Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Sunday, April 27, 2008

Hari gaji..

Macam dulu dan dulu jugak..asal gaji je aku cuti..asal cuti je aku gaji.. Kalau ikut perancangannya bila time gaji, aku akan kuar outing sorang2 - beli2 barang yg aku suka, facial2 (errr lama gila tak buat, kulit muka dan tambah seinci kulit mati nih), spa², ngadap dentist @ skin specialist, pi karoke, ngedate ngan kengkawan makan²..dan mcm² lagi benda yg macam sgt berfaedah tapi lite-lite sajork faedahnya.

So semalam saya berjaya mencutikan diri sempena gaji.Yg bebenorya, aku cukup tak paham ngan sorang minah kat opis ni, Minah K (bukan nama sebenar, K stand for Kepoh ok), asal aku cuti je, sure sms aku byk kali tanya macam². Tak cukup tu..siap call² lagi. Aku dah apply cuti hari isnin tapi masa khamis time nak balik tu dia tahan aku..dia tanya aku mcm² pasal update keje. What the Fish la kan..punya la lama aku kat opis tanak tanya, dah nak balik baru tanya.

Pagi jemaat, lps aku siapkan budak² pi sekolah, aku sambung balik tido. Bangun² dah kul 11.30 am. Dapat 2 sms dr opis. Minah K tanya.."ada analysis yg you perlu buat, so u nak datang opis buat hari ni atau besok?". Hangin. Aku rasa muka aku dah ala² pelangi. Hijau ada..biru ada..merah ada..Apa masalah dia aku pun tatau. Aku balas, "i'm not coming today or tomorrow. Appreciate if someone can help me doing the analysis". Hanjj sgt..tak penah nak bg aku idup senang.

Yang aku sangat-sangat terkilan ialah masa ayah mertua aku meninggal bulan Dec last year. Tengah² orang sibuk ngan urusan jenazah arwah, Minah K ni boleh call aku and tanya aku pasal analysis. Dia kata aku pernah buat analysis tu last year, and thats why dia nak tanya aku macamana nak buat benda tu sebab client request benda yg sama tahun. Mengucap aku.. Aku tak paham spesis apa manusia camtu. Sikit pun takde perasaan sense of human dalam diri dia. Berpuluh² org kat opis tu takkan sekor pun dia tak leh refer melainkan aku-aku-aku!

Tengahari tu, spy dr opis aku sms. "Abis la you.. Minah K nak call u plak pasal blah..blah... " Aku gelak je pastu terus off hp..hahhaha.. puas hati. Then aku sambung tido..bangun² tido dah kul 3. On phone kejap ngk ada miss call dr opis. Pedulik. Call few fren ajak kuar makan. Gilos.. Dah tentu semua tgh keje time nih. Hihihi!

Waiem setuju makan lps opis. Cadangnyer nak prektis boling utk BobFC ahad ni and preparation karoke utk next wik huhuuh..itu pun kalau sempat. Masa nak naik bas, ada la sorang indon tu bagi tiket rapid free. Dia dah tak pakai lagi tiket tu so bila dia ngk aku terkial² kuarkan duit syiling, dia terus bagi tiket tu. Aku tatau la plak kalau dia mmg nak jual tiket tu kat aku, sebab lps amik tiket tu aku terus naik bas huhuhu..

Janjinya ngan waiem dalam kul 6.30 gitu kat Summit. Tetiba tingin nak makan stimbot. So turun bas kat jembatan pulau pinang, jalan kaki skit trus tunggu bas nak pi Summit. Bas Rapid penuh, so aku try and error naik metro nombol 12. Tanya konductor pi Summit tak? dia jawap..pegi. So bila bus lalu depan sunway piramid je, dgn konpiden nya aku sms waiem, kata lagi 3 minit sampe, tolong orderkan mi ijo ngan stimbot 2 orang. Ecewah...konpiden seh..

Lps 3 minit, tak sampai². Aku dah cuak. Tetiba dah sampai carrefour. Pastu tetiba sampai Subang Parade. Huk alaa..ni apahal sampai ke Subang Parade lak nih. kalau naik Rapid , lps Sunway Piramid terus pi Submit. NI tak, dia pusing satu dunia dulu. Aku tanya kondutor pompuan indon tu "bas ni lalu Summit ke idak?", Sekali dia jawap "Yaa ampun kak..jauh lagiii summit nyaaaaa". Abis la aku ..dah la jalan jem..jauh lagi summitnya ropenya..

Waiem sms.."dah dekat ke jauh lagi? nak masukkan sayo.." hikks! Aku jawap tunggu dulu, bayang² ke summit pun aku tak nampak nih. Macam nak nangis jek. Kalau aku tau, aku turun depan sunway piramid tadi pastu jalan kaki ke amik cab ke..takde ler seksa ginih..

Lps 30 minit dalam bas tu, akhirnya sampai jua ke Summit tapi. Masa konduktor tu jerit Summit! summit! aku terus jerit kat dia.."mana summit?!!" wahahahha! dia jawap jugak tu "Tuuuuuuu".. laaa...bas tu lalu blakang summit rupanya. Aku kena jalan jauh sikit. Serik aku dah nak memandai² lagi.

Tapi puas hati la sebab dapat catch up byk isu ngan si waiem...biasa la budak² PFS kalau berjumpa..huhuhu!

So next cuti ialah 30 April sampai 2 May. Ada misi yg blom selesai huhuhuhu dan 1hb ikut Cik asben seminar Taekwondo kat Kelantan. Since parent mentua dah takde and rumah pusaka tu pun tak berjaga, kitorang pun cam lost je tatau nak tinggal kat mana nanti. Sedara mara ramai tinggal KL. Ngk ahh camne nanti..

Till then.. do miss me..wahahhaha!

Wednesday, April 23, 2008

Our time is running out...katanya..hikss!

Dalam kepala aku sekarang ada lagu nih ..

Our time is running out..
Our time is running out..
You can't push it underground
You can't stop it screaming out...
How did it come to this? Ooooohh
yuhuuuu yayayayayayaaaaaaaaaaaa..
yuhuuuu yayayayayayaaaaaaaaaaaa..
yaya yayy yay yay yay yayaaaaaa...!


Nonooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo...
keje sapa la agak ni eh..

Wednesday, April 09, 2008

Iklan terbaru KFC

Saksikan iklan terbaru KFC di tv² anda atau di tv jiran atau sepupu atau makcik anda..
pada waktu bila? tak sure la plak..tapi lately.. setiap malam ada..
cenel RTM1, RTM2, TV3.. cenel lain tak sure la plak den..

ada apa dalam iklan tu?

hihihi..saja je..sebab cikgu berlakon jadi kFC krew dalam tu..siap menari2 lagi..so kiuuuuut!.

itu aje. Hiks!

Monday, April 07, 2008

Ucapan Menteri..belia dan sukan..

Read between the line!

U olss..tak sangka tul entry mek yg sebelum ni telah mendapat sambutan hangat² **** ayam dr penduduk reban. Saya ucapkan bebanyak time kasihlah pd sesapa yg sudi menyumbang komen, menulis ala-ala blog sendiri diruangan komen, jua pd yg menulis ibarat berada di tag reban jua adanya.. Belum sempat refresh dah ada org menjawap gitu. Mek tak kisah asalkan perpaduan anak² ayam semakin kuat dan ukhuwah kita semakin erat. Amma Ba'..

Owh ya..kepada semua menteri yg terlibat, mek ucapkan selamat menjalankan tugas dengan jayanya. Bila menjalankan tugas jgnla over, sebab bila kita over..org cepat nampak terang ke malapnya kita nih. Especially kalau yg blur² sotong tu (jijo: mmg nama sebenar). Lagi buat² tau, lagi la nampak byk benda yg kita tatau..hikss!

Kalau ikutkan kata alangz, menteri² kena isytihar harta tau u olss.. seram kan? Mek tak kisah sebenarnya..tapi setelah menyuarat ditingkap dapur dijalankan, itu semua tak peru.., kita cuma perlu mengistihar blog yg sedia ada, dan memastikan link² di sebelah blog adalah yg terkini dan sensasi..Tadaaa! saya berani cakap sebab saya dah update semua link. Sila la buat spot cek.. hahahah! mek vangga sebab dah apdet.. yay!

Saya berjanji u olss..utk menjalankan tugas sebaik mungkin. Akhir kata "jgn diet kerana saya, tapi dietlah bersama² saya". Bersama² lah kita berganding bahu menuju atap reban ayam yg sama...




lepas membaca,
jangan romen,
lepas baca,
silalah komen..




hikss! (tak malu)

Tuesday, April 01, 2008

Kabinet Kerajaan Reban..

Joe Perantau
- Yang diPertuan Bangla Agung. Sentiasa memantau reban ayam dari di cemar anasir luar dan memastikan kabinet ayam mengikut perlembagaan yg sah dan telah ditetapkan. Sah? sah? sahhhhhh....

Delinn
- Perdana Menteri yang amat selalu BEkeRjaSAMA dengan Menteri Sumber Manusia. (angah: read between the line..hihii)

Deo

- Menteri Sumber Manusia yang amat selalu BEkeRjaSAMA dengan Perdana Menteri. (angah: read between the line..hihii) *aik macam kopipes jek? tau takpe... *tu dia gelak pun kopipes**

Angah
- Menteri Luar, Ketua Menteri Melaka dan ada satu lagi Menteri yg Delinn lupa la plak. Menteri yang ketara tamaknya dalam sejarah politik reban. Walaupun masih baru memegang tompok pemerintahan tapi sudah mewar² satu strategi baru dalam dunia politiknya. Kalau Pak Lah ada "Islam Had-hari", beliau pula mempunya motto yg amat efisien yaitu "Read Between the Line" katanya (sambil menunjukkan 3 jari dengan muka garang, pastikan jari ditengah adalah jari hantu)

Limah
- Menteri PerTAHANan. Satu² nya jawatan yang tidak berani direbut oleh sesapa. Sekali beliau berdehem, tag reban akan menjadi tag jarak, tag terkukur. Mempunyai koleksi² pelbagai mutiara dan bakal mengalahkan koleksi mutiara Kak Pidah Ajiz.

Coco
- Menteri Multimedia dan Telekomunikasi. Amat berpengalaman luas dalam bidang ini. Mempunyai saham yang tinggi di dalam bidang Telekomunikasi kerana telah bertukar nombor tlepon beberapa kali (aku saspek dia ni ada stalker la). Owh ya..beliau baru bertukar nombor baru, minggu lepas.. *wink*Coco

Budak (asben si Arc)
- Menteri Alam Sekitar. Amat perihatin dengan alam sekitar reban dan Datin Serinya. Sering menjadi pusat berkumpulnya rakyat jelata ketika festival² raya dan buka puasa. Seorang yang berjiwa rakyat.

Arc (wife si budak)
- Datin Seri, tak lama lagi bolehlah buat teater cam Tiara Jakelin..Tajuk "Rebanku..rebanmu juaa" kerana beliau dan suami merupakan antara anak² ayam yg aktif dipersada reban. Tidak menjadi menteri dengan alasan tidak mahu berebut jawatan katanya, cukupla satu rumah, satu menteri...huhu..


Elya atau makincik atau elf (yee... nama dia pendek, kita panjangkan)
- Menteri Perlancongan. Selalu melancong merangkap outstesen di dalam dan luar negara. Sesekali bila bosan beliau suka melencung ke Midvali dan Emkop bersama rakan sekopitiamnya. Mempunyai kepakaran menghapal dialog² P.Ramlee dan baru² ini berkecimpung dengan drama Korea dan Jupun.

Sempoii
- Menteri Belia dan Sukan??? owh tohann! *pensan*.. beliau pasrah menerima kerana ketika pilihanraya beliau tidak pernah dicalonkan tapi tiba² je dapat jawatan. Kriteria sebab beliau dipilih adalah kerana beliau kononnya selalu pergi gym dan baru² ini beliau telah naik 4 kg dan ini memberi inspirasi (read: pengajaran) kepada rakyat jelata supaya lepas pegi gym, jgn makan roti canai. Motto beliau: "Jangan diet kerana saya, tapi dietlah bersama² saya"..


Anne
- Menteri Wanita. Sesuai dengan keayuan dan kefemininannya, walaupun berada di kota Singa namun terasa beliau sentiasa berada di dalam jiwa rakyat reban ayam. Beliau suka pegi gym dan mempunyai berat badan yg ideal dan boleh menjadi idola kepada wanita² diluar sana..tak macam menteri sorang lagi tu..huhuhu..

Jijo
- Menteri penerangan yang tak berapa terang. Bluurr je selalu. Menurut Perdana Menteri beliau bakal digugurkan tak lama lagi atas alasan dia sorang aja yg tau. Sebarang bantahan melalui tag reban dan ruangan komen tidak akan diterima. Hikss!

Zaidee
- Ketua Menteri Sabah walaupun jarang dok kat Sabah.. Suka mengirimkan cenderahati untuk rakan² di Malaysia seperti coklat yg tidak diterima sampai sekarang...hahahah!

Yam
- Menteri Perumahan. Mempunyai maklumat yang terperinci mengenai bilangan² setinggan di Kuala Lumpur. Beliau juga arif tentang interest perumahan. Setaraf dengan kementerian yg dipegangnya, beliau amat menyenangi untuk berlepak² di rumah rakan² sebaya seperti rumah Delinn..Delinn dan Delinn..

Ima
- Menteri Pelajaran yang suka bergambar dengan gaya pis pis kacang pis.. (jari telunjuk dan jari tengah di letakkan 45 darjah dihujung dagu)

Kongsinama
- Menteri Kerja Raya. Berpengalaman memandu dari Bukit Subang ke Kota Damansara menuju ke Teluk Panglima garang dalam masa tak sampai setengah jam pun. Selain buat Kerja Raya, beliau juga suka buat Kerja Gila seperti memandu dengan laju dan menyabit ditengah panas buta di bulan puasa.

Wakame
- Menteri Pendidikan Tinggiiiii kerana beliau tinggal di negeri Matahari terbit katanya. Suka makan sushi dan mengajar orang buat sushi. Seorang emcee yang berkaliber terutama ketika beliau berbaju melayu. Berkebolehan berpantun dan sesuai untuk menjadi wakil meminang dizaman ini (Perdana Menteri dan Menteri Sumber Manusia, sila take note ya)

Nini
- Menteri Pertanian. Bakal membelanjakan berjuta² lemon untuk mempromosikan kedai Wak Lemon di Klang. Lemon merupakan sejenis buah² yang enak di makan dengan begitu sajaaa atau dibuat jus Lemon...

Aunty Mutiara
- Calon Presiden US. fullstop ;p

Yang tiada nama disini bukan bermakna tidak dicalonkan ye tuan-tuan dan puan-puan. Tapi mereka pasrah dan redho menjadi rakyat jelata...Ehh..tapi kalau ada menteri² yang aku tak sebut, sila bagitau yer. Kang ada lak yg marah kat aku pastu sebarkan gambar superimpose aku kat internet kang..huhuhu...