Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, February 24, 2006

Minggu eksiden

Last week merupakan “minggu eksiden” bagi family aku.

Before aku gi keje hari khamis minggu lps, mak aku sempat pesan “balik cepat, malam ni mak buat kenduri doa selamat”. So petang tu cam bese aku remind asben aku suh balik cepat. Hari tu dia half day sebab pi mengajar Taekwon-Do kat Sekolah Teknik Kuala Selangor. Kul 7.40pm Abg Dins call suruh aku balik sendiri. “Haiyoooohh cakap la awal² kalu suh balik sendrey, ni kalu amik bas mau sampai tgh malam ni, tak per **** tunggu abang gak”. Aku pun sambung bersantai kat opis sambil makan magi ngan baca mastika. Pastu lat beberapa minit Abg dins call lagi bagitau dia eksiden kat Puncak Perdana depan UiTM baru tu, dia selamat tapi motor rosak teruk. Nak tercekik magi aku rasa. Tadi tak cakap apa² ni tetiba cakap eksiden. Bergenang sat air mata. Nak sambung makan pun dah tak selera, tapi aku habiskan jugak magi perasa asam laksa tu.. huhu

Adik aku jemput aku balik umah mak. Derang sdg sibuk buat preparation kenduri. Aku dok termenung. Pastu aku minta tulun adik hantar aku ke tempat Abg Dins eksiden tu. Dok umah pun tak senang ati. Abg Dins suh jumpa kat Balai Polis Sg Buloh. Alhamdulillah Abg Dins takde cedera apa² sebab masa tu dia pakai suar Taekwon-do yg tebal tu ngan jaket kulit. Cuma kuku jari tgh kaki kanan tercabut plus luka² kecik je. Aku ngk motor atas lori, bhgn dpn dia mmg sadis. Handle, lampu, meter ngan apa nama kat bhgn depan motor yg panjang tu, sume dah lari ke mana. Herot sana sini. Sure hentam kuat tu.

Abg Dins kata dia nampak keta kancil tu melintang atas jalan nak buat u-turn kat double line. Pastu dia pun slowkan motor, dia ingat kancil tu nak tunggu dia lalu la. Then, tetiba kancil tu gerak lagi ke depan tu yg kebaboomm tu. Abg Dins tercapak atas kereta kancil tu then "terbang" atas jalan dekat 10 meter gak. Orang yg drive blakang dia siap kata "pandai abang sliding yer". Abg dins cakap, dia sempat pikir nak hentam mana (saspek tul aku, sempat pikir tu, kalau aku dah tutup mata hentam mana yg sempat) Kalau hentam pintu driver, driver leh tersepit. So dia pi hentam sisi keta tu. Kalau ngk dr belakang keta tu, leh nampak tayar depan ngan belakang dah tak selari.

Budak yg drive kancil tu budak pompuan dr Politek S.Alam. Dekat setengah jam dia tak kuar keta lps eksiden tu asik nangis jek pastu kena semput lak pastu. Boipren dia yg kuar keta beria mintak maaf dr Abg Dins. Ayah budak tu tlepon nak suruh settle luar jer, nak bayor RM1000. Mana la cukup, lampu ngan meter jer dah RM1500. So decide buat report n claim insurance.

Report polis plak satu hal, Balai polis Sg Buloh tanak amik report, dia suruh buat kat Puncak Alam sebab eksiden kat area situ. So berkonvoi la 2 kereta ngan 1 lori pi balai polis Puncak alam. Dah la susah nak carik balai polis tu sebab dia dalam kawasan perumahan, umah corner lot jadi balai polis. Then, balai polis tu PUN tammo amik report, derang kata tempat eksiden tu dalam kawasan Balai polis Shah Alam. Perghhhh! Menyirap darah. Apa la b*ngang sangat balai polis kat Mesia ni, tak boleh ke memana balai polis amik report pastu sent thru fax ker, email ker, ke balai polis yg SEPATUTnya. Kata dah zaman IT (bekground lagu siti..cintai IT) tapi balai polis still kat takuk lama. Malas buat keje extra ke bang!

Abg dins dah hangen, dia cakap kat polis Puncak Alam tu “kalau ada yg cedera parah, mau mati dulu ni baru dapat buat report”. Eksiden kul 7.30 pm, kul 1 pagi baru settle semua. Mintak mahap ler, mmg berbakul² sumpah seranah aku bagi kat orang² yg malas buat keje tu. Lps tu kitorang gi SMC, x-ray takut ada yg terkehel ker apa. semua ok, Alhamdulillah. Dapat MC 2 hari (tapi bakpo nyo nak MC hari sabtu..huhuhu)

Jumaat tu aku amik EL. Abg Dins pi settlekan insurans motor. Motor tu dideclare total loss sebab harga repair melebihi harga market motor tu. Abg Dins lom decide lagi nak amik cash jer ker atau nak repair balik motor tu and guna balik. Aku plak dok temankan mak aku yg tetiba kena high blood pressure 190 lps dgr Abg Dins eksiden malam tadi. Memang mak aku jenis senang susah hati. Masa aku kecik² dulu, aku amik pikse bulanan pun dia tak senang duduk kat umah takut aku tak dapat jawap. Kalau sekarang ni Syahira tak siap homework pun dia yg susah hati. Eh sambung balik citer ayah aku, dia pi amik adik aku yg study kat Sekolah Teknik Klang. Mula² Syamil nak ikut, then aku rasa baik tak yah ikut takut dia meragam tengah jalan. Lps sejam ayah aku pi, tetiba adik aku call bagitau, keta ayah eksiden kat Klang. Dia sempat buat emergency break, then tetiba satu lori ni pi sondol dr belakang, so keta ayah pun tersondol keta depan. Keta depan mintak ganti rugi dr lori tu sebab dia tau ayah aku tak salah. Tapi bhgn blkg keta ayah aku tu teruk gak la. Tapi Alhamdulillah ayah aku dan 2 adik aku selamat.

Aku try tanak bagi tau mak aku pasal eksiden tu, tapi masa aku tgh tlepon mak aku pasang telinga. Dan² tu jugak dia gabra n pening kepala. Adeehhh! aku tak reti nak buat cemana, aku cuma kata tak yah risau eksiden sikiiiiiiiit jek, semua ok..Memandai² je aku buat cerita. Bila ayah aku balik, dia tak ckp banyak terus rehat dalam bilik. Dia terkejut sgt la kot, kitorang tak berani kaco sebab dia ada sakit jantung. Kasik dia cool dulu. Tapi kereta merc tu mmg teruk especially bhgn blakang.

Then kroni dr Sarawak lak sms bagitau dia eksiden LAGI. adehhhh!..

Berhati² la korang memandu tu, kekadang kita mmg ikut peraturan tapi orang lain plak yg buat hal. Aiseyyy ilang lagi semangat aku nak drive tahun nih :(

Wednesday, February 22, 2006

Saga Artakusiad


Ada orang tanya aku tentang tagline yg aku guna dalam blog ni.

"Utk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental.." -Ahmad Patria Abdullah-

Ni aku nak citer la ni tentang salah satu minat aku, Saga Artakusiad. Untuk korang yg tak pernah dengar nama "Saga Artakusiad", "Saga Artakusiad" merupakan koleksi siri fantasi karya penulis kreatif Ahmad Patria Abdullah. Aku start baca buku² ni sejak aku form 3, masa tu aku cuma mampu pinjam dari sorang kawan dan masa tu aku berazam nak kumpul buku2 ni buat koleksi masa aku dah keje nanti. Setelah 7 tahun keje (tahun 2004) baru aku dapat semua buku ni..puas hati..malah lebih drp tu beb!..

Buku koleksi Saga Artakusiad ni terdiri dari 7 buah buku, kena baca ikut susunan kalu tak korang blur sotong ditgh jln :) .Abg Pat masih dalam proses melahirkan buku ke-8, yang di jangka siap tak lama lagi (katanya sebulan dua..katanyaaa) ngan tajuk tatau lagi.


Ni gambar koleksi version lama, skang aku ada semua original copy kecuali Permata Aurorius. Buku ke-7 tade dalam ini gambar kerana pergi bercuti :p

1) Permata Aurorius (sapa ada jumpa yg original copy kasitau aku yer)
2) Kota Arialun
3) Kembar Artakus
4) Petua Azkram
5) Puteri Alindalia
6) Pedang Aurora
7) Legenda Numerius

Cerita dlm siri ni ala² "Lord of the Rings", bukan jalan ceritanya tapi konsep fantasi yg wujud dlm setiap helaian mukasuratnya. Korang pun tau kan cemana penangan cerita "Lord of the Rings" kpd dunia? dan korang imagine plak penangan yg lebih krg sama melanda peminat2 Artakus masa aku sekolah dulu.. Bila aku baca buku² ni, terasa macam berada kat dunia lain utk beberapa bulan..hahaha..Kitorang sanggup tukar nick name jadi Artakus, Morrok, Aurora, Arasis, Laira. Cara cakap pun dah macam orang Aurora cakap, ada bahasa tersendiri. Korang carik kamus mana pun sure tak jumpa punya lah :p .

Dalam dunia Auroran, ada 2 golongan. Auroran dan Morrokian. Auroran ialah penduduk Aurora (yg kononnya baik, abis la aku kena ngan kak Mas sat gi) dan Morrok adalah bangsa penjajah (dark side). Aisey, kalu aku yg cerita mustilah bias ek..So kalau berminat, baca la sendrey..hehehe!

Ekceli, aku tanak la jadi Artakus tapi aku tetap ambil semangat Artakus. Jangan risau Jundak & Morrok, aku tetap tentera Morrok ..ahakss!

Kenali lah dunia kami dengan lebih mendalam di Artakus.net.my, pasti anda menemui kespecialan buku ini di situ. (errrk macam direct selling plak...hahaha!).

Thursday, February 16, 2006

Ahh..alasan..

Sejak dua menjak ni ada la beberapa kawan termasuk asben aku komplen kata aku makan banyak. Aku bukan sengaja makan banyak u olls. Masalah ni timbul tenggelam sejak aku berkecimpung dalam alam “keallergikan” lagi. Meh sini aku nak citer..adik² , kakok², abe²..apa sebab selera makan aku mencanak² lately.

Last week aku gi klinik panel sebab syamil tak sihat, muntah² dah 2 hari. Lepas dokter cek syamil, asben aku suh dokter “tengok²” allergic aku yg kat tangan dan lengan aku ni. Lps balik piknik kat Kuala Kubu Baru hari tu, rashes kat lengan tak reti² nak surut. Dokter kata dia “teeengok jer” dia dah tau aku kena amik injection hari tu. Aku tanak, bukan sebab aku takut kena inject (dah lali dah pun), tapi aku tak suka ngan side effect lps kena inject. Biasanya lps kena inject, kulit aku memang la jadi ok balik, tapi aku akan lalok 2 hari dan selera makan aku akan melonjak² naik tak hengat, takde ampun punya. Wa cakap lu!

Ekceli, kronologi sejarah keallergikan aku ni “dah lamaaaaaaaa daaaah”..(pinjam ayat mahathir sat).

Aku start allergic “ringan” gitu² dr sekolah rendah. Tapi time tu aku cuma allergik pada tempat kotor dan aku still leh makan semua makanan, termasuk makanan yg gegatal gitu -> sifud dan ayam. Aku hanya allergik to environment kotor. Then, masa sekolah menengah, bila dapat je masalah kulit, sure kena pi inject. Sekali inject boleh tahan 2 tahun. Maknanya dalam 2 tahun tu kalau aku dok berendam dalam longkang pun takde hal punya. Tapi apa kelesss nak berendam dalam longkang kan..hehehe!Pastu makin “berumur” kadar “kekebalan@kegabanan” aku beransur kurang. Lelama aku kena amik injection setahun sekali. Then 4 bulan sekali. Masa tu dok asrama mmg takleh lari la ngan masalah² biasa kat asrama – pijat, tandas kotor, air tangki yg kekadang kuar jejentik (bkn sahabat jentik huhuhu) time gosok gigi..uwaaa!

Masa peknen syahira (tahun 1999), allergik aku tetiba da bomb kebabommm!, paling teruk aku penah kena dalam sejarah keallergikan aku. Rashes teruk especially kat muka ngan lengan. Lipstik, moisturiser pun tokleh pakai. Muka dull jek gi opis. Then, kulit macam kena ciken pok. Dokter kata lps bersalin baru leh amik injection sebab takut effect baby. Sabo jer la menahannya 9 bulan. Tapi yg sedeynya, start time tu lah aku tokleh makan memacam. Tak leh makan sifud, ayam, telur dan yg sewaktu dgnnya. Sedih tapi nak wat cemana , kalau dalam hati ada cintaa?..errrkkss *merepekla kau labu*..nak wat cemanakan utk kebaikan diri sendrey jugak…huhuhu!

Lps bersalin trus amik injection dan amik memacam ubat allergik. Side effectnya, aku “high” dan selera makan mencanak² naik. Yg sedeynya (berapa byk sedeyla kau labuuu), aku tak dapat susukan baby sebab takut ubat tu effect kat baby. Aku menghabiskan masa pantang ngan tido, tido dan tido (diselangselikan dgn nengok tv telenovela Venezuela samonella). “Kalau jago pun “mamai” sepesen yo, baik poie tido” (ni mak aku yg cakap). Mak aku yg tulun jagakan baby. Aku cuma perlu jaga diri sendrey ajer. :p. End up, org lps pantang jadi slim-river. Aku makin berat lagi ada.

Maintenance pun tinggi. Lipstik kena guna brand Clinique jer. Barang² toiletries, losyen dan krim² untuk tempek kat muka semua kena guna yg Skin specialist punya. 2 bulan sekali kena la ngadap dokter cun kat skin specialist tu. Dia bercakap jer terbang RM50 walaupun takat cakap 2-3 patah perkataan. Bila campur ubat dan lelain sure terbang RM150+. Kalau tak jumpa dokter save la RM50.

Panjangkan entry aku. Sekian sahaja alasan “Napa saya makan banyak lately”. Di harap alasan saya ini akan dipertimbangkan oleh asben saya. Abe Din..take note yach! ..huhuhu!

Sekian terima kasey daun keladi,
Kalau ada makan-makan ajak la saya lagi…
:p

Eh..lupa nak cakap

HEPI BESDAY to my beloved mom, Asiah Mansor (15/2)
HEPI BESDAY to my best fren Mr A (16/2)
HEPI BESDAY to my panglima Jundak (14/2)
Moga panjang umur murah rezeki..

Monday, February 13, 2006

Wiken yg takde tajuk spesifik :)

Gambar hiasan semata². Tiada kaitan dengan puding caramel yg Arc beli ;p (gambar baik-nya-cilok dr sini)


Banyaknya sms “test market” yg aku dpt lps aku tulis entry “meroyan” aku hari tu. Ada yg trus² tanya “napa ko hangen kat aku arr?”, ada yg tanya “hutang ko aku dah bayar perrr..napa marah²” hohoho! Org lain lak yg terasa. Tapi tulah kan..orang yg tak patut terasa, terasa pulak. Orang yg patut terasa, sikit pun tak terasa, ker buat² tak terasa? Ada yg patut terasa sikit, tapi dia terasa banyak plak. Tapi salah aku jugak, aku buat entry tu general. Ekceli entry tu melibatkan beberapa orang yg mengkacaubilaukan kepala aku sejak dua menjak nih. Bila bengang dah tahap tepu, kita kasik pecahhh laaaa..

Stop.

Last Saturday, tengahari gi opis angkut perabot² opis yg aku dah “cop” since last week. Since opis aku tgh renovate, so derang let go banyak perabot sebab nak ganti ngan set yg baru. Aku beli 2 meja opis (makcik A & makcik B punya), 1 drawer dan 1 cabinet fail yg sliding door punya tu. Semua sekali RM40 ajer (RM10/unit). Murah giler kan? Transpot, mintak tulun kat abg Mat Noor, dapat lori sewa RM80. Kira worth it la. Meja tu rega RM300-RM400 satu, aku kena bayor RM10 jek. Dah campur² ngan transport pun kira untung byk lagik.

So petang tu operasi menyiapkan mini opis kat bilik no. 3 umah aku. Rasa cam best jek dah ada meja sorang satu. Kabinet fail tu aku letak majalah² aku yg bertimbun² tu. Meja Abg Dins cam bese letak bebarang Taekwon-do dia – buku, sijil grading, macam² form ntahape² tu. Meja aku penuh ngan barang² peralatan kraftangan dan glass painting aku tu. Yayyy! pasni leh kaler botol kat meja sendrey. Takyah comot²kan alas meja kat meja makan bawah tu :p

Malam, lps hantar Memen balik, aku menyempatkan diri jumpa cL - amik dia kat hotel pastu supper-dek kat Sampan, Kg Baru. Abg Dins dah tak larat, lps makan dia tido dalam keta sementara tunggu aku abis borak. Pompuan borak mana penah abis kan. Kul 12.40 pagi baru lah kitorang hantar cL balik hotel. Masa terhad tapi sempatlah gossip apa yg patut ;p

Ahad, pagi cam bese ada klas Taekwon-do depan umah. Aku tak abis² ngemas “opis” baru. Buang apa yg patut, iskk..banyaknya “sampah” yg aku angkut dr umah lama..hehehe! Pastu buat puding caramel untuk Arc. Dia order seloyang, nak makan sendrey. Ni aku nak buat confession ni,

“Arc, ko lah first kastemer yg beli puding caramel akuuuuuu..mek terharuuuuu u olls…” *siap ada echo lagi tu :p*

Kul 5 pm Arc datang ngan asben n anak pompuan dia yg kiut. Seronok borak ngan Arc n asben sebab derang jenis hepi-go-lucky. Syamil mmg dr dulu tak ngam ngan anak pompuan Arc yg kiut tu, sejak raya dulu, tiap kali jumpa gaduh berebut barang. Dulu berebut basikal, skang berebut kusyen sofa. Imejin kusyen pun leh jadi sebab nak gado. Kiut tul perangai bebudak ni. Aku merepek kat Arc, "ni budak² asik gaduh, ntah² ada jodoh tak?" hahaha!

Lps Arc balik, sempat menjoinkan diri minum petang depan umah sorang jiran tu. Dia siap pasang meja depan umah tu, siap ngan air teh, goreng pisang, muffin ngan kuih raya. Saspek sungguh aku kat jiran² aku ni. Yg lelaki dok gotong royong trim rumput kapet depan umah dia, yg pompuan dok borak jer le kejenya. Budak² main beskal. Aku tak sure kalau jiran² korang pun jenis cam jiran² aku ni -> suka buat mini “gath”. hehehe!

Besok keje. Arrrghhhhhhhh! Buhsannya. :-(

Friday, February 10, 2006

Kawan bermusim

Pernah tak korang ada kawan camni?

Kawan yg muncul HANYA bila nak mintak tolong..
Kawan yg muncul HANYA bila nak pinjam duit..
Kawan yg muncul HANYA bila “dah takde kawan” (last resort)..
Kawan yg muncul HANYA bila rasa down, sunyi dan sewaktu dgnnya..
Kawan yg muncul HANYA bila dia tak happy. Bila dia sedang happy ilang la dia..

Kawan yg muncul HANYA untuk sakitkan hati aku jek..

Mulai hari ni, aku dah tak kisah hilang kawan cenggini.

Sebab aku dah fedap! (fullstop!)

Tuesday, February 07, 2006

Cuti² Chinese New Yeahhhh!


Mula² masa nak start cuti Raya Cina hari tu, kitorang mmg blurr tatau nak spend cemana. Memang takde plan nak gi memana pun, tak terpikir pun nak balik kampung ke apa sebab raya hari haji hari tu baru je balik. Nak cat rumah pun cam takde mood. :p

Tapi macam biasa la kan, aku ngan asben ni mmg spesis jarang plan benda² gitu. I mean bebenda short term gitu. Plan² ni rasa cam menyemakkan kepala jek, pastu lagi bengang kalau berbulan² plan pastu end upnya tak jadi. Uwaaaarghhh!

27th January 2006 (Jemaat)
Hari last keje bulan ni. Pindah opis depan sebab opis skang nak renovate, tukar partition, tukar karpet, tukar meja, kusi, tukar segala. Jgn tukar aku sudah. Opis temporary ni mmg tak privacy langsung. Imejin yer cik Ijin (hoho! Ijin plak yg kena), meeting room yg cuma ada satu meja bulat cam donut besar tu, disumbatnya sampai 11 orang. Sib baik la ramai yg cuti so leh la bernapas sket. Takde la sampai dok impit² cuma tak privacy langsung la. Semua nampak each other. Nak korek idung pun kena kaver² blakang monitor. Apa tah lagi nak apdet blog, satu kampung leh nampak. Haiyooooh! manyak seksa woo! :p

28th January 2006 (Sabtu)
Pagi² lagi dah pi baiki keta kat workshop abg ipar kat KL. Masa tu penyanyi 60an Hail Amir pun ada skali baiki keta. Yg tak kossernya, keta dia sama model ngan keta kitorang. Aku kutuk Abg Dins kata taste dia cam “org dolu²”. Derang sronot diskas pasal keta tu. Punyala bosan. Part yg rosak pun leh sama?. Adeh! bila dah bosan tahap cipan, aku ngan bebudak gi shopping kat Alpha Angle, naik cab

Asben tanya ada duit ker nak sopping? Aku jawap “takde”. “Takde” bagi orang pompuan maknanya takleh la nak shopping tak hengat. Tapi time balik, angkut jugak la 3 plastik beg besar, ada baju, groceries dan donat satu kotak. Cuba imejin yer cik Ijin (kena lagi..) kalau aku jawap “ada duit” tadi, mau aku angkut balik satu lori. (kad kredit tak masuk dlm ini cerita yach!)

Petang, Abg Dins hantar gi umah Maya kat Pantai Hill Park. Dia tak join sebab dah ada plan ngan kazen dia. Budak² sronot berendam kat swimming pool. Aku ngan Maya sonot perabihkan donut tepi pool. Maya tanya, “kata nak execise, nak blajar swimming?” “err..takpe laa..kita makan donat jer la, nanti² la summing” hohoho!. Kul 8 baru balik umah.

29th January 2006 (Ahad)
Kul 9 pagi ada klas Taekwon-do depan rumah untuk anak² jiran sekitar umah. Terpaksalah menyibukkan diri melayan mak² budak yg sedang tunggu anak memasing. Biasa la kan, bila mak² budak berkumpul, macam² cerita la yg kuar. Dari citer bebudak sampai la citer perabut rumah.

Malam ngk midnite citer Fearless ngan Abg Dins, Syamil, Syira, dan student Taekwon-do Abg Dins, Amir, Ven ngan angah. Derang kata ni citer Jet Li yang terakhir. Pasni dia tak nak berlakon dah. 10 minit before masuk, aku rasa lapar yg amettss. Abg Dins suh pi makan. Dia dan lelain masuk dulu. Aku pi Sushi King, makan Yee Sang (yaaayy! I’m loving it!) dan 6 ketul sushi. Makan cepat² sib bek tak tercekik. Tak sampai 7 minit dah abis. Sume skali RM25.25. Wahhh! Dalam 7 minit aku leh perabih kan RM25.25 nye makanan. Powahhhh!


30th January 2006 (Senin)
Hari ni gi Bagan Lalang ngan sedara mara Abg Dins. Sampai Bagan Lalang dalam kul 11pagi. Buat BBQ ayam dan ikan. Dalam seminggu dua ni aku dah start makan ayam. Ada org kata “jgn manjakan sgt badan ko tu, nanti kalau ko dah biasa makan ayam, ko takkan allergik kat ayam dah” Ye ker..sebab makin aku makan makin naik rashes kat muka ngan lengan aku. Lengan aku siap berdarah² aku garu time tido. Dah nampak cam lengan lanun plak skang. So aku rasa better aku stop makan ayam dulu la, until further notice heheheh!

Balik kul 4 petang. Sempat singgah Nilai 3 sopping ala² “takde duit” :)

Time nak sampai umah, dalam kul 10 mlm, aku dah terbayang katil dah. Tolong la jgn singgah memana lagi, aku dah letih dah ni. Tetiba kena tahan ngan jiran selang 5 umah ajak join “miting” depan umah dia. Ada lebih kurang 10 “org” jiran “miting” kat situ. Ada team pompuan dan team lelaki. Siap ada air ngan limau mandarin lagi tu. Isk! isk! Dasat derang nih. Derang ajak join piknik rabu ni tapi tatau lagi kat ne. Abg Dins on jer. So malam tu jugak diskas pasal menu, brg mentah, sapa kena bawak apa. Derang plan nak gi tempat yg derang lom penah pegi. So Abg Dins sajes gi Peretak, uala Kubu Baru, on d way naik Fraser Hill tu. Dia pun dgr cakap² org kata situ cantik. Kul 1 malam baru sampai umah.

31th January 2006 (Selasa)
Takmo gi memana. Letih semalam pun tak abis lagi. Petang tu patutnya kena gi Tesco ngan Kak Jamie (nama asal sure Jamilah kan? tak pun Jamiatun Adawiah) beli bahan mentah ntuk piknik besok. Tapi kak Jimie takde umah pon. Aku dah siap masak sume, tunggu dia panggil jer. Last² bos mat saleh aku call mintak kunci server room. Adehhhhh! Kunci tu selalu aku tinggalkan kat atas meja aku jer, tapi bila pindah opis tempereri haritu aku tak konpiden nak tinggalkan kat atas meja sebab staff keje kontrak tu berlegar² kat bilik tu set up memacam. So aku bawak balik. Bos suh datang opis hantar kunci petang ni jugak. So terpaksa gi, sabo jer ler.

Malam gotong royong (dlm 5 org pompuan gitu) masak kat umah kak Jamie. Masak sambal nasik lemak, rebus telur, buat sandwich dan prepare bahan mihun ntuk masak pagi besok. Org lelaki prepare ayam BBQ. Kul 1 pagi baru balik umah. Adeehhhh!

1st February 2006 (Rabu)
Selamat Hari Wilayah kampungkuuuuuu..hehehe! aku lahir kat sepital KL, so kampung aku kat KL la kan :p

Pagi kul 8 bertolak dr Taman Bukit Subang. Konvoi 7 kereta. Abg Dins lead kat depan. isk! cam tak caya jer kan. Dia bukan tau tempat tu pun, tapi derang suh dia lead sebab dia bawak peta. Sampai kat Peretak, jalan tutup. So terpaksa tanya jalan kat sorang India mabuk kat situ. Dia tunjuk jalan berbelit², last² datang sorang lagi India kasitau, lalu alternative “sebenar” nak naik ke Fraser Hill. Senang jer. Yg India tadi kasi belit² apa hal. Sorang jiran aku kata “mmg India tu mabuk la, bau semacam”. Lerrrr…yg tanya tu mabuk keta, pi tanya lak kat org mabuk todi.

Kat jambatan, nampak banyak keta parking. Agak² kat situ la kot tmpt piknik. Tapi keta depan aku sajes carik kat atas lagi. Mana lah tau kot² makin cantik tempatnya. Naik punya naik dah nak dekat sampai Fraser Hill, dia suh turun balik carik balik jambatan tadi. Takleh mare la kan sebab try and error. Sampai kul 10 pagi, recce tempat, dapat la satu kawasan tu cantik seh tapi kena jalan kaki sikit nak gi situ. Air sungai situ deras sikit sebab tu kawasan water rafting. Sepanjang piknik kat situ, ada la 5 bot (bot ek?) lalu situ, silap² derang ingat kitorang orang asli situ, terkinja² mandi..huhuhu!

Best tul tempat tu. Air sejuk gila, mandi tak hengat nak naik. Lenkali kalu nak pi piknik aku sajes korang pi situ lah. Mmg kitorang je konker tempat tu. Kul 5 baru balik. Tu pun derang plan nak buat kenduri malam tu nak perabihkan makanan yg berbelen. Tapi masa derang ketuk pintu blakang nak ajak piknik kat “wakaf bibik” blakang tu, aku dah kabuuummmm!


2nd February 2006 (Khomis)
Dah start keje uwaaaaaaaaaaaaaa! Kaki lenguh² sebab semalam redah utan, si Fahmy lenguh satu badan sebab main pinball, si Bib plak baru balik water rafting kat Kelantan. Kira hari ni “Hari lenguh seopis” ler..hehehe!

Ok la. Selamat bekerja utk semua. Aku bz nih, banyak lagi blog nak baca :p

Note: Gambar baiknya cilok dr Bib (tak kasik letak link nanti boipren dia marah ;p)

Monday, February 06, 2006

Search Live from Channel Dance Club ..

Sabtu lps gi "Search Live from Channel Dance Club,Life Centre KL", pegi ngan wai em, orangkampung dan asben dia (bodigad), Best! Rockk uuuuu..gambar tunggu wai em ek..hehehe! Tapi dia tak nyanyi lagu "Laila namamu teratas", "Isabella" dan "Cinta Sepi" laa. Antara peberet den tu. Detail? kaming suuuunnn.

Nak baca detail leh pi kat Rajapelaut