuunn…putihhh…geboooo…ada iras muka vad masa dia jinjang dulu..diulang, masa jinjang dahulu..heh!
16 Dis – Abang ipar aku, En. Halim (dia x-boss aku masa keje part time kat airport subang dulu, sebab tu sampai sekarang kitorang panggil dia “Encik” instead of “Abang” :p) yg ke berapa ek?
17 Dis – Uncle Mus
18 Dis – My daughter, Syahira yg ke 6. Rupanya masa dia tadika dulu umur dia baru 5 tahun ++. Kalau dengar dia cakap, macam dah style makcik² dah.
21 Dis – Walid yg masih bertapa di dalam gua, yg ke-27. Bila nak menstabakkan diri lagi?

Selamat hari Ulang tahun u olsss. May Allah bless you forevehh..and evehhh!

So macam bese, family aku akan selebret besday sesame. Kali ni kat Chorus Paradise PD, 17 & 18 Dis hari tu. Kitorang stay kat 1 apartment, dapat apartment tingkat paling bawah plak tu. So aktiviti cam bese makan², potong kek, berendam dalam swimming pool sampai tak henggat, mak dan ayah aku jiwang² kat tepi pantai, budak² bebas main pasir depan apartment, bapa² budak cuci² mata tepi pool dan mak² budak sibuk control anak memasing.

Ehh lupa nak citer la, masa on the way ke PD, keta aku pancit. Tayar sebelah co-pilot. Adeh..teruk aku kena kutuk ngan asben aku, dia “tuduh” aku berat sampai tayar pancit. Sib baik ada abang² PLUS ronda tulun tukar tayar. Dah tukar, tayar spare kureng angin la plak. Sib baik sekali lagi abang² PLUS tu ada bawak pam tayar. Tulah..sibuk sangat sampai keta pun dah tak terjaga. Tq abang² PLUS.

Ehh lagi satu lupa nak citer. Keta aku tu kan sejak dua menjak ni memang suka meragam. Sejak asben aku “hangkut” satu motor Cruiser Kawasaki Eliminator 250 (yg handle tinggi tu) bawak balik hari tu, dia macam merajuk ngan tuan dia. Berderet alasan asben aku kasi masa nak amik motor tu - minyak naik la, jem la, rugi jalan dekat² naik keta la. Memula aku tak nak ngk pun motor tu. Sakit ati. Aku bukan apa, aku takut ngan satu “tabiat” asben aku kalu bawak motor. Dia boleh terlelap time bawak motor. Tak ke bahaya tu. Masa dia baru keje kat Sony dulu, salu dia kena sound ngan toll gate girl sebab dia “ter”masuk lane keta “lane motor kat sana bang”. Ada ka patut dia kata dia terlelap sat pastu tetiba dah sampai kat toll, kat lane keta plak tu. Risau aku dengor. Tapi kalu dia sesaja masuk situ nak ngorat awek toll tu pun, mana aku tau kan, hmmm.. *sambil urut² dagu*. So kali ni dia janji tak tido² atas motor lagi. Boleh caya ka ni?

Dah seminggu motor tu kena selubung kat depan umah (dia tanak aku ngk, takut kena marah), minggu ni baru ler sejuk sket ati aku. Dan selasa lepas first time aku naik motor lps kawen..hahaha.. Terasa cam awek mat rempit pun ada, dok menonggek kat blakang tu. Sah² berapa bulan lagik, punggong aku makin tonggek, bahu aku makin bongkok, semput aku makin teruk. Tapi satu yg tak bestnya, kalu naik keta aku ada time tido extra. Tapi naik motor, tak leh tido², sat gi tercicir tengah jalan. Pastu sempat la kaki sesemut 2x, punggung rasa kebas semacam jek. Tapi yg bestnya leh peluk orang kat depan kuat², tu lom termasuk buat emergency break banyak kali tu kan :p

So rutin baru. Pagi², hantar budak naik keta. Pastu balik, amik aku naik motor. Macam nak kena diet jek ni. :p

Wednesday, December 07, 2005

MyKad oh MyKad!

Hari Rabu minggu lepas aku buat mykad. Tv ngan paper cakap, sapa buat mykad before atau pada 30th November akan berpeluang dapat cabutan bertuah – hadiah sebuah MyVi (ko jangan kutuk aku vad, mana la tau rezeki aku..huhuhu!) Macam biasa, aku akan amik date paling terakhir sekali :p Sampai sana dah kul 7.10 pagi, orang dah menjalar beratur. Kul 7.30 Bib join sekali sebab purse dia ilang sebelum tu so dia nak buat kad baru. Aku orang yg ke 348 beratur. Orang jaga nombor tu cakap nombor ni kul 10 nanti baru kena layan. Tlepon opis, kata emergency leave..hahaha! Pastu terpikir, mana kitorang nak lepak sampai kul 10 ni? Tetiba makincik tlepon ajak bekfes, dia amik kitorang ngan keta. Bekfes kat Ka Fei Dian emkop, bukan kat kedai mamak biasa sebab takut terserempak ngan budak opis (secara khusus ialah makcik A) :p

Pastu makincik antar balik ke tempat buat MyKad tadi. Jam dah kul 9.30 tapi baru nombor 170. Ayyoomaa bila turn aku ni? Aku nengok orang sebelah aku tido siap berkeruh lagi tu. Pastu kitorang isi lerr masa lapang ngan bercerita tentang memacam – pasal boifren bib, pasal boifren bib dan pasal boifren bib. Kul 11.30 baru nombor naik. Kematu punggung dok lama kat kerusi keras tu.

Pegawai kat kaunter tu taip something kat komputer then letak jari aku kat pengesan cap jari tu.

Pegawai: "Tak match la dik"
Aku: "Haa? Apa lak tak match nyer."
Pegawai: *tenyeh lagi jari aku ke kiri ke kanan kat mesin tu* "btol la dik, tak match."
Aku: *diam*
Pegawai: *Pandang aku..renung baik punya macam la aku pengganas, compare² ngan gambar kat ic (ok! ok! yea saya dah gumuk)*
Aku: *buat muka blurr*
Pegawai: "Hmm..jalur dia langsung tak sama. Pecah²..tu yg tak match tu. Kes bermasalah, so lagi 3 bulan baru kad siap yer."
Aku: "Alaaaaa…"

Apakah kebarangkalian yg menyebabkan jalur² lama tu boleh ilang?

Pendapat aku: “Ni musti banyak sangat buat keje umah ni..sampai jari pecah², nak kena bagi tau bang din ni mintak kurangkan keje”
Pendapat kawan1 aku: “Sebab ko allergic kot, tu yg buat kulit ko tak sama cam dulu”
Pendapat kawan2 aku: "Banyak ketuk kibod ni, tak pun banyak sms"
(pulakkkkk)
Pendapat asben aku: “Dah gemuk…” uwaaaaa!

Crettt!

Monday, December 05, 2005

Jiran sempoii yg sempoi

Kalau la ada pertandingan untuk residen berhemah mingguan, nak jer aku calonkan diri sendiri. Ahakss!…perasan gitu. Ekceli hujung minggu lepas jadual aku penuh ngan aktiviti residen Taman kat umah aku tu.

Hari Sabtu lepas ada majlis AidilFitri (walaupun raya dah abis) untuk residen² Plot H. Konsep pot-luck tapi ada la main-course - lemang yg derang bakar sendiri malam sebelum tu sampai kul 2 pagi. Sib bek la aku tak join.. So nak kasik kaverina sebab tak join, aku buat la 2 loyang puding caramel yg derang salu puji² tak hengat kata sedap tu kan (bukan aku cakap tau..srox cakap, arc cakap, orang umah ujung tu cakap, orang umah aku cakap , mak aku cakap tu blom termasuk adik beradik aku yg cakap :p). Sib baik la aku sampai² jer, acara dah mula separuh jalan. So, tak la lama sangat nak tunggu time makan. Ada plak acara mengafundi utk pro-team 2006. Orang angkat tangan aku angkat. Orang sokong aku sokong. Semua calon aku sokong sebab aku tak kenal sesapa pun dalam majlis tu..huhuhu! Oleh kerana aku ngan asben mmg low profile kat situ (walaupun dah dok situ lebih 9 bukan, kalau ngandung dah bersalin dah tu), so kitorang tak termasuk dalam mana² ketegeri percalonan. Orang kenal pun idak. Tapikan, ada sket pelik derang ni. Tiap kali pengerusi sebut nama calon lelaki, adaaa jer nama penyambung kat blakang nama. Kalau dulu orang panggil Din panjang, Man pensan, Zul pendek dan macam² nama felik ikut identiti orang tu atau ikut sedap mulut orang yg bercakap. Tapi yg ni, nama² kereta derang pelengkap nama memasing. Ada Man Evo sebab dia pakai Mitsubishi evo, ada Zul perdana, Mat Honda. Kalau sama keta, dia tambah kaler kat blakang, jadi Rizal Perdana merah. aiyooo! itu maciam pun ada. Kalau aku pakai Proton Tiara ada harapan la orang panggil aku poii tiara. Ahakss! nampak ratu gitu.

Masa time makan, aku cuba la beramah mesra ngan jiran tetangga. Kenal sorang…sorang..sorang..since aku memang peramah, so senang la nak masuk line mokcik² ni..errr..ker aku ni memang ketegeri makcik²? hohoho..tapi yg unsangkarable tu kan, dalam low profile² aku ni, ada gak yg kenal aku. Ekceli derang tak kenal aku pun, tapi derang kenal asben aku. Ada yg tanya..”oooo ni wife enche sharifudin yg ngajar taekwon-do tu yeaa?” Pulakk…aku numpang glemer dia la plak… so berbasa-basi la aku “ehh..macamana leh tau ni?” dia jawap “Ooo asben saya salu citer pasal asben awak”.. Pulakkkk lagi satu kali! Ada sorang tu plak cakap “Oooo ni yg asben naik keta itam tu ek?”. Adeehh….asben aku jugak yg derang nampak. Walaupun most of the time, aku ada jer kat sebelah dia jadik co-pilot time naik keta.

Lepas majlis tu pulak, aku gi open haus umah jiran selang 5 umah. Sama macam kat majlis tadi, bila orang lelaki salam² mesti nak kait ngan keta memasing. Ntahapahapentah. “Oooo ni Din keta itam yg kuar umah pagi² buta tu yea?” ..cessweges. Pastu yg pompuan bila salam² sebut nombor umah.. “hai..saya umah nombor 26”, “saya yg nombor 38 umah ujung tu jer”, “saya umah nombor 16 yg kaler gate putih tu”. Cuma yg aku lom dengar “hai..saya umah korner lot ujung tu yg dah renovate cam istana tu”.

Dah start jumpa kawan baru, tak abis kat situ. Sambung lak pot-pet-pot-pet kat pintu pagar umah jiran sebelah plak. Kebetulan ada org datang umah dia pasang rumput kapet. Sambil ngk² cara derang pasang, sempat lagi pot-pet-pot-pet. Cerita peberet pasal maid (maid lari, maid jiran tu gitu gini, susah nak carik maid baru), pasal anak (anak sekolah pandai, tuisyen kat mana..bla..bla), pasal kerja (kerja buat apa, kat mana, bila naik pangkat (hoh!)). Aku macam bese dok promot suh anak dia masuk taekwon-do. Marketing kena baekkk. Dah kenal betul nanti baru leh citer pasal Zhulian. ahakss!

Besok plak, gi open haus umah jiran peramah semalam tu. Dia orang kelantan pandai buat nasik dagang. Aku buatkan satu loyang caramel utk dia. Promotion tak abih lagi tu. *wink*. Sambung lagi mini gathering kat situ. Orang laki kalu kumpul salu dok citer pasal rumah jer. Kalau ada komplin² yg lambat developer nak solve, wahh laju jer derang ngumpat. Yg pompuan tak lari dr topik² aku sebut tadi. Aku pun dok perati sorang², ada yg aku rasa aku leh ngam, ada yg aku rasa payah nak ngam. Tapi tatau lak kot² satu hari aku ngam ngan orang yg nampak takleh ngam tu kan. Manusia berubah. So aku tak leh cepat judge orang. Ada sorang pompuan tu tegur aku, lps kenalkan diri aku “saya umah nombor 29” trus dia kata “Laaaa..ni yg asben bawak keta itam, kuar keje pagi² (macam penah dengar je kan), balik malam² tu yea? Yg keje kat PJ tu kan?” Perghhh! jawapan, harus aku bagi 9.5/10. Rupanya semalam, dia ngan asben dia dok borak² ngan asben aku kat majlis raya tu tapi tak sempat borak ngan aku. Rupanya dia dok depan umah aku jer. Memang ler aku ni spesis tak kenal jiran. Selama 9 bulan dok situ, aku tak hirau hal keliling. Aku buat hal akuu jer (bunyik cam dah nak insaf dah ni). Asben aku ada gak join futsal ngan derang atau join operasi rukun tetangga (I’m proud of you :p). Aku? nan adooo.

Sedar tak sedar, ketika sibuk menginvolvekan diri ngan jiran tetangga, aku dah termiss 2 event ngan kengkawan cyber. Satu aku miss mini gath tagger Joe Perantau kat midveli kul 3pm..Uwaaaa! Anne dari Singapore naik KL. Terkilan tak dapat jumpa. Malam tu konon nak mengadu domba ngan si Delinn kot² ada mini-gath extended sampai ker malam ker.. Delinn jawap “Cehh! Dah terlambat..muakakakaka!” Uwaaaaaaa! Jiwa tertekan.. :p

Yg kedua aku miss MnG Textamerica kat Rum & Jungle, KL. Aku beria nak jumpa orang² TA especeli Azhari niterider (at). Dia sanggup mai dari Penang gi gath tu, aku yg dekat tak dapat pi. At kata , takper nanti jumpa lain kali. Insyalllah.

“Saya berharap ini meropakan satu permolaan untuk saya mencampurkan diri bersama² jiran ter-tangga. Pesanan hikmat masyarakat, “jiran seberang laut nampak, jiran depan rumah tak kenal, tegurla kalu terserempak, boleh la kita berbual²..padiyapppaa!” (sambil tangan² pusing² tujah langit). Sekian. Karam Singh Wallley-arr melaporkan dari studio sempoii.