Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, February 22, 2008

Selamat pengantin baru Alangz and Zure

Aku mintak mahap sebab lama no nak apdet pasal kenduri kawen alangz. Walaupun aku mmg kurang keje time ni tapi line tak clear nak blogging² ni. Makcik A (boss aku) ada. So ni je la review aku pun. Gambar² leh la ngk kat picasa delinn.

Sabtu 16hb February 2008.

Pukul 7 pagi cik asben dah bertolak ke politek Tg Malim utk ngajar Taekwon-Do. Dia hantar budak² umah mak dulu sebab aku nak pi kenduri Alangz tengaharinya. So dengan selambanya aku sambung tido. Bangun² je dah kul 11 pagi. Damnnnn!! Call and sms few frens tanya derang pi bila. Delinn cakap 12.30 tghari jumpa kat sana. Aku terus sms Delinn kata tak sempat. Kim salam je la kat pengantin.

Pastu aku pikir.. kalau aku tak pi ni, sure teruk kena ngan alangz and Joe ni. Ko tau je la mulut derang tu..huhuhu..Joe sure kata aku blurr macam selalu sebab melalui resume² aku yg terdahulu aku salu last minit baru tingat ada kenduri kawen (macam kenduri angah ngan limah dulu). Tapi kali ni bukan aku lupa..cuma terlupa bangun awal…hihihihi…Pastu sure alangz bising² kecik ati pastu ugut tanak datang kawen anak aku nanti (wooo! hohohohho).. Gurau je ek.. Aku mmg akan rasa terkilan yg amat sgt kalau tak gi kenduri ni. Dah la dua² pengantin kawan aku. Apa jadi pun nak pi jugak. Lantakla..

Cik Azrul amik kat Asiajaya kul 1.30pm. Dia ni plak ada pesen drive dia tersendiri. Asal tumpang dia jer, sure dia sesat-barat. Tatau la napa. Kalau tumpang dari Gym ke bus stop depan hilton tu pun leh sesat masuk sampai jalan gasing. Sesat barat sampai ke mana ntah, tak jumpa MRR2 katanya. Sempatla aku citer pasal Score a kat dia. Last² jumpa Balakong. Dia nampak je Balakong terus “yes! yes! yes!”, sebabnya kalau dari Balakong, dia dah tau la cemana nak jumpa MRR2 tu. Katanya laa… hehehe…Sepanjang dalam keta dia, aku tukar lipstik 3-4 kali sebab nak matchkan ngan baju ijo aku. Tapi memangla..aku rasa aku mmg tak sesuai pakai baju kaler ijo la..

Sampai umah pengantin dah 2.30pm. Terharu gila, sebab ada khemah khas untuk Taggers Joe Perantau and bloggers. Memandangkan pengantin bertemu dalam tag joeperantau, so ofkos la kedatangan rakan² taggers memberi sentimental value kepada pengantin. Uwaaa! Mek terharuuu nih… Uwaaaa….Cepat² tepuk blakang aku Delin…Limah..aku nak nangis nih..

Memandang aku ngan Azrul lom bekfes, so kitorang salam ala kadar je dulu budak² taggers. Will right back katanya. Sebenarnya dah lapar banget. Time makan pun memasing senyap je, tak sempat nak bercakap. Lepas tu baru join taggers kat khemah khas untuk upacara tradisi iaitu mengambil gambar tanpa had. Aku lupa bawak kamera free. So jenuh la kena perli ngan derang. Barang free pun malas nak bawak. Apa nak jadi ngan aku ni kan..

Pengantin pakai baju ijo. Sweet jek. Pengapit pengantin pun pakai baju ijo. Pun sweet jugak... hikss! Mana taknya, aku tak pasan time amik gambar pengantin, tetiba pengapit pompuan extra posing sambil meletakkan pipi di pipi pengantin. Aku cakap dalam hati “over nyer pengapit nih” . Last² baru aku terperasan yg pengapitnya Angah. Wakakakkaka! Sorry ngah. Aku mengumpat dalam hati...hihihi...

Memandangkan aku pakai baju ijo, so derang tersalah sangka ingat aku sedara pengantin atau mokcik pada pengantin???. So sibuk la derang suh aku tepung tawar. Termasuklah alangz. Tengah jadi pengantin pun sempat lagi tu nak suh-suh org… Aku menolak dengan sopan dan santun sambil memberi alasan “Lupa step la canner nak tepung tawar...”. Aku tak ingat sequence. Nak baling beras dulu ke atau renjis² dulu ke atau bagi bunga rampai dulu. Kang silap², ngan bunga² telur sekali aku baling kang. Dah la tak nepung tawar, tapi ada hati plak nak bunga telur. Hati meronta² nak tanya mokcik yg jaga telur tu “makcik, kalau saya tak nepung tawar, boleh tak amik bunga tulur?” huhuhu.. tu la peberet aku kalau pi umah org kawen. Simpan bunga telur. Yelah..tu je la kenangan nyer pun. Nanti 2-3 hari aku akan belek bunga tu before simpan dalam lemari hiasan.

Lepas pengantin makan, acara bergambar ngan kengkawan taggers. Kecoh gila time ni. Camner kat tag, camtu lah kitorang buat kat atas pelamin. Memang lama la kat situ. Kul 4 baru beransur pulang. Nak kata pulang tu idak jugak, sebab kitorang decide sambung gath kat Kedai mamak, Tesco. Memandangkan selalu time ada gath musti ada kek besday, so since takde org yg sambut besday namun kek tetap ada dengan ucapan “Selamat bergath taggers” punya laaa nak jugak kek tu.

Kat situ je lepak sampai kul 6.30pm. Memang la taggers tegar. Kalau derang leh lepak sahri suntuk dalam tag, kat luar pun camtu gak.

Apapun, Ucapan utk pengantin. Selamat pengantin baru. Selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga bersabar menempuhi segala dugaan alam perkahwinan (jika ada). Enjoy your marriage life. Menunggang dengan cermat..ingatlah orang yg tersayang…huhuhuu….


Friday, February 15, 2008

Bo Lin Chen..



“Dah lama sungguh tak buat keje tak semenggah camni”.
Emmm..jap..jap..nak rephrase ayat..
” Walaupun aku selalu buat keje tak semenggah tapi keje tak semenggah yg satu ni aku dah lama btol tak buat”..aarr yg ni baru betol..

Ekceli, dari kecik lagi, kalau ngk drama ke pilem ke aku jarang minat kat hero. Of kos la hero salu hensem, idung terpatuk, tangan kekar...body?…isk isk..apa aku cakap nih…astagaaaa… TAPI aku salu berkenan kat kruk atau seken hero atau seken kruuk..selalunya serabai, nampak kekrukan, ganaz, ntahapahapa tapi amat berkenan dimata aku. Bermata sepet adalah satu bonus. Ahahhahahah! Antara mangsa keminatan aku adalah Rashid Sidek (wahahhaha..ni kalau Annajah dengor ni sure gelak gulin²), Milo Ventigmilia (Jess dalam Gilmore Girl), Jon Johnson (Manhunt), Simon Yam (Polici Kadet), Leslie Cheung (dalam bride with white hair), Johny Depp (dalam Pirate of Carribean dan Scissorhand), nyaris² terminat Farid Kamil (dalam Anak Halal, ni kalau waiem tau, malu aku nih huhuhu..)..

Masa form 2 dulu (umang aii dah tua tu), minat gila ngk citer police kadet yg hero dia ah kit, kruk dia simon yam tu. Macam biasa kakak ngan adik pompuan aku tergila² sama itu ah kit, siap berebut2 gambar kalau jumpa kat paper tapi aku sorang je minat kat Simon Yam. Takde persaingan. Yayy!


Aku kalau dah minat tu, mula la buat keje vodoh. Aku gunting gambar derang simpan dalam kotak khas. Dulu amik gambar dari paper ngan majalah je. Sekarang ada internet. Aku download gambar² derang simpan kat pc..wahahhaah..vodoh tul..tapi i like ;p

Last aku buat keje ni ialah pada tawon 2002 ke 2003 gitu time tu minat gila kat milo ventigmilia..ala yg berlakon jadi Jess dalam Gilmore girl tu (skrang berlakon citer Heroes). Tu lah aku cakap..org sibuk minat kat Deen (bf Gilmore girl tu la), aku minat kat Jess, budak tak tentu arah yg suka buat hal ngan pokcik dia. Penuh la pc aku time tu ngan gambor si Milo tu…ehem..tapi byk lagi la gambar cik asben..ehem… (sakitnya tekak ;p).

Eh eh..yg tu bukan last rupanya..last sekali mamat Manhunt tu. Si Jon Johnson. Kak Aidid sure ingat, dia bukan peserta peberet juri pun tapi first time aku ngk dia, aku dah agak dia akan menang. Tulah satu²nya org yg aku minat and sama plak taste org lain…

Berbalik pada (ayat skema gila) cerita terbaru... baru² ni aku pi ngk Kung Fu Dunk sama cik asben. Hero dia Jay Chou. Tapi macam biasa, aku takkan minat kat hero, tapi terbekenan ngan seken hero dia, org panggil kapten dalam citer tu. Kapten tu kaki minum, kalau tak minum tangan dia mengeletar. Rambut panjang, muka serabai cam org lalok. Tapi yg tuuuuu jugak yg aku minat. Ohh yaaa..nama betol dia Bo Lin Chen. Orang Taiwan. Maka sepanjang² ngk movie tu, aku dok cakap “ensem nyer dia banggggggg” sebanyak 63 kali. wahahahha..meluat cik asben dengar...

Pastu start modus operandi. Carik gambo² dia kat internet pastu simpan kat pc. Wakakakka!

Ni antara gambar² dia buat tatapan umum...hihihihi... Dia ni byk no imej dia. Kejap jadi mat smart, mat serabai, mat rempit, tapi imej dia yg macam kruk² and serabai tu yg aku minat la.. Yg kemas² tu tak minat. Lagi rempit, lagi aku suka.


Monday, February 04, 2008

Bagaimana menghabiskan 8 jam opis hour tanpa ada kerja..hikks!

Penah tak korang rasa penat gila sebab takde keje..dan terpaksa buat² ada keje?..bunyik cam mengong kan tapi tu lah aku for this week. Meh la dengar citer aku..

Last week mmg tungang terbalik siapkan China Top Management company analysis. Gym pun tak sempat pegi (alasan... ;p). Score a pun sempat pass kan prospek kat cikgu jek.. huhuhu..

Pagi tadi time goleks² lps bangun sambil menunggu org umah aku mandi cam anak dara, kepala ligat berpikir..apakebenda aku nak buat kat opis hari ni ek?. "TAKDE!!!". Aku pikir lagi..takkan takde?..abistu 8 jam kang aku nak buat apa? yer soklan yg bijaaaak..bijak..kita mandiii dulu..

So sampai opis kul 8.25. iskk...awal nih.. sempat bekfes.. Kalau masuk kul 8.30 tapi tak bekfes, maunya pitam, sapa yg susah? akuuuuuuuuuuuu jugak yg susah.. lagipun aku salu balik lambat. Kira kaltim la tu. So pi turun kedai mamak. makan mihun goreng. Time nyenduk mihun tu, sedapkan hati dengan berkata² "petang kang konpim pegi gym tau..jgn degil"..huhuhu..

Masuk opis 9 pm. Pergh lega..at least setengah jam suda berlalu..tadaaa..hahaha! Pastu baca email opis..Tak menarik. Baca email yahoo plak. Ada la org bagi² drink, bagi² telur dalam facebook. Suka!. Pastu bukak website kenshido-k-wallet (nengok score a punya income). Yaaaa..ni la peberet website aku recently hahahah! Rasa cam best jek ngk duit masuk almost everyday. Alhamdulillah. Aku plan, this year nak carik duit banyak² through score a. Aku dah ngk bukti terdekat, cikgu (my upline) ngan ayah cikgu (my up-upline). Cikgu geram ngk income ayah dia aku plak geram ngk income cikgu, yg cik asben aku plak geram ngk income aku. TAPI! harus diingat!! cik asben geram bukan sebab income aku banyak ke..apa ke..dia cuma geram sebab dah banyak kali dia suh kuarkan tp aku degil tanak kuarkan...Tapi takpe la..geram² persaingan yg sihat gitu...grrrrrrrrrr...auummm! heheheh.. Asiaworks pun dah slow down sikit aktiviti sebab awal tawon. Once a while aku akan pi sana utk training, guest event, gath atau graduation.

Alamak..baru kul 10.25 am. Nak buat apa lagi ek? Shred kertas pun ok gak ni. Start selongkar dokumen², printed email², kertas² conteng yg penuh kat tray dan kat tepi meja. Umang aii.. tinggi gak. ada la 4-5 jengkal. Napa aku cakap 4-5 jengkal? sebab ia bergantung kpd jengkal org yg mengira. kalau Delinn yg kiut itu mengira, adalah 5 jengkal, tapi kalau aku yg tak kurang kiutnya ini mengira, lebih kurang ampat jengkal woooo. So, duk kat tepi mesin shredder, shred kertas pelan². Ada la dalam setengah jam kat situ. Aku rasa budak² keliling tu dah bengang sebab bunyik shredder tu punya la kuat, tapi takde sapa yg berani tegur. Ni sempoii la kata kan. hikks!

In between, pegi ulang alik toilet dalam 4 kali. Sekali pegi lebih kurang 5 minit tidak termasuk terlelap dalam toilet.

Ngam² pukul 12, start pukul gendang. Buzzz!!! kejutkan khairiah, zurie, bib ngan maya ajak makan. Bib tanak makan. Maya makan kat Mekdi sebab nak study RPM. So "dan lain² tu" ikut aku lunch kat kedai mamak. Lepas makan pi giant beli aiskrim "Moooo" yg lapis ngan biskut oreo tu, ada 10 pieces, rega RM8. Bahagi dua ngan khairiah, dapat sorang 5 bijik. Wohoo..masuk opis kul 2pm. Yayyy! lagi 3 jam nak balik...

Masuk² opis, baca paper setengah jam. Baca blog setengah jam. Terperasan ada sorang member tutup blog. Tit tot tit tot (sms) ngan kawan, "napa ko tutup blog?". Tit tot tit tot jawap balik. Tit tot tit tot tanya balik. Tapi takde jawapan clear diperolehi. Then cikgu sms suh nengok k-wallet kenshido. Baru la ceria balik muka aku. Pi check, sapa yg masuk, pakej apa, line mana (...berapa yg masyuk..huhuhu). Alhamdulillah.

Tetiba data for Thailand masuk. Oh ya..lupa nak cakap, kalau dulu aku incharge of China dan Korea, sekarang China dan Thailand sebab Bib resign so kena rombak balik la ownership of the country. Load data Thailand. Ngam² 5.30pm, ajak zurie pi kopitiam, tak berhasil sebab team leader dia jeling² suh siapkan keje, ajak khairiah..Ok! yayy!

Maka tamatlah 8 jam "Bekerja" saya pada hari ini. Saya menunggu hari² yg mendatang dengan perasaan index hang seng yang bercampur². Hepi sebab takde keje, tapi tak hepi sebab otak letih kena create keje. Rupa² lagi senang ada keje dr buat² ada keje ek? Hahahaha!