Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, August 18, 2009

Bizzziiiii dan farewell Zuri...


Hahaha..ya i'm 17 yrs old.. so suwiittt

Birthday party kat opis last Friday..with Orange (my teammate)

Make a wish..Saya wish akan menjadi seorang pekebun berjaya at level 39 by end of next month...ooppss! hihihi

Buat susah2 je bagi adiah..hadiahkan lah tanah 20 ekar ke..baru berbaloi-baloi


Farewell my girl..Zuri. Kehilangan sorang lagi teman bergossip dan mengadu domba..uhuk! uhuk!~


Yaa..i'm addicted to this nowdays.. Ni gambar aku berkebun kat ladang Deo sabtu lps.. (tak yah klik gambor sebab mmg gambor kecik)
Deo: Ni pekerja shift 10.30am - Sempoii Morrok. Banyak laaa komplen mouse dia lembab....


Deo: Yang rambut merah toncet tu Arc - tengah curi tulang laa tu... Yg rambut berkarat tu toke besarrr si Limah, dua-dua tengah kerja kat ladang aku. Si Sempoii tadi tu aku dah fire, slow benor. Ekekekeke.

Seronok main benda ni. Macam bergotong royong sesama jiran pun ada. Bak kata Delinn.."Apa yg penting? Kerjaaaasama"..Bukan level yg aku pentingkan (ecececcecewah..kalau tak penting, apesal kemaruk sgt bila takleh online tu), tapi to be tugeder2 tu yg penting ;p. Aku tak terrer cam derang yg dah level 30+ tu.. Aku baru level 22. So aku low profile je dan tak marah bila si Deo menghamba sahaya kan aku kutip rasberi dia sambil membebel, bila si elf kutuk2 aku bila aku plow-tak-bersih-tapi-ada-hati-nak-pi-keje-kebun-alangz (kes tamak ler ni)....bila si Joe kutuk2 aku bila lembap keje..bila Delinn and Limah perli2 aku bila harvest tak abis..mek tak kisah...mek sukerr je..hihihi..

Strimik umah aku ada problem dah 2 minggu. 2 minggu lps org strimik datang time cik asben takde (cik asben lak mmg jarang kat umah time weekend..err dan weekday juga..huhu). Bila aku tak bagi masuk sebab strimik tu kat dalam bilik and cik asben takde, mamat tu marah2 aku "bila komplen macam urgent sangat, tapi bila datang.. laki takde la apa laa.." ewah..ewah...kurang ajar la.. yg ko datang umah aku tanpa call dulu tu pesal? bangang...kan dah kena. Padan muka. So aku pun padan muka gak sebab dah 2 minggu takleh online kat umah. Sanggup dok tido umah mak minggu lps sebab nak online...huhuhu..

Kredit gambor: Deo

Tuesday, August 11, 2009

Hepi Besday to me :)

(entry ni ditulis selepas 5 hari besday)
Ahh ..dah tua..tak best nak tiup2 lilin dah..btw tengkiu cikgu and SK for the cake ;)

Btw this year sangat hepi sebab byk terima wish dr kawan2 sekolah, univ, blogger, pfs, anak2 reban ayam, artakus, budak2 opis (from malaysia, china and indonesia) thru facebook. That's power of internet. Tq for the wish, thru sms, facebook, blog, email and etc. Really appreciate it. Walaupun ramai yg kutuk sebab aku letak umur 17 kat facebook. Wakakakaa! alaa bg chance la.. still 17, 18 years yg dulu ;p

Aku berdoa semoga diberkati usia..dan dikurniakan kesihatan yg baik kepada diri ini dan family dan kawan2. Serius aku risau pasal H1N1 sekarang ni. Takziah pada keluarga yg kehilangan anak/saudara disebab kan penyakit ni.

Untuk adik2 tersayang, Elf (terlambat wish), Delinn and Alangzz - Hepi besday. Semoga panjang umur, murah rejeki, cun/ensem selalu dan diberkati usia hendaknya..Gua sayang kamu!

Note: Syahira ngan Qistina tengah demam panas sekarang. Ayah pulak tengah tak berapa sihat (problem jantung), and Baby Balqis (4 mths) still belum sihat (still pakai fully alat pernafasan) and belum operate kat IJN lagi. Semoga the kids and ayah aku cepat sembuh. Amin.

Sunday, August 02, 2009

Konsert berbaloi-baloi...kah?



Berbaloi-baloi pada yg masuk free...uhuk! (posing dpn seat tiket RM150..jauh siot)

Biasa la..ini plan last minit. Plan cemana nak pegi, lps konsert nanti Waiem nak tido mana semua..semua dah plan baik siap2, tapi tiket je blom beli. Ahakss! Bak kata waiem, plan kena happening, pegi ke tak tu belakang citer. Kalau tak, takkan la ekspedisi Nuang PFS dah di "vad"kan 6 tawon. *ketis vad*.

Mula2 plan nak beli tiket kat pintu masuk je ala2 gamble gitu, tiba2 waiem kata Aunty Mona (makcik dia) ada 2 tiket pree. So mrasa la parking depan padang je, tak yah ukur jalan sampai ke Sri Hartamas..huhuhu. Sementara tunggu konsert start, jejalan ngk gerai. Sebagai hantu mug, aku terbeli 2 mug Search. Then kitorang lepak tepi padang depan seat yg tiket RM150 tu. Umang aii jauhnya dr stage. Aku rasa tak berbaloi-baloi kalau dok kat seat mahal tu. Sah2 tak leh nampak Amy atas pentas, skrin kiri kanan pun tak berapa jelas dr seat tu.

Konset start 9.45pm. Kat tiket kata 9pm. Hmm kalau tak delay mmg bukan konsert agaknya. Cik asben kat umah sibuk tanya dah start lom?, coz kalau aku balik cepat, sempat dia nak lepak ngan kengkawan Taekwon-Do dia yg baru dtg dr Kelantan. ..pastu dia fwd gambar Qistina tgh pegi kenduri doa selamat kat umah Angah. Siap pakai tudung lagi. Terasa mek..;p

Kawasan tiket RM88 padat gila. Aku rasa nak terkentut pun tak lepas tu. Tiket RM150 mmg jauh gila punya babas mcm aku kata tadi. RM58 pun dah ok aku rasa. Aku pun tak sure, tiket yg kitorang dapat tu leh dok kat mana. Aku ngan waiem pilih kat tepi sikit, kasik can aku bernapas ngan selesa.

Baris permulaan, lagu 1st je, mic dah ada problem. Suara2 hampa dr fan pun kuar.. Then lagu kedua tajuk Pemuzik Jalanan kalau tak salah aku, boleh la plak tetiba pentas blackout. So yg leh dengar cuma "decing2" bunyi deram. Dekat 5 min camtu. Ada fan yg jerit "pulangkan duit tiket kami" tapi aku ngan waiem jerit "pulangkan duit minyak kami"..ada hati gak tu nak protes, tak sedar diri hehehe ;p

Bila part lagu2 album lama atau lagu famous dr album baru kuar semua fan nyanyi sama2. Happening gila. Jangan tatau ada sorang mat saleh tu pun headbanging tak hengat depan aku. Kitorang yg "muda2" ni hangguk lite2 je le, kang terlebih hangguk terus terpening, terpitam, terpengsan.. naya je kan. Amy mmg superb, walaupun dah veteran tapi stamina dia tinggi. Sure rajin gi gym tuh. Cuma aku pasan, masa mula2 nyanyi dia macam nak taknak nyanyi je. Lama2 baru ok. Mood dah masyuk la tu.

Aku rasa ada lebih 20 lagu dia nyanyi kot. Aku sempat la kira sampai 10 lagu, pastu lost count sebab suasana dah semakin panas! .panas! ..panas!.. panas! badan ini..pusing!.. pusing!.. pusing!.. pusing!.. pusing lagik..awokkkk! Tgh2 best lagu, terima lak sms dr sorang budak tu ajak main farmtown sekarang. Dia nak employ aku harvest pepper dia..aiyaakk..potong stim btol laa..
Masa lagu2 akhir Kid join the group. Kalau tak salah aku dia kuar group tu last year utk kosentret kat Kopitiam Bangi dia. Pergh.. dia goreng ngan Din & Hillary. Ekceli Kid dan Din tu sedara Waiem. So kehadiran kitorang cam bagi sapot moral kat sedara waiem la.. errkk ada kait ke? huhuhu..

Konklusi, overall okay je konsert ni selain drp problem2 teknikal tadi. Maybe aku tak expect tinggi sebab aku tak kuar duit beli tiket. Aku enjoy the the group, the muzik, the crowd, the fan yg "gila2" dpn aku tu..wakakaka!. Kurang sana sini tu biasa la konsert besar. Tapi aku puji adik yg heandbanging dpn aku tu. Macam terlebih makan ubat batuk jek. Bila part lagu2 yg tak mesra telinga, aku ngan waiem tengok je budak ni "perform"..siap ala2 nyanyi pegang mic hahaha! menghiburkan..


Adik headbanging over-saspek-terlebih-makan-ubat-batuk

Tengkiu pada waiem dan aunty Mona dan mereka2 yg "berkenaan". Konsert abis kul 1 pagi. Then kul 2 gerak balik. On the way balik, nampak la keta2 yg parking tengah jalan. Gila punya jauh derang jalan. Sampai dekat Sri Hartamas tu. Maybe derang parking double2..then bila keta lain dah balik, keta tengah2 tu tercongok je tengah jalan. Kitorang saspek, tuan keta tu on the way tengah jalan tak sampai2 lagi ke tempat keta. saspek gila!..wohoooo!