Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, February 20, 2007

Kong-si-kong-si-kong-si-niii...yayy!

Baru balik dari Cherating ngan jiran² “Amazing thirteen B” Tmn Bukit Subang. 21 family join, nanti aku citer pasal kat sana. Best-best-best.


So petang isnin, baru sampai umah. Penatnya (walaupun tak drive ;p). Tayar depan bahagian drebar pecah kat MRR2. Bukan takat pecah, tapi rabak seh. Tetengah panas cik asben tukar tayar, aku jadi polis trafik jek la tak kasik org langgar keta aku. Pastu keta overheat plak. Adehh…terpaksa la singgah stesen minyak, lepak situ lama sket pastu terpaksalah makan-makan-makan lagi...heh! Sampai² jek umah, cik asben trus lepak kat Bistro, adehh tak cukup² lagi ke dok beramas mesra ngan jejiran kat Cherating eh. Tak koseer mek..

Malam tu pi Subang Parade makan Yee Sang ngan cik Fai kat Sushi King. Aku mmg looking forwed nak makan benda ni tetiap tawon dan looking forwed nak lepak ngan cik fai yg sentiasa bz-bz-bz tu. Lebih kurang cam cik asben looking forwed nak makan prosperity burger la tiapkali raya cina and looking forwed lepak kat Bistro tetiap malam lps abis keje ;p. Last year beria nunggu opis nyer chinese new year dinner, tetiba tak leh pi sebab cik asben eksiden motor time tu.

Sampai Subang Parade dah lewat seploh minit. Call cik fai, pastu adehhhhhhh…. rasa cam nak pitam. Aku rasa cam dah clear cakap tadi..kat Subang Parade..di ulang Subang Parade, dia pi nunggu kat Sunway Piramid. bley? Arrrghhhh cikk faiiiiiiiiii…ggrrrrr.. Tapi apapun cik fai tak penah salahkan.. ni musti henpon dia yg patut dipersalahkan, tak clear gitu huhuhu…bias tak hengat.

Zasss! tak sampai seploh minit cik fai pun sampai ngan baju dan kasut merah kongsikongsikongsini yay! Kata² aluan laser "cik iena dah gumuk la” dan “cik iena dah hitam la” sungguh la menyentap perasaan…haaa sudah....."gemuk sgt ke?” “itam sangat ker?” terpaksa diulang banyak kali sebab mana la tau kot² tiapkali tanya makin kurang lak level kegumukan dan kehitamannnya ;p. Hmmm.. nak kena pi gym selalu balik la nampak gaya nya nih, abih la akuuu.. Alaa yg sunburn ni besok2 ilang la..

Ingat nak amik yee sang kecit je sebab makan duorang. Tapi cik fai cakap “order yang besar la sebab cik iena nak makan yee sang puas²kan?”. Hah! amik ko. Yee Sang besar dulang makan duorang, mencungap² nak abiskan. Tapi takpe, setahun sekali..err dua kali errr tiga kali laaa.. Before tu ada la budak opis beli yee sang yg kat giant tu tapi tak best, banyak kopok.

Masa tgh letak honey kat yee sang tu, budak waiter tu tanya, “nak amik gambar yee sang dulu ker?” Macam tau² jek org tu suka bergambor pastu masuk dalam frenster dia ;p. Hahahahaha! Fai jawap “we’re not that freak, kitorang nak makan jek” hahahaha..gilak! Pastu kena toast tinggi²..sempat lagi budak waiter tu menyelit cakap “buatlaa wish..” iskkk..sibuk tul la budak nih. Dok dendiam kat tepi dapur boleh tak… Tapi toast jugak la..wish jugak la..wish apa ek? wish fai dpt byk bonus..wish fai sihat²..wish fai hepi² selalu dan wish fai menten comey-comey-comey sentiasa.
Ada satu benda je yg buat aku potong sikit malam tu. Ada ka derang susun tanglung banyak² depan sushi king tu. Dah la aku phobia ngan benda bulat gitu. Bila nengok terus seram-sejuk-rasa-cam-nak- pitam-rasa-cam-nak-nangis-and-rasa-cam-nak-pensan pun ada. Jgn la tanya napa. Dah mmg sejak azali dah camtu nak wat cemana.

Lepak lebih kurang sejam jek sebab tempat tu nak tutup n cik Fai nak pi sepital jaga kawan. Lenkali la kita lepak lelama sket eh..Masa nak bayor, akak cashier tu kuarkan kad staff dia. Dia bagi harga staff. Wahh…cayalah kak. Mekasih akak cashier nanti belanja lagik ek..huhuhu..



sementara nunggu gambor baju merah nak aplod, fai kata amik la gambar dia memana letak kat sini.. ok tak gambar ni fai? ;p

Learnt something about you yesterday…Fai seorang sahabat yang sangat baik..Sayaaaang Fai..Muahhhhs!

Sunday, February 11, 2007

sambungan..anak-anak-anak!

Wan Syamil Hakimi bin Sharifudin bin Mamat bin Husin

Time ngandungkan si syamil, aku cukup suka shopping, suka berhias, suka bergambor and suka
makan. Orang kata biasanya kalu nandung anak lelaki, kita tak suka bebenda cenggitu. Terbalik la plak. Almost tiap hari before balik umah, aku suh cik asben aku singgah memana dulu paling tak pun gi giant shah alam. Kaki dah bengkak² pun nak gak jejalan..tak paham tul la ko ni sempoii.

Time bersalinkan syamil, Alhamdulillah sakit tak lama. Ekceli, time akhir² nak salin, aku kena asthma yg agak kronika (err bkn kronika lang surya buku si Jundak tu tau). Dokter kat klinik Hajar tu cakap, takpe..leh guna ventolin inhaler atau makan ubat ventolin bila sakit. Bila sampai je time duedate..aik takde contraction pun..seken day..pun takde pape pung (sambil putar²kan tangan tanda ilek)..hari ke 3..4..5..6..7..8..9..10. Hoh! 10 hari overdue still takde contraction? Amat felik dan ajaib itu. Maka berangkatlah aku menyerah diri untuk diperiksa kat klinik subang perdana. Aku citer apa ubat yg aku amik semua.. Dokter tu tepanjat dia kata ubat asthma.tu yg ilangkan sakit contraction. Pulakkkk! Dia suh stop amik ubat tu. Kata dokter, baby aku selesa tul lepak dalam peyut bila aku amik ubat tu. Bila aku stop makan ubat, malam tu jugak sakit contraction datang. Trus gi klinik An-Nur. Dokter cek..lama lagi ni, baru 1 cm..derang suh balik dulu. Aku pun balik umah mak sebab mak kata kalau tetiba salin malam tu, ada la gak org yg ngk²kan si syahira.

Malam tu tido kat ruang tamu umah mak sebab rasa bahang len maciem dari dalam badan. Aku tido duduk, kepala lentuk atas seat kusi sebab tak tahan sakit dah. Tiap kali sakit kena tulis kat kertas..berapa minit sekali sakit. Awal2 tulis cun la gak tulisan, lps2 tu cakar ayam lagi hensem dr tulisan aku. Sakit seh.. tuhan je yg tau. Mak aku kejap2 jenguk dr atas, risau dia..

Dah tak larat sangat kul 2 pagi aku kejut cik asben n trus gi klinik An Nur. Sampai je dia suh tukar baju segala pastu masukkan air..pastuu yayyyy! Dah 5 cm rupanya. Dokter lom sampai. Adeehh. Cepat2 derang call dokter and zasss! dokter sampai macam superwoman.. kali ni cik asben tak bawak game watch segala sebab hanphone dia dah apgred ..macam2 ada. Dokter panggil cik asben masuk bilik bersalin. Cik asben tersengih2 je.. hepi la tu sebab tak yah tunggu lama.. tak sampai beberapa minit.. uwekk! Uwekk!! Oo bukan saya muntah tapi baby yg kuar. Uiyooo 3.8kg tu. Aku rasa anak lelaki semua besar2 ikut aku kot sebab dulu mak aku kata berat aku time lahir nak dekat 4kg. Cik asben aku dr kecik lagi mmg kiut miut, kasut pun saiz 6 (aku saiz 7 atau 8..sepak org sedap tu hahaha..). Tapi rugi la tak dapat share kasut. ;p

Time berpantang sakit sikit la sebab selalu batuk and asthma makin teruk. Penah sekali, aku tgh mandi (tgh sabun ekceli…haahh! jgn nak imejin haa), tetiba kena asthma, aku trus capai tuala n trus lari masuk bilik amik inhaler. Mintak nyawa..mintak nyawa!..Sejak tu tiap kali mandi sure aku bawak inhaler masuk bilik air ;p. Aku kannya apa, buatnya tetiba pensan dalam bilik air (time mandi plak tu), tak dapat aku imejin alangkah maluuuuunye aku dikemdian hari kelak hahahaha!

Ohh lupa nak citer, disamping asthma aku jugak kena allergic yg truk gak la. So masa time pantang tu mmg keje aku makan tido..makan tido..penangan ubat allergic tu. Sib bek masa tu maid yg jaga baby aku, mak aku jadi supervisor je..huhuhu.. Kesan dr ubat allergic tu, aku takleh susukan baby. Susu banyak tapi kena perah kuar n buang. Kaler dia macam vitagen perisa oren. Sedih sebab tak dapat susukan baby, tapi alhamdulillah la akak aku pun baru bersalin 2 minggu lps aku bersalin, so tumpang susu kat dia la, jadi ibu susuan gitu. Aku dok imejin cam citer cerekarama, bercinta macam nak rak pastu baru tau yg bf tu satu ibu susuan so mak dia pun kata nehi..nehi..korang tak leh kawen sebab satu ibu susuan. Maka frust tertonggeng la kapel itu tadi..kesian…wehh..apa lu citer ni beb..

Syamil ni walaupun mukanya org cakap ensem macam muka abah dia..yea yea..asal hensem je sure ikut cik asben aku (apa? aku tak hensem ker? huhuhu). Tapi dari segi perangai dan personality, syamil banyak ikut aku. Kaki saiz besar (baru lahir tapi dah macam kaki budak leh jalan), tangan kuat peluh, liat bangun pagi, suka buat hal sendiri and ignore org len, kalau nak satu benda, dia nak jam2 tu jugak, malas training Taekwon-do (hahahha ni sejibik aku) and dia suka buat keje last minit. Kalau makan kat kedai tu, bila kitorang nak bayor bil, time tu lah dia baru terhegeh2 nak start makan.

Apapun, satu je harapan aku kat derang ni. Aku amat mengharapkan agar anak2 aku akan menjadi anak soleh dan solehah didunia dan akhirat -AMIN-