Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, May 23, 2008

Jangan Pandang Tepi...

Tajuk ni tuan-alang yg bagi. Dia kata jgn bagi tajuk "Jgn pandang belakang" sebab dia dah penah guna tajuk tu dalam entry dia dulu..huhuhu...
**********************************

Umang aii..lama giler tak apdet..bukan takat dah bersawang, anak² tikus pun dok berlari-larian manja diantara entry² lama. Bak kata walid, rekod lagu Mayfirst tu pun dah haus...huhu.. Bukan bz pun..ntah..takde mood kot.

Byk benda yg jadi bulan ni. Tapi asal nak start naip je, trus blank.. pastu kansel trus tido.

2-3 bulan ni, cik asben sgt bz. Jarang ada umah mlm². Ngajar Taekwondo kat Kolej Telekom la..UTM KL la..Plus la.. politek Sabak Bernak la.. Kuala Selangor la.. So everyday dia akan balik umah dalam kul 12 lebih (area KL) atau kul 2 pagi (Sabak Bernam). Mula² aku ok sebab dah biasa dulu. But lately, aku rasa lain macam..aku salu dgr org cam bukak pintu umah aku time asben takde. Umah aku tu tombol pintunya kena pulas 2 kali baru buka. So tgh² malam bila cik asben takde umah, mengajar Taekwondo kat Sabak Bernam atau Kuala Selangor, bila aku dgr je bunyik tombool kena pulas 2x, cepat² aku call or sms dia.."dah sampai umah lom", dan dia akan jawap "blom..baru sampe Ijok ni" atau.."baru nak masuk highway.." ..sudah! masa tu aku dah nangis sorang² kat bilik ngan badan menggigil. Kalau btol org nak masuk umah, aku tatau nak buat apa. Kalau bukan org yg buat bising lagiii la aku tak reti nak buat apa. Aku cuma doa sorang², sentiasa tak lekang ngan HP dan parang dalam bilik.

Awal bulan, aku ikut pi rombongan janda baik ngan jiran². Ni kali kedua pi ngan derang. Tempat nice, siap ada pangkin. Malam tu, penat sgt, aku ngan cik asben trus lelap. Aku pesan ngan dia jgn pi bistro sebab aku takut tido sorang². Time tido aku mimpi sungai Janda Baik. Aku nampak Syamil ada kat seberang, aku nak amik dia sebab sat gi air sungai naik. Syamil taknak. Aku harung sungai pi amik dia, time aku dukung dia, tiba² air naik. Aku rasa sesak sgt dada sebab syamil berat gak. Lebih kurang 21kg. Tetiba aku terjaga. Aku nampak bilik aku. Clear sungguh sebab aku lupa tutup lampu b4 tido.

Walaupun dah jaga dr mimpi, tapi aku still rasa dada aku berat. Bukan berat yg tu la...peng!!! berat cam kena tindih tu. Aku ada jugak kena tindih before tapi yg ni lebih sesak sampai aku semput. Aku cuma "aarr...aarr...arrr" pelan² and lama kelamaan makin kuat. Tiba² aku kat tepi katil aku ada sesusuk..err sesusuk apa pun aku tatau..sebab yg aku cuma nampak benda tu muka dia warna hitam, dan rambut panjanggggggg sgt sampai aras pinggang aku kot. Badan dia takde. Dia tengah jenguk aku kat tepi katil. Ya Allahh Ya Tuhanku..aku rasa masa tu nyawa nak tercabut dah. Dah la sesak napas satu hal, benda yg sgt menyeramkan tu ada kat tepi katil tgh pandang aku. Makin kuat aku try nak lepaskan diri dan end up aku menjerit sekuat² hati.

Cik asben yg aku dok sangka tido sebelah aku tadi, rupa²nya sesenyap bangun pi bancuh teh utk org bistro. Dia terus melompat naik bilik bila dgr aku menjerit cam histeria. Dia peluk aku kuat² dan aku terus meraung² ngan buat isyarat iklan-syampu-guna-jari-pun-boleh "rambut dia panjangggggg".. Byk kali aku ulang ayat tu, pastu aku sebut² nampak sungai dalam mimpi, terus dia tanya aku ada barang apa² dr sana tak? aku tunjuk seluar track suit aku yg still bersalut lumpur yg aku pi gantung kat sudut bilik. Cik asben terus amik and campakkan suar tu keluar.

Then dia terus tarik aku turun ke dapur. Suh aku amik air semayang. Pastu dok sebelah dia sambil dia siap kan teh. Then dia call budak bistro suh amik teh. Dan dia baca yasin sambil temankan aku tido kat sebelah.

Sampai sekarang aku dok terbayang² benda tu b4 tido. Aku ada citer benda ni kat few kwn² and derang pun takleh tido bila ngenangkan citer ni. Sori la kalau benda gini ganggu tido korang. One of my jiran kata member dia penah buat seminar kat Janda Baik and dok kat satu chalet ni, and guess what? every nite dia kena ganggu oleh sorang pompuan kat tepi katil. Macam lebih kurang je ngan apa yg aku alami. Nauzubillah.

This is the second time aku kena benda camni. First time dulu aku nampak badut kat bilik. Aku penah citer kat korang dulu..tapi malas lak nak carik balik entry lama tu link kat sini.. dan aku tau benda² ni akan menghantui hidup aku tatau la sampai bila.. macam badut menghantui hidup aku selama 10 tahun..

Thursday, May 01, 2008

Mayfirst..lambang sejatttiiii..

Sebelum saya bercerita, ijinkan saya menyanyi barang serangkap dua lagu yg agak populer di kalangan peminat AF ini..

Mayfirst... lambang sejaaatiii
Mayfirst... na na (tak ingat lirik) dinikmatttiiiii
berjaya cara mayfirst!!
the mayfirst wayyyyyyyyy!

Selamat hari pekerjeee u olsss...hiks!
ok berbalik pada citer asal..

30th April 2008


Hari ni hari berpoya² sedunia bagi saya. Tapi dalam poya² tu sempat gak datang opis jap siapkan keje yg detlinenya 2 hari lps…huhu.. Jampi serapah sikit² supaya org tak nampak saya tgh keje (walaupun saiz badan ya ampun!) kalau idak ada je yg menambah² keje walaupn derang tau saya bercuti pd haritu. Siap je keje, off pc terus lari kuar. Hahahaha! Punya la phobia kalau kena tahan tgh jalan suh wat itu ini kan. Di depan emkop member berpoyaan telah menunggu dengan mobil itamnya. Yayyy! Member berpoyaan saya pada kali ini adalah makincik dan watashiwa waiem..

Mula² pegi One utama. Semua acara poya² pd hari itu dijadualkan berlangsung di One Utama later did we baru tingat “laaa apasal kita tak pi sunway pyramid je ek? Wayang ada, kotak merah ada, tmpt makan heaven..” Ye tak ya..tapi takpe tu next plan.

Makan dulu kat kopitiam sementara tunggu sorang lagi jamaah lom hadir. 2 set roti toast aku belasah sorang. Makincik sempat kene “tembak” ngan sorang budak kecik pakai baju spiderman. Tukar baju dulu sebab tadi pakai baju kurung untuk mengaburi mata anak² dirumah. Derang pantang nampak saya pakai suar ngan blouse sure derang tau saya nak jalan. Walaupun penah masuk red box ngan baju kurung, pakaian tidak menjadi hal utk saya berpoya²...wahahaha!

Pusing² carik tempat nak melalak. Last² jumpa kat tingkat atas nuuun hujung kat parking. Kena melintas parking dulu baru sampai situ. Karoke Neway. Banyak lagu cina. Lau melayu berapa kerat jek. Belasah je apa yg ada. Mknn dia..hmm sedap sikit dari getah tayar yang direbus dan dihiasi dengan sayur dan crab meat.Saya makan sayur dan crab meat jek. Nyanyi lagu² rok kapak. Namun kuciwa bila lagu Leon tiada dalam senarai.. Sapa suka Leon angkat tangannnnnn! Aik? Taderk? Huhuhu...

Ada rahsia kenapa saya suka nyanyi lagu rok kapak (penyanyi lelaki aje). Sebab orang takleh nak compare sore saya ngan penyanyi dia. Kalau kita nyanyi lagu siti ke misha omar ke, kalau sore kita takde iras² derang, maka kebarangkalian lagu dendangan anda akan menjadi lagu “sumbangsih”. Kalau kita lelaki, nyanyi lagu perempuan. So dengan cara selamat tersebut anda tidak akan dikutuk dengan mengatakan sore anda tak sedap walaupun anda memang la “pekak nada” atau nyanyi tak sampai pun 4 barr.

Lps melalak, singgah jap pi riki centre abseiling…err betul ke eja nih. Ala yg orang panjat² dinding batu tu. Waiem berhajat utk mendalami ilmu tersebut selepas berjaya menghabiskan study dalam bidang renang bebas dan kuak lentang. Saya amat teruja dengan beliau yg rajin menimba ilmu dalam pelbagai bidang. Insyaallah saya akan menjadi seperti beliau apabila mempunya kereta nanti. Sekarang takde keta pun kaki sudah panjang woooo…huhuhu…

Ngk wayang “forbidden kingdom”. Kiut citer ni sebab ada Jet Li. Ada beberapa dialog yg hanya 2 jamaah tu je yg tau. Owh ya dalam acara berpoyaan kali ini saya banyak kali blurr apabila mereka bercerita tentang citer Jupun dan Korea. Adakala saya blurr juga apabila mereka menceritakan tentang Nabil. So hari itu adalah hari blurr saya ye twan twan dan pwan-pwan sekelian…