Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, January 27, 2006

Buli Balik bebb!



Date: 26th January 2006
Tempat: Golden Screen Cinema, Berjaya Times Square KL.
Kul: 9.10 pm

Banyak scene best! Tapi jenuh la kalu nak list downkan satu² kan. Hans makin buat muka bodo makin comel. Afdlin mmg sentiasa lawak walaupun tunjuk muka selamba-derk, orang blakang aku boleh gelak tak hengat. Kuar panggung, Afdlin dah stand by kat luar nak dgr feedback dr penonton/peminat. Satu approch yg bagus, boleh la dengar komen penonton secara langsung dan dr side lain, penonton rasa dihargai. Komitmen cenggini mmg tak leh dipaksa, datang dr inisiatif pengarah sendiri. Wai em dgn rakusnya tanya “Cip! cip! yg sebenarnya cip mati ke idak?” hohoho! sadis sunggoh soklan.

Tahniah Cip Kodok! Teruskan lah usaha melahirkan idea² yg lebih kreatif dlm pelem² seterusnya. Looking forward to see your next “baby”. Berusahalah Sinchan!

Ehh lupa lak, tq pd kak aidid yg kasik nompang saya balik sampai ke emkop.

Gambar cam bese baik-nya-cilok dr wai em :p

Wednesday, January 25, 2006

Final Hits 1 - review ter"vad" @ terpospon


Hari : Jumaat, 20 Januari 2006
Masa : 9pm

Tempat : Auditorium RTM


Yg ni betul² last minit nyer plan. Err tapi tak sempoii la kalu bukan last minit kan? kan? kan? Aku sebenarnya tatau menahu langsung pasal final hits 1 ni. Yg aku tau masa wai em tlepon, dia ada cakap “mawi adaaaaaa..”, tu yg trus nak pi tu. ;p

Kedatangan aku disambut oleh vad dan motor elegan dia. Dia eksen la dapat kuar-masuk-kuar-masuk angkasapuri ngan pass visitor dia tu, sebab dia keje kat situ, tapi bkn keje ngan RTM la, Cuma menten sistem situ jek, dia katalah.. :p. Untuk memastikan yg kitorang patut berbangga mempunyai rakan yg keje kat situ, vad pun offer la bawak keta wai em masuk parking dalam kawasan angkasapuri. So tak yah la susah² kan lutut nak jalan kaki ke dewan.

Pusing² carik kedai makan. Kedai makan ada la 2-3 tapi yg cam warung² tu punyalah penuh, jenis yg minum secawan borak berejam-jam. Kitorang yg btol² lapar tak hengat ni, kena sabor je la ngadap spesis² gitu. Pastu decide makan kat café dia. Err aku sorang je yg makan ekceli, pastu baru vad join. Yg lain pi cop tempat dalam dewan. Pastu sekali lagi vad kuar balik ngan keta wai em, and amik ijin and the gang yg baru sampai kat pintu pagar. Kira dia jadi pak supir tak bertauliah la malam tu. Tq vad, jasamu di kenang…hik hik hik!

Dalam dewan, punya la ramai manusia. Ada yg masuk guna tiket final hits 1, ada yg guna pass visitor and ada yg guna pass ayah dia. Iskk..tolong laaa. Serius weih, ada sorang pak gad tu tanya sorang budak lelaki “dik, pass tu sapa punya” sambil tunjuk pass yg dia gantung kat leher, budak tu jawap “ayah punya”. Aiyooo! Macamana la boleh lepas masuk ngan pass tu, kalu gitu semua staff la leh masuk dalam auditorium yg besar sikit jer dr kedai mamak kat emkop tu. Haru tul. So ramai la yg kena duduk kat tangga² sepanjang jalan tu termasuk la yg betul² ada tiket. duuh!

Antara PFS yg ada, wai em (ngan adik dia), kak aidid (ngan adik dia), Lan dan ijin. Vad tak masuk sebab dia kena balik Mersing malam tu. Lan plak bengang ngan satu kapel ni sebab sehabis boleh dia nak gak duduk kat tempat yg dia dah cop utk wai em dan adik dia. Lepas bertekak, aku ngk muka Lan dah len macam jek, nak kaco pun tak berani. Syian Lan. Bebanyak sabo yer lan.

Program start kul 9 mlm, live kat Tv1. So bila live, banyak sikit la guna tenaga nak elak² muka dr masuk kamera. Hahaha! aku bukannya suka sangat glemer² masuk tv ni kan (cam tak caya jek :p) Overall ok la. Aku suka Azharina ngan “Elergi sepi” stail sentap² cam Misha Omar masa Juara Lagu dulu tu. Sib baik tak hentak² kaki. Mawi ngan lagu “Aduh Saleha” versi Sepanyol pun best. Meriah, Cuma rasa meluat plak ngan dancer yg iring dia, macam tak kena. ker aku yg jeles? hahaha! Pastu tetiba orang sebelah aku terhenjut² bahu nangis sesorang. Terkedu aku 5 seken. Pulakkk, nape nangis lak nih, aku dengar lagu Leon pun tak penah nangis :p, ni dengar lagu Mawi patut hepi la kan.…huhu! ada la tuuuu sebabnya..Mengimbau kenangan lama agaknya. pis-pis kacang pis! Praaaaapppp!

Pengacara Azwan Ali dan Saiful Apek pun macam tak berapa ngam. Apek asik kutuk Azwan Ali gumuk, Azwan Ali banyak kali sentaps. Yg si Azwan Ali plak kekadang very derr over. Konsep baju futuristic sungguh la menampakkan ciri² keRTMan. Baju kilat² tak sesuai la ngan majlis cenggini. Nampak yg “sihat” makin “sihat” ok! Bak kata wai em, “RTM ni, kalau nak komplen mmg tak cukup, dah letiihhhh”.

Result malam tu pun dah leh agak. Cuma ramai yg terkilan sebab “Gemilang” menang, bukan “Aduh Saleha”. Nampak macam budak AF mampu menang sms jek, kalau pakai juri baru la artis Malaysia Idol yg menang. Cuma persembahan terbaik tu, macam sesuai bagi kat Azharina sebab masa dia nyanyi, bulu roma meremang beb. Tapi tu semua rezeki memasing.
aik!! kepit duit kat ketiak jer kak? huhuhu!

Lagu Terbaik (1st): Gemilang Jaclyn Victor (dapat RM25,000)
Lagu Terbaik (2nd) : Elegi Sepi Azharina (dapat RM10,000)
Lagu Popular : Aduh Saleha Mawi (dapat RM10,000)
Persembahan Terbaik : Jaclyn Victor (dapat RM5,000)

Balik pastu, singgah Bangsar "supper-dek". Abg dins datang jemput ngan bebudak. Makan roti garlic nan sama itu Tandoori (aku makan roti jer la). Yummy-yummy. Sampai umah dah kul 1.30am. Aaaargh ngantuk aarrrr!

Monday, January 23, 2006

Bowling Tournament with Kekodoks

Pemain import dari kiri: Nart (dr Bali), Abg Dins (dr New York) dan Abg Carl9 (dr San Francisco), Pemain asal dari kanan: Kak Aidid dan wai em dan Cip Kodoks tersepit di tengah²

Tempat: Ampang Bowl, Ampang Point
Kul: 3-7pm
Group: Kita ada Misiiiii!
Pemain asal: wai em dan kak aidid ajer :)
Pemain import : Nart, Abang Carl9 dan Abg Dins
Pom-pom girl: sempoii, orang kampung dan anak² kak aidid dan sempoii

Pemain import kebetulan lak pakai baju ala² obersea. Nart dari Bali, Abg Dins sidekick dari New York, Abg Carl9 dari San Francisco, errr dan sorang pom-pom girl dari myammar..muakakakaka! (gelak guling²)

kisah benar: "Saya tidak peknen, baju tu besarr ok!";p

Syahira ngan Syamil eksited jumpa ngan Cip Kodoks, errr mama dia pun. Pastu bila dia nampak Umie Aida, dia trus cakap, “mama..mama..tu yg ada dalam citer mama suka tu”. Hehehe! Mmg aku suka pun ngan citer “Dalam hati ada cinta” tu. Cinta bersegi² antara Wan, Lan, Alia dan Tina. Memang letih la nengok citer tu, tak abis². Nengok citer tu dari season pertama sampai la ke-3, kalau ulangan pun nak jugak nengok. Selain dr tu, itu tokey pajak gadai “uncle wong” pun ada. Afdlin salu panggil dia Kodoks Senior Citizen. kiut kan?

Dalam reramai kekodoks semua tu, terjumpa la balik junior time belajar dulu (
Nina dan Razak) yg pernah belajar Taekwon-do ngan Abg dins. Kira x-student dia la. Kecik jer kolam tempat kekodoks berenang ek. Pusing² jumpa jugak.

(apdet: tadi baca blog nina, dia ada mention pasal we all hehehe!)

"Owh.. I met my taekwon-do instructor during the tourney. What a small world. It has been more than 11 years now since my last upgrading with him. He and his wifey played just next to us. Last time I met them both on their wedding and now they are blessed with a pair and I think K Ina is expecting another one soon. The pair is so cute. Sadly, I did not take picture with them though. We were all busy with the game and I did not notice when they took off..... It was so thrill to see them again. Aaaaa.... all the mental pictures of my previous time flashed one by one. I can still remember how he trained me from a fresh white belt to my position now (with different instructor). I owed him big time!"

(sempoii says: aiyaarkkk!...hahaha! bila masa sempoii peknen? macamana aku leh tatau aku peknen nih..hohoho! ekceli, sempoii masih berbadan 1. Takper, nina pun dah edit entry dia. now you see, now you don't..hehehe!. it's ok nina, ahkak ampunkan :p)

Kul 4 baru game start. Main 3 game. Tak mahal, 13 hengget jek u ols. Main sampai pensan. 1st game dapat 674, 2nd game dapat 699 ni bukan setakat kak aidid jer tak leh tido ni sebab lagi satuuu jek nak 700, nart pun sama sebab dia dapat 199. tak tido 3 hari 3 malam lerr ko nart..:p. Arrr yg last game tu tak henggat plak berapa sebab masa tu semua dah “Leon-Lai” tak larat. Main cepat² sebab nak habis kan game jek. Tapi still 600+ la (paling rendah antara 3 game tu, tu yg buat² lupa :p)

Lepas main jek, kitorang semua pi makan kat mekdonel..lapar banget seh. Kak Aidid tak join sebab dia dah masak kat umah (adeh!..bisaa tuuu). Konpiden je tak tunggu result kuar. Nart kata “alaaaa kita sure menang punyaaa”. Hahaha! Dah tau nak menang pesal tak nunggu yer dak?

Btw, tahniah to Cip Kodokz dan Kekodoks yg menjayakan ini misi. Tanpa Cip, sapalah kekodoks innew yeww!..ahakss! T-shirt kodoks tu mmg cun abeh, orang yg takut katak pun rela pakai t-shirt tu tau...hahaha! Cip Kodoks kata nanti nak buat utk bebudak kecik, saya tungguuuuuu cip...

Webek! webek! webek!

APDET:
What Cip kodok said from his kolam
"outstanding kodok sporting event where all the kodoks menunjukkan belang ataupun tompok-tompok mengerutu mereka. Since , i'm sure many of you will be asking... my team tha 'HARD CORE-DORKS' got third placing overall out of 15 teams. A kodok called NART is the most dangerous kodok with a bowling ball. i myself, (gear macam main piala dunia) was placed 24th out of 55 kodoks. Macam tak caya lak ramai kodoks pandai boling, the top four bowlers have been honoured by being selected for the inter fan club bowling competition on the 5th of march. All their expenses will be borned by the FELLOWSHIP OF THE KODOKS. SO watch out you all for KODOK POWER coming to you this March"

Congrates Nart!, we kodoks from "Kita ada Misiiii" are so proud of yooouuuu!

gambar baiknyer-cilok dr wai em

Monday, January 16, 2006

Afkaro dan Aura seorang sempoii..hik! hik! hik!

Lagu ni kena nyanyi ramai² baru la org len tak pasan tempo ke laut, lirik ke darat :p

Sabtu lepas gi afkaro kat Bangsar, ngan member PFS -> Spiral, vad (arbaie bujang kembali), Lan, wai em, kak aidid dan org kampung, Spiral book bilik under nama “Jack”. Ntah.. Jack Sparrow ke? Jack u jump I jump ke? Jack and Jill ke?

But, that day was not my lucky day…hahaha!

Aku datang lambat sejam. Elok² federal hiway tak jem, tetiba kat depan jalan nak ke Bangsar shopping kompleks tu plak yg jem. Kena la turun keta and jalan kaki sket. Berpeluh gak la ketiak (ni ayat tipah ni..peace!) ..hehehe!

Sampai² je, dok seminit dua tetiba sampai turn aku nyanyi. Macam tahun² lepas (:p) musti nak nyanyi lagu peberet “Leon – saling merindu”. Since aku baru termengah² sampai, tempo lagu semua ke laut bersulamkan semput. :p. (adik²..kakak², ini alasan kukuh bila korang nyanyi sumbang, occay!)

Ni ler penyanyi Unwanted yg cam pelakon Rock tu..huhu

Masa tengah jiwang nyanyi lagu Unwanted- "Masih ada rindu” (sila klik tajuk ittew, srox pernah buat entry khas pasal group ni :p) , tetiba vokalis dia muncul kat tv. Tak semena² semua orang gelak tak hengat sebab muka vokalis tu saling tak tumpah macam pak lawak dalam citer Rock yang suka sebut “psstt..kita ada misi”. Ammpuun..mmg tak kuar suara nak sambung nyanyi dah. Jenuh gelak dan kena gelak. Cessweges sungguh derang ni!

Pastu, ada hati nak nyanyi lagu Rahmat plak (Rahmat Ekamatra ok, bukan Mega) – "Masih ada segenggam setia", err camtu lah lebih kurang tajuk dia. Masa tengah jiwang layan part korus,

“Engkau merak kayangan…
Aku gagak dirimbaaaaaaa
Cumaaa yg adaa...
Segenggam setiaaaa..
Untukk …

*plup! tv terpadam tetiba*, apa plak niiiiiii!

“bang..jgn sabotaj saya bang…huhuhu” rintihan seorang sempoii.

Budak² dah start kutuk² tak hengat dah..derang kata:
“Aura mawi pun tak sampai padamkan tv poiii.." cis! cis! cis!. Ada yang kata “sore ko “sedap” benor poii, sampai short circuit". Lagi la cis! cis! cis!

Aiyaaaakkk! illegal opelation kaaa??

Panggil staff situ kasik fixed itu mesin. Dia siap reboot 2x. Kuar la segala message “illegal operation” dalam bahasa cina. Aku agak jer la sebab rupa dia sama macam kat monitor opis bila aku masuk site ntahapa-hapantah.

Bila mamat tu reboot kali ke-3, makin jenuh la tinger aku dengar kutuk² an manja derang. At last..mamat karoke tu cakap “talak boleh la..kena tukar bilik..Uwaaaaaaaaaaa!!! semua makin galak kutuk aku. uwaaaa! sampeinya atiiiiiiiii.

Terpaksalah angkut semua makanan pi bilik lain, selang 3 bilik. Sekali pandang, macam kena halau tak bayar sewa jek..Pastu derang tak kasik aku nyanyi lagu tu lagik, mana la tau kot² ada badi, ahakss!

Pastu cubaan kali ke-2 nyanyi lagu yg mula² tadi, Unwanted- "Masih ada rindu” .Kali ni janji tanak pandang tv, sebab tak nak tergelak ngk mamat lawak tu lagi. So aku nyanyi ngadap “penonton” . Tapi still tak jalan gak..sebab kali ni derang plak pi pakat gelak ramai² bila nampak mamat tu kuar tv. Addehhh! kansel lagik.

Payah bebenor nak nyanyi, jadi bekap singer lagi bagus. Maka jadilah aku bekap singer sampai ke sudah.

Sedih tau bila vad nyanyi lagu ni..Ammmaa! apppaaaaaa! Anjeliiiiiiiiiiii..

Nota kukukakikakakukakukakek : Psstt! psst! ada orang tu kempunan nak dengar aku nyanyi lagu Leon tau..har har har! Bese aku nyanyi lagu tu 14x, hari tu aku nyanyi sekali jek. Itu pun dia lom datang lagi time aku nyanyi tu.. ngeh! ngeh!

Tuesday, January 10, 2006

Selamat hari Raya Aidil Adha

Masjidil Haram pukul 9 malam
Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Semoga pengorbanan yg kita lakukan di dunia ini di berkatiNya.

Aku raya Kelantan kali ni. Balik naik train sebab kesihatan kereta tidak memuaskan. First time raya Haji tanpa Mek. Rasa sedih dan terkilan. Nanti aku citer hari lain. Time raya tak leh sedih².

Takziah kepada keluarga yg terkorban di tanah suci mekah.


Thursday, January 05, 2006

My Syahira's first day in school ..

Syahira (nama manja dia Syira) darjah satu hari ni. Aku yg eksited terlebih² :)

Pagi...

Aku semput kronik pagi tu, dah ler 1 inhaler dah abis, yg 1 lagik tetiba missing in action. Masa nilah menda tu nak ilang, macam la tak leh ilang hari lain? Nak uruskan Syira pun tersemput². Last² gi klinik 24 hours kat Subang Perdana. Aku tak larat nak kuar, dok dalam keta,
Abg Dins kuar gi beli inhaler.

Abg Dins: Inhaler satu
Awek kaunter: sapa yg nak guna? Encik ker?
Abg Dins: tak, wife saya
Awek kaunter: mana dia?
Abg Dins: dalam keta, tgh semput teruk tu. Boleh tak bagi inhaler dulu?
Awek kaunter: suruh la dia masuk, kita bagi nebuliser
Abg Dins: dia jalan pun dah tak larat tu, kasik la inhaler dulu
Awek kaunter: Err..nama dia sapa? pernah datang sini tak sebelum ni?
Abg Dins: Boleh tak bagi inhaler dulu?
Awek kaunter: Dia ada allergik kat apa² ubat tak?
Abg Dins: *tengking* BOLEH TAK BAGI INHALER DULU?, DIA DAH TAK CUKUP NAPAS DALAM KETA TU??
Awek kaunter: *trus bagi inhaler*
Abg Dins: *trus campak RM50, keluar and bagi inhaler kat aku, pastu masuk klinik balik amik balance, marah sangat la tu* (tapi balance ingat lak tu…huhuhu)
Awek kaunter: Errrr…wife encik….
Abg Dins: *trus kuar, serik nak datang lagi*

Camtu la kot perasaan orang yg emergency gi sepital swasta pastu kena bayo deposit mahal² baru leh dpt rawatan. Kalau awek kaunter tu still berbalas “pantun” ngan asben aku, aku rasa by the time asben aku bawak inhaler, aku dah mati kejang dalam keta. Hampeh tul la.

Lepas pakai inhaler, aku trus ok. Cam nyamaaan gitu..hehe! Trus hantar Syira gi sekolah. Assembly. Cikgu bagi command “hands up-hand down-hands up” pastu dia lupa end up ngan sebut hands down. So budak² yg inesen tu pun menten la hands up. Masa nak nyanyi lagu negaraku baru la cikgu terperasan, “Errrr hands down sume murid²”. Adeh..lurus bebenor bebudak nih. Pastu, cikgu mainkan minus one lagu sekolah. Tetiba rasa eksited dan otomatik aku ternyanyi lagu sekolah sesorang ngan penuh bersemangat (err ngan badan yg makin “semangat” :p) . Tak sangka tul, lps berpuluh tahun tinggalkan bangku skolah rendah, aku still ingat lagu tu. Ekceli, lagu tu mula dicipta masa aku darjah 5 dulu, masa tu ada contest cipta lagu sekolah, so kitorang antara badge terawal yg nyanyi lagu tu. Syahduu tuuuu..

Urusan yuran ngan buku skolah aku dah settle kan sebelum skolah mula. Syira tak layak dapat buku teks sebab parent dua² keje. So lepas aku rasa dia ok dok kat kelas, baru la aku ngan asben kuar pi bekfes. Janji ngan Syira, masa rehat nanti datang balik.

So masa rehat, ajar Syira camner nak beratur kalu nak beli kuih. Yg peliknya, Syira taknak duit belanja. Jenuh aku pujuk dia amik duit tu,
"kalu tak pakai leh masuk tabung. Bila tabung penuh leh bagi abah beli minyak keta ok?"…huhuhu! Dia kata “tanak, nanti orang curik” Pulakkkk..Tunggu la darjah 2 nanti, silap² nanti dia yg demand nak belanja banyak. Kantin plak punya la penuh ngan mak bapak budak, tu blom termasuk yg-masuk-skolahnya-sorang-yg-ngantarnya-satu kampung lagi tu. Lepas rehat, aku balik umah. Perghh..letihnya, cam aku plak yg masuk skolah. :p

Tengahari…

Kul 12.20 datang sekolah balik jemput Syira. Ingat dah terawal la konon sebab bebudak kuar kul 12.40. Sekali jem daa sepanjang jalan nak ke sekolah. Puncanya sebab mak ayah sesuka hati jek bawak masuk keta dalam kawasan sekolah. Jaga skolah nyer ntah ke mana. So jem tak henggat la start dr pintu pagar skolah sampai la ke jalan besar nu. Kalau semua dok parking luar kan senang, tak la sampai bahaya kan budak² jalan kaki. duuhh!

Kul 12.40 still dalam keta, keta tak bergerak dr tadi nih. Sekolah still jauh lagi. Aku dah gabra, tak dapat imejin Syira kuar klas tergagau-gagau carik aku. Silap² dia meraung. Ngan belen² semput, aku turun keta and jalan kaki gi sekolah sebab aku ngk budak² dah ramai balik, sure Syira pun dah kuar. Mata melilau jer kot² la ada Syira terselit antara bebudak yg cecomel tu. Tetiba dengar sore Syira jerit “Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa” dan trus terkam aku. Aduhhh sedihnya. Dia terus meraung. Kesiannya dia. Dia kata, dia carik atuk jemput dia, walhal aku dah pesan, hari ni aku yg jemput dia. Sure time aku pesan, dia merewang ke tempat lain.. Syira..Syira..


Petang…

Kul 2.30 hantar Syira gi sekolah agama. Kat klas tu, ramai plak kengkawan tadika dia so terlari sana..terlari sini. Aku yg nengok pun leh semput. Yuran ngan buku teks semua aku dah mintak tulun adik aku yg ngajar situ settlekan. Guru klas syira ustazah, kiut jek. Mak ayah sibuk beratur nak jumpa ustazah. Uruskan yuran, buku teks, ada yg sekadar “simbolik” nak serahkan anak kat ustazah. Haa part ni yg aku tak larat sehh.. Ada la sorang bapak budak ni, macam orang² dulu nak serahkan anak kat guru ngaji.

Bapak budak tu: ustazah, tulun la nengok² kan anak saya sorang tu (owhh anak sorang). Kalau nakal tulun rotankan. (iyaa…lepas rotan, saman pun sampai..huhu)
Ustazah: anak encik yg mana satu?
Bapak budak tu: Tuuuuuu yg hujung tu…*sambil ibu jari menunjuk sopan ke arah row paling blakang tempat kitorang beratur.*
Ustazah: errr…yg mana?


Tak nampak la tu sebab kitorang yg beratur dah blocking anak dia. So otometik parents yg beratur tu beraleh sikit ke kanan nak kasik chance bapak budak tu tunjuk anak dia..

Bapak budak tu: Tuuuuu…

Kabambommm!!…

anak yg dia beria nak kenalkan kat tu sedang syok tido duduk kat bangku ngan mulut
ternganga..Kitorang yg sedang beratur tak larat nak tahan gelak..huhuhu! sian bapak budak tu, tersipu² malu.

Malam

Mak aku suh Syira tido kat umah dia sebab takut Syira tak cukup tido kalu dok umah aku. Aku kuar umah pepagi kul 6.30 am, so kena bangun kul 6 am. Kalau kat umah mak aku at least dia leh tido sampai kul 7 before gi skolah. Lagipun kalau kat umah, Syira tido lewat cam kitorang. Kul 12 atau kul 1 pagi baru la nak tido. Berat ati aku sebenarnya. Tapi betol gak cakap mak aku. Mak aku cakap, hari Jumaat bawak la Syira balik. Aku tanya Syira, "ok ker kalu dia tidur umah wan?" Dia jawab "Ok, bilik mak teh ada air-cond". Umang aii, mentang² la aircond bilik aku dah setengah tahun rosak, demand nya diaaaa..So now, lepas keje, amik Syamil sorang je bawak balik. Yg si Syamil tu, bila kakak dia dah takde kat umah, selang 5 minit musti dia sebut "siaaaaann kakak...". tengah main keta pun, "siannnnnn kakak", nak tido pun.. "siaaaann kakak"..huhuhu!

Baru tingat, petang tadi aku ada basuh baju, lom sempat sidai. Maklum ler, bz sangat la konon kat skolah. So masa kuarkan baju dr mesin basuh, aku ternampak “something” yg aku carik sejak malam semalam. Yaa..inhaler. Inhaler aku dalam mesin basuh. Macamana benda yg aku selalu letak dalam handbag leh ada dalam mesin basuh? Nak kena buat CSI nih, ngan saspek utamanya –> SYAMIL. adehhhh!

Wednesday, January 04, 2006

HEPI NEW YEAR 2006!

Hepi New Year u olss..
Hepi New Year..

Wish u all the best in year 2006.
Moga menjadi lebih baik dari tahun sebelum dan sebelum-sebelum-sebelumnya.

Aku mmg tak suka berazam sebab azam aku jarang menjadi. Cecah jer hari ke-2 tahun baru aku dah lupa azam. Kalau dedolu, aku selalu berazam nak diet tapi bila masuk jer 3hb tahun baru aku belasah balik makan apa yg aku suka pastu cakap ngan diri sendrey "ala takper..besok la diet". Pejam celik, pejam celik dah hujung tahun balik. Berat tak turun² gak, makin tambah ado. So aku conclude semua sekali dalam satu azam cam budak AF "saya akan buat yg terbaaekkkk". Lerr berazam lagi rupanya aku tahun nih.

Semalam cuti. Sempena anak pompuan aku masuk darjah 1. Seronoknya. Punya la eksited sampaikan masa assembly aku yg beria nyanyi lagu sekolah, sedangkan cikgu pasang minus one jek tu. Hahaha! jgn jeles, tak sangka aku still ingat lagu sekolah aku yg dah berzaman aku tinggalkan.

Nanti aku apdet pasal Syahira masuk sekolah. Tak sompek ni, nak pi makan sat.

-to be continue yaach!-