Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, May 30, 2006

Singa dan Ghimau? - Part Two

Jenuh aku nunggu gambar² kat umah Abg Pat dr kak Mas, tak sampai². Takper la nanti kalau dapat aku letak gambar ngan cerita sekali. Takde gambar tak best nak citer. Tapi ni aku nak citer part singa ngan ghimau la ni. Sian korang tertanya² apa la kait singa ngan ghimau ngan sempoii ye dak.

Masa on the way balik dr umah Abg Pat, kebetulan lak Abg Pat ada miting kat KL so dia hantarkan kitorang balik. Legaaa u olls..tak yah la tambah kematu ponggong dok dalam komuter sejam setgh kan..kan.

Macam biasa la sepanjang on the way, mulut sesorang tak reti nak diam. Semua nak bercakap. Kalau diam pun Abg Hazamin tu je lah kot..tersenyum²..tersipu² malu..nyampuk sekali sekala..bagus btol abg tu, anak sapa la agaknya…huhuhu!

Maka ianya bermula…

Abg Pat: "kekadang Abg Pat gelak jer bila nampak korang jalan berdua. Sampai kak Long pun pelik, apa yg kelakarnya."
Sempoii: "a’ah apa yg kelakarnya.." *uishh! tak sabar sungguh la dak sempoii nih*
Abg Pat: "ye lah..Abg Pat cakap la kat kak Long “tengoklah derang tu…berjalan dua. Sorang singa sorang ghimau. Mas singa, sempoii ghimau”
Kak Mas: "hah? Abg Pat cakap kitorang singa ngan ghimau?"
Abg Pat: "Takla..Abg Pat maksudkan karektor korang cam singa dan ghimau la.."
Sempoii: "Ada ka..tapi singa ngan ghimau tu cemana karektor dia abg pat?"
Abg Pat: "Harimau ni bertenaga, brutal..tapi brutal cara pompuan la, brutal cara lelaki lain, pastu kuat, ganas, tak boleh kena kacau tapi masih boleh diatasi sebab kelemahan dia kehendak mengatasi pemikiran dia."
Sempoii: "wah! komplikatednyer. err.. tapi kehendak mengatasi pemikirannya tu cemana plak?"
Abg Pat: "Yelah, kehendak tu macam perkara² yg sempoii suka la. Contoh macam sempoii dah set satu benda tu macam tu, tapi orang lain boleh ubah pemikiran tu jika dia tau
sempoii suka apa so dia dapat atasi pemikiran tu" *and ada few contoh lagi, tapi tak hengat*
Sempoii: "Macam rasuah gitu…huhuhu"
Abg Pat: Hahaha! tulah..
Kak Mas (ngan semangat berkobar² dan mata yg bersinar²): Singa plak cemana Abg pat? *sambil mengelip² kan mata dgn penuh harapang*
Sempoii: *menyampuk* "dittoooo..sama seperti di atas kot…hahaha!"
Abg Pat: "A’ah samo yo dongan ghimau, cuma singa ni glemer sikit la dr ghimau, ghimau tak berapa glemer”
Sempoii: "Memang la glemer, blog dia ghamai oghang baco, blog kito takdo oghang baco pun."

(semua gelak tak hengat)

Kak Mas: "Tapi tak aci la Abg Pat, ceghito ghimau panjang lebar, singa samo plak ngan ngimau."
Sempoii: "Apo la akak ni, dah samo nak buek cemano, kigho untung la tu sobab glemer daghi kito."
Kak Mas: *muka tak puas hati*

Hik! hik! hik!

p/s: buat pengetahuan semua, kalau nak kasik hadiah "kehendak mengatasi pemikiran tu la kan" sempoii amat menggemari barang kemas, perabot kayu jati, brg² kristal, mug spesel, *baru apdet: tulurrr, barang² kecit*...hmmm apa lagik ek..nanti la tambah lagi..hehehe!

Monday, May 29, 2006

Singa dan Ghimau? - Part One

Sabtu

Pagi..keje..keje..keje..

Petang, gi umah Abg Pat ngan kak Mas @ kak Elaira dan Abg Hazamin. Abg Hazamin ni senior Kak Mas masa study dulu. Pegi naik komuter. On d way ke sana mmg kitorang tokleh dok diam, especially bila kak Mas ada. Alkononnya la kan, ramai yg beria nak pi tapi last minit ada aral membujur lalu melintang patah tokleh pi. Alaaaa..kalau nak seribu daya kan kak Mas? Jundak pun konon² nak datang tapi tokleh datang, pastu kak Mas kata,

"Wahh..kalau panglima tak datang kat Hojainan, bleh dibubarkan bangsa dia ni.."
kata kak Mas.
"Hepp...mana ada..kalau tak datang dia boleh wakilkan orang lain per. Saya wakilkan Morrok" aku jawap. (semangat keMorrokan tetap membara, lebih² lagi aritu pakai baju merah (LAGI))

Orang tu tak puas hati, trus cek kat buku "Kembar Artakus" carik rules apa-akibat-kalau-panglima-tak-datang-Hojainan, tapi tak jumpa pun..ahakks! berusahalan sinchan.. {ralat: Jundak kata mana ada org Morrok join Hojainan, Kaum Morrok reti menyerang jek, ye tak ye jugak ye..}

Sampai Seremban dah kul 2.30pm. Kematu punggung dok dalam komuter satu jam setengah especially bila depan kita ada...err..err..eh takyah citer la eh. so tak la bosan sgt cuci² mata ..opsss! Singgah Seremban Parade, beli adiah utk abg pat. Beli lampu dari tempurung, siap ada lebah kat tepi² dia. Cantik, amat sesuai sebagai inspirasi utk org yg nak menyiapkan novel berdasarkan "buah kelapak". Sempat jugak singgah kat tempat makanan thai. Mrasa la makan otak² sebesar penampar cik sherry dan pulut+mangga+santan. Tu la first time kak Mas makan benda alah tu. kesiaaan..hehehe!

Lps tu amik cab pi umah baru Abg Pat kat Lavender Height. Pusing² tak jumpa jugak walaupun driver tu kata selalu benar la dia hantar org kat sini. "ini rumah orang² kaya nih" kata pokcik drebar tu. Iyaaa? aarr tau takper. Akhirnya jumpa juga istana dihujung rimba Abg pat. Besaarrrrnya...cantiknyaaa umah diaaa. Kat tepi bukit lak tu. Sebalik bukit tu umah Kak Mas kek kualo Pilah. Ni kalau buku ke-8 tak siap² lagi ni tatau la nak cakap apa kan.
Silence ngan family dah sampai awal dr kitorang. Balkis bawak Barbie doll baru rambut kaler itam (dah apgred dah, dulu doll rambut kaler perang).

Note:

1) Jundak merupakan panglima Morrok dan berbangsa Morrok. Morrok adalah satu kaum dari barat yang kejam, hamba kepada Herakos. Morrok bermaksud penakluk.
2) Hojainan merupakan satu perhimpunan yang dihadiri oleh ketua² dari pelbagai kaum Aurora untuk membincangkan sesuatu isu. {fakta telah dibetulkan oleh Jundak iaitu Morrok tak terlibat dalam Hojainan}

Sunday, May 28, 2006

Tabung Bencana gempa bumi Yogyakarta

Sumbangan boleh dibuat dengan SMS ke nombor 32770. Diikuti dengan

Derma1 bagi sumbangan RM1
Derma2 bagi sumbangan RM2
Derma3 bagi sumbangan RM3
Derma5 bagi sumbangan RM5
Derma10 bagi sumbangan RM10

Kutipan derma ini disalurkan menerusi Tabung Bencana Kementerian Luar.
Al-Fatihah untuk semua mangsa gempa bumi di Yogyakarta.

Attention plisss: Untuk pengguna Maxis dan Celcom, sms yg diterima adalah dari Derma1 sehingga Derma5 sahaja. Jika nak derma RM10, kena la sms 2x. Aku cukup tak paham ngan derang ni, masa Tsunami dulu pun camtu, lagi la teruk, satu sms = RM1, kalau nak derma RM10 kena sms 10x. Tak macam Digi yg letak format sms macam yg kat atas tu (e.g Derma1, Derma5, Derma10). So kalau korang bkn pengguna maxis atau celcom, try-try ler Derma10 tu. :)

Monday, May 22, 2006

Napa kaki saya lenguh ini hari?

Sabtu

Pagi, dok umah jek.

Petang, berpeluang pi visit ke LosdanFaun shooting set kat Jalan Tun Sambathan. Pelem arahan Afdlin Shauki yg dibintang oleh Hans Isaac, Stephen Huges Rahman (cantiknyerr mata dia, rambut kaler kuning), Adlin Aman Ramli dan bla bla bla...masih dalam penggambaran.

Berbincang sama tuan direktor "saya mau pelakon extra yg ni berlakon dgn saya next pilem..boleh ka?" huhuhu

Cantiknya mata diaaaa..

50 orang je yg dapat gi site visit tu tapi oleh sebab crowded sangat, Anne bahagikan jadi 2 team. Satu team visit hari sabtu, satu team lagi visit tatau la bila. Kenal ramai lagi kengkawan dr grup Kodokz. Err tapi nama dah tak ingat dah...hehehhe. Aidil AF3 pun ada join skali ngan emak dan kakak cun dia. Aidil dah berambut panjang tu yg tak pasan mula² tu. Sempat la jadi pelakon tambahan dok jalan² situ masa Hans kuar dari "opis" LosdanFaun.

Sian cip kodok nampak penat sangat dia hari tu. Neway, Hepi belated besday cip kodok yg sweet ke-35. Many happy returns cip.

Ahad

Pagi, subuh² asben dah kejutkan suh pi joging. Ooo patut beria suruh, sebab dia nak sambung tido yea. Terpaksa la joging ngan jiran² satu taman sampai ke Taman Melati nuun tuu..huhuhu. Pas jogging ada makan², kenal lagi raaamai jiran baru. Pastu ada gotong royong cabut pokok semalu kat padang permainan. Wahh ini boleh menyebabkan amaroh ni. Pokok semalu tu makin dicabut, makin banyak lak tumbuh. Pelik gue. Pastu makan² lagi. Abis semua kul 10 am.

Tengahari ada miting tournament taekwon-do kat umah. Asben cakap "eh..ni saje² jek miting, takde apa² sangat. Tak yah susah² masak apa²". Dia rasa bersalah la tu sebab buat miting kat umah tak inform aku. Hmm...ye la tu. Kalau dah 10 org mai miting saje² ape ke heee nyer. Tak pasal² dapat minum teh tarik je. Betol² aku tak buat apa². Teh tu pun dia yg buat. nasib la kan..

Petang, men boling kat summit ngan jiran² lorong U16/13B. Bang Dins mmg kamceng ngan derang ni. Pantang nampak kelibat org borak² depan umah, sure dia lesap join sama. Tak kisah la pukul 1 pagi ker. Umur derang lebih kurang sebaya tu yg boleh get along. Ada la 2 org budak taekwondo join sekali, si Ven ngan Hajar. Aku jejalan dulu window soping sebab jiran² pompuan blom sampai. Plan nak pi afkaro ngan budak PFS, ajak Spiral (dia baru balik dr Austrolia), tapi anak ngan wife dia tak sihat plak. Ajak waiem, dia ada keje plak, tammo kuar umah the whole day. Ajak Fahmi men boling, dia tgh ngk wayang Senario (hello dik..layan Senario ker? huhuhu), ajak bib dia nak ngecat umah plak. Then, tetiba waiem kata leh datang..yayyyy! dok makan kat Joni jer sambil update/ngumpat apa yg patut. Yg bestnya, dapat gelang pearl dari Manila yewwww... tadaaaaa! err takde gambar ek. nanti la aku amik gambar gelang tu ek.

PFS..jom hari khamis pi ayam golek kat ngan Angkasapuri tu then sabtu next week afkaro kat Bangsar..ada ok?
gambar: baik-nyer-cilok dr losdanfaun nyer blog dan Latifah (Lattee). tengkiuuu..

Wednesday, May 17, 2006

Slamat Hari Guru

Orang kata kan..

Without TEACHERS--days are

"sadday"
"moanday"
"tearsday"
"wasteday"
"thirstday"
"fightday"
"shatterday"

so happy teachers day to my elder sister (Fifi), adik (Ieta), my poreber fren (musba/emess) dan semua yg involve dalam bidang perguruan. Hanya Allah yg dapat membalas jasa u olls² semua. Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungiNya.

Sunday, May 14, 2006

14th May 2006

Hepi 4th Besday to Syamil
Moga menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Hepi Mothers day to all mother in the world.
Moga menjadi isteri/wanita yg solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.
-AMIN-

Monday, May 08, 2006

T.A.B.U.N.G

Sabtu lps aku tertengok cerekarama. Salu kalau takde hero best dan ensmem (baca: ady putera atau, rosyam noor hanya menyebut 2 nama), aku jarang la nak ngk. Tajuk cerekarama tu “Episod Terakhir”. Pelakon dia Sheila Rusly (suzila), Emang Manang (tak ingat plak dia jadi apa), Nassier Wahab (Roslan..hai perempuann..err dia ni pondan ke tak pondan dlm citer ni? mek konpius u olls), Maria Farida (janda meletopss byk reta tapi takde anak), Eizlan Yusof (peguam syariah, mrasa la dengar dia cakap arab tergagap²..huhuhu) ngan pelakon² tambahan seperti jiran sebelah umah emang manang, hadirin yg ada dalam mahkamah syariah tu dan pengunjung soping kompleks.

Jalan citer dia best. Sheila Rusly kawen sama Eman dapat anak 2 orang. Eman ni ada diploma tapi memilih keje. Tak main keje cikai² nak yg best jek sampai sanggup nganggur bertahun². Skang ni org dah tak pandang degree pun, org dok pandang master ngan PhD laa. Hobi Eman ni selain drp tido dan tido, dia juga suka menyebat bini dia. Salah sikit libas talipinggang. Anak² cukup phobia sama dia.

Sepanjang Eman menanam anggur, bini dia la yg tanggung family dia. Duit gi dating pun mintak kat bini. So tak malu punya laki. Tapi sib baik la si ila ni pandai sket, tetiap bulan dia simpan sikit duit dia, kasik kat Roslan suh simpan dalam bank dia. Buku bank tu pun Roslan yg simpankan bertawon². Takut laki dia terjumpa kang, naya. Terjumpa pay slip pun dah meroyan tak tentu arah, bikan plak buku bank.

Dah la takde keje, tak sedar diri pulak. Sempat lak bercinta ngan janda kaya. Janda tu nak sangat kat Emang sebab Emang dah ada anak sedangkan dia mmg takleh ngandung. Yg si Eman tu plak, dia nak kawen ngan minah tu sebab duit. Give and take beb. Tapi dia kena carik jalan camner nak ceraikan bini dia. So dia suh org amik gambar wife dia intim sama Roslan. Kebetulan lak masa tu Roslan ngan ila baru balik dr klinik lepas ila kena sebat ngan asben dia sampai lebam².

Bagai udah jatuh bangunan tingkat 21 di lanyak steamroll plak. Kampeni dia dah move ke Terengganu, katanya la sedangkan org sok sek sok sek kata kampeni tu bengkrap. Terpaksa la si ila join the klab nanam anggur berjemaah sama asben dia. Roslan pulangkan buku bank ila yg selama ni dia simpan. Jujur dan tulus (yayy! Radja) sungguh si Lan tu kalau org len mau dia guna duit tu buat beli barang kemas ke, masuk skim cepat kayap ke. Balik umah, jumpa gambar² tu atas katil ngan nota aku ceraikan ko ngan talak satu. Aku rasa la, sebab kamera tak tunjuk pun isi surat tu, tetiba je si ila melalak meraung². Ye la kot kena cerai.

Pastu setawon kemdian. Si ila jadi org orang berjaya dalam bisnes aura-aura tu. Siap masuk dalam majalah jadi kaver page lagik. Ehh panjang lagik la citer ni..huhuhu..Macam malas plak nak sambung wakakakkaka!

Aku bukan nak ulas citer ni panjang lebar cuma aku minat kat satu perkara yg aku rasa leh bantu serba sikit org ponpuan. Aku suka part tabung tu..hai..org materialistic..apa lagi la yg aku nak pandangkan. Tak kisah la kalau pakai tabung kat bank ke, tabung ayam ke (hi Joeeeee…), tabung gajah ke, tabung haji ker, main kutu ker. At least menabung. Walaupun kita ada keje, ada gaji sendrey, tak kisah la banyak mana pun gaji tu, cuba disiplinkan diri menyimpan berapa persen dr gaji tu masuk tabung lain (yg bagusnya kalau asben tatau pasal tabung tu *ikon gelak guling²*) dan nama kan tabung tu “tabung berfoya²” ker, atau “tabung berpoya²” ker atau “tabung berpoye²” :D.

Bak kata abg Karam Singh, sikit² lama² jadi bukit. Arr dah resmi bukit, kalau tetiap hari ditarah pun, boleh ilang bukit dr peta topo dik oii. So kalau dah start menyimpan, kena la plak disiplinkan diri jangan asik nak koreeeekk je tabung tu. Baru masuk duit 25hb, 30hb dah kuarkan sikit. Pastu 10hb kuar sikit lagi..24hb mmg abis ler tinggal serdak. Itupun mujur ada serdak, kalau dah tetiap minggu korek duit tabung, mmg tak sempat la duit tu nak berabuk dalam bank.

Justeru itu wahai adik² kakok² yg saya homati sekelian, marilah kita menabung sikit demi sedit. ada rejeki tambah lagi..ada lagi tambah lagi. Bukan cam org lelaki, ada rejeki tambah bini..ada rejeki tambah bini. So bukanlah nak hasut ke apa, tapi just sebagai bekalan di masa depan. Kita ni org pompuan. Kita tak tau nasib kita dimasa hadapan. Nauzubillah. Kita doakan yg baik² jer la yer Jenab..yer Joyah..

Owh ya..disamping tabung hatyai dan tabung berpoya², kita boleh juga buat tabung hari raya, tabung budak sekolah, tabung road tax ngan insurance keta dan mcm² lagi mengikut kesukaan hati korang. Macam tabung road tax tu, kalau contoh keta yg rod tex ngan insurance dia 1500+, so menabung la tetiap bulan RM100 ke, by the time nak renew balik rodtex ngan insurance, kita dah ready ngan RM1200. Ok la kan. Sama jugak cam tabung raya. Takde la bila time raya, asik² kasik alasan bajet lari..bajet lari..

Err tapi cadangan² yg disebutkan tadi hanya seswai utk mereka² yg ada belen gaji yg berpatutan. Kalau cecah 25hb gaji masuk, pastu mebengtuyu gedebak gedebuk pastu belen tinggal RM16.80, err cadangan yg tadi² tu tidak relevan digunakan sama sekali. Err yg tu mmg tak dapek den nak nulungnyer.

Oleh itu janganlah berlengah lagi. Mulakan ia dari sekarang. <---- waahhh! Macam ayat derek selling laaa yewww…

Friday, May 05, 2006

ada apa dengan Dealova?

Sila klik utk pembesaran 2x ganda......gambar

Wah! teruja banget gue. Masuk site tracker niari, terjumpa ini fakta bukan auta... (cesss! cemana org carik "punggong bulat" sama "gambir sarawak" leh termasuk blog gue ginih? seswatuhh loor..) Kamu, kamu, kamu, kamu suka banget sama Dealova ya. Mau mp3 dealova? tammo beli cd yg ori? (Owhh kalau penyanyi luar boleh beli cd cik nun yach *ketis kak waiem*) atau kamu suda puas meng-es-em-es dan mengemail sama gue tapi mp3nya nggak sampe²? Nggak perlu susah² dong..kamu² boleh berkonvoi beramai² ke blog teman tapi mesra saya ini dan memuat turun serta memuat baring lagu tersebut dengan jiwa yg tidak kacau.

Yaa..mudah bukan? selamat mencuba ...ahakss! ahakss!

p/s: Alaaaaaaaaaaaaaaaa...ujan lebat la niari, ngan petir sambar menyambar ngan guruh berdentam-dentum. Ni kalau joging ni musti basah kuyup pastu leh demam..pastu leh semput seminggu terbaring atas katil pastu baju basah dan badan gatal². Lagipun mmg bahaya la kalau kuar joging time petir gini. Disebabkan faktor² kesihatan dan keselamatan tersebut, dengan berat hatinya saya terpaksa kansel joging saya pada hari ini. Sekian terima kasih. (cc kepada asben saya)

*zasssssss! gi emkop*