Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, October 27, 2009

Qistina 10 months oredy..






Blog aku ni dah macam blog citer sedey dah..dari raya dulu sampai la sekarang..Hari ni nak letak gambar2 yg buatkan aku hepi.. Gambar cik Qistina yg dah berusia 10 bulan. Kejap je kan masa berlalu. Rasa cam baru je peknen tahun lps. Aik! nak lagi ke? nanti2 ler dulu.

Qistina sekarang dah boleh berdiri ngan pertolongan meja atau brg keliling. Mulut ke main becok tatau la ikut sapa ;p. Kekadang membebelnya tu spontan dan kekadang buat mak aku takut pun ada. Contoh macam, kalau mak aku tgh membebel, tetiba Qis leh jerit "Lek aarrr" (translate: Rilek laa)..huh! sapa nak jawap tu. Tu blom lagi kita tanya "dah makan belum?". Tetiba dia jawap "daaaaaahhh".

Ni few gambar dia yg d'lattest. Susut badan sejak reti merangkak.

Thursday, October 15, 2009

Saya dah insaf..

Isnin lepas, lepas lepak ngan waiem kat emkop, cik asben datang jemput aku. Semua berjalan macam biasa sehinggalah sampai area taman Bukit Subang. Singgah kedai "giant kecik" blkg umah utk beli air twister ngan bateri keta kontrol syamil. Masa nak start keta, cik asben kata tangan dia kebas dan dia kepal2 kan penumbuk dia. Then dia tengok kaki. Then dia picit2 bahagian kanan badan dia. Aku pelik napa lama sangat nak gerak. Bila tanya dia tak jawap, dia cuma tunjuk2 bahagian kanan badan. Then muka dia cemas dan macam nak nangis.

Dia drive pelan2 ke rumah yg lebih kurang 1km. Terhenjut2 keta. Aku kat sebelah dah nangis dah. Syira picit2 bahu cik asben. Sampai je pintu pagar dia sebut dengan susah payahnya "khai...ril.. haz..leey..s..m..c..". Aku terus kuar keta, sambil kendung Qistina pi umah jiran dan derang terus angkat dia (tak leh gerak) masuk keta jiran. Dgn s
usah payah dia sebut "charger". Aku dengar lain, macam dia sebut "beg baju", trus masukkan beberapa lai tiset dalam beg and bagi dia. Rupanya dia nak charger sebab bateri hp dia dah low bat. Muka dan bahagian sebelah kanan dia mmg takleh gerak.

Then, jiran zass..bawak dia ke SMC (KPJ Mdical Centre) tinggalkan aku nangis2 depan umah. Aku mmg ingat dah takleh jumpa dia dah pasni bila ngk keadaan dia camtu. Mimi dan Kak ida (jiran) temankan aku kat umah sampai Asmir sampai ngan kawan dia temankan aku. Aku prepare barang2 cik asben utk bawak ke sepital malam tu, barang2 budak dan sms sedara mara cik asben.

Dalam kul 11.30, aku pi sepital ikut Hazley ngan Arab. Asmir ngan kawan dia bawak syira, syamil dan Qis tido umah family Asmir. Family Asmir mmg rapat ngan kitorang, bila weekend kitorang salu letak Qis ngan derang.

Sampai sepital, geng2 Bistro dah ramai dok depan koridor. Ada dalam 10 org kot. Dah macam mini bistro. Aku naik atas, bilik 439 cik asben dah boleh cakap and gerakkan badan. Dia kata dokter bagi ubat cairkan darah so salur darah yg tersumbat tu dah ok balik. Dah buat scan brain and jantung dan few test yg lain. Kira efficient gak derang. Hazley cakap geng2 bistro nak lepak kat kedai mamak depan sepital, and ada ke patut dia pun nak ikut. Takkan nak bawak tiang drip tu sekali. Rasa geram je, sakit2 ada hati nak lepak lagi, tapi sian gak dia tgh sakit. Kul 12.30 aku balik lps kena sound ngn misi. Then gi umah Asmir amik Syira and Syamil bawak ke umah mak aku. Tido umah mak.

Esoknya, sehari suntuk aku kat sepital. Kul 11.30pagi cik asben buat test MRI utk identify kat mana salur yg tersumbat semalam. Visitor datang dr pagi sampai tgh malam, tak putus2. Kawan2 opis, taekwondo, jiran, sedara mara. Aku rasa misi sure pelik, sapa Encik Sharifudin mamat ni..majistret ke ahli mujik? ramainya visitor. Sampai2 je most of them tanya benda sama "macamana leh start kena ni din?". Pastu cik asben akan ulang citer yg sama "malam tadi kul 9.30....bla..bla..." . Baik rekod je, pastu dengar balik bila org tanya.

Setelah post mortem dilakukan oleh dietitian, barulah aku tahu selama ni tetiap pagi dia makan nasik lemak ngan telur mata kebau bersama 2 bijik telur setengah masak dan teh tarik. Itu yg dibedalnya setiap hari di opis rupanya. Sedangkan kita cuma boleh makan max 3 biji telur seminggu. So macam2 la pesanan penaja dr dokter. Aku siap salin tu.

Malam, guard siap datang 2 kali, bagitau "encik2 yg ramai2 ni boleh turun tak? ada ramai lagi orang nak jumpa pesakit ni". Wahh..wah.. kesian gak kat derang , lom sampai seminit dah kena suh turun..last2 cik asben decide turun kat lobi utk jumpa visitor. Haa kan senang.

So semalam dah discharge. Dia dah start makan ubat la pasni, which is dia paling tak suka. Banyak do-list nyer.

-Mandi kena air panas, cam baby.

-Telur takleh lebih 3 bijik dlm seminggu

-Banyakkan makan sayur kecuali kobis dan kacang panjang

-Banyakkan makan ikan, kurangkan ayam

-sarapan quaker oat

-No more tarik tarik

-Makan banyak buah

-Tido awal kul 11.00pm sebab toksik kuar dr badan kul 11pm-2am.

Utk makluman juga, cik asben tak merokok, tak makan seafood, rajin bersenam dan bertaekwondo tapi masih mempunyai peluang utk mendapat penyakit tersebut. Oleh itu aku menyeru kawan2 semua, jagalah pemakanan kita. Sayangi lah diri kita dan keluarga dengan menjaga kesihatan diri.

Bila cik asben sihat, aku tanya dia apa yg dia pikir time dia sakit? Dia kata "sapa nak drive keta dia nanti..sure kena jual". Aku tak sure dia gurau ke apa, tapi geram gak aku, aku risau setengah mati pikirkan dia, dia leh pikir hal duniawi..

Btw, thanks to jiran2 yg menolong saya ketika time kecemasan tersebut, Khairil dan Mimi, Hazley dan Kak Ida, Zafrul, Jono, Arab..juga yg mevisit cik asben masa kat sepital, Kong (rebana maya), Khai dan Azrul, geng2 Bistro 13B, geng PHN (termasuk CEO), geng Taekwondo dan sedara mara. Aku juga terima byk sms2 dari rakan2. Sokongan moral anda amat kami hargai. Time kasih banyak2, hanya Allah yg dapat membalas jasa baik korang semua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UPDATE:

Cik asben MC sampai Jumaat. Dia stay kat umah je. Kalau kuar umah pun dia ajak Asmir ikut sekali. Just in case, kalau ada apa2 kecemasan Asmir leh tolong. Dokter pesan dalam few days and few months, possibility nak kena balik tu amat tinggi. Yg penting ialah jaga makan dan rehat cukup. Level stroke ni ada few, kalau tak betul caranya, dari stroke level 1 leh lompat sampai level 3. Tu kira kritikal yg sampai tak leh bangun berhari2. Nauzubillah. Yg penting kita berusaha elak perkara macam tu.

Kalau korang ada tips nak rendahkan kolestrol dalam badan (selain quaker oats), pls inform me. So far ada yg suh try kopi Guara DCL. Dah try, 2 hari. Aku sekarang ni dah start pilih makanan. Dulu pantang gak..tapi pantang nampak, je aku bedal. Aku ingat nak start Gym balik pasni. Walaupun eksesais takleh rendahkan kolestrol tapi dgn eksesais kita leh turunkan paras gula dalam badan.

Semoga trauma ini tidak akan berulang lagi. Amin.

Monday, October 12, 2009

I Wish..

I wish I can go to all open house
I wish I can eat as much as I can without pikir kalori mek lori2
I wish my berat tak naik2 after raya
I wish I still can get angpau
I wish I can have a big big rumah terbuka utk semua kawan dan sedara mara (macam kat Johawaki tu..hikss!)

I wish.. tinggal I wish...huhuhu..

Thursday, October 08, 2009

Sang Pendeta di umah Abang Pat


Protege (Jundak) & Mentor (Abg Pat)


Peminat (Intan) dan Orang-kena-minat (Jundak)


Penjual (Jundak) dan pembeli (sempoii, syira dan syamil).



Pelukis cover buku (Roshfaizal) dan penulis buku (Jundak)

Ahad lepas pi open house umah Abang Pat (Ahmad Patria Abdullah) kat Levender Height, Senawang.

Before that singgah umah Ieta (adik) hantar puding karamel sebab dia buat open house tghari tu, then ke umah mak angah sebab dia rindu sangat kat Qistina. On the way, singgah amik kak Elaira kat umah dia di Bandar Tasik Selatan.

Rumah Abang Pat dah penuh ngan student dan x-student Kak Long (wife abg Pat, cikgu). Tambah lak ngan "Kerabat" Abg Pat dari Kelab Aurora: Kak Elaira, Sempoii & family, Jundak & awek, Panji, MonaSakti, Epong, Roshfaizal, Det & family, Liana dan DigiMon. Si Mona sanggup skip kursus sekolah dia sebab nak pi umah abg pat.

Sebagai seorang budak yg comel dan sempoii, si Qistina bergilir2 dijaga oleh student2 kak Long sepanjang kat sana. Yelah, tunggu la si Qis tu besar nanti..hahaha!

Jundak sempat melancarkan buku sulung genre fantasi dia:

Tajuk: "Kembara Lang Surya: Pendeta Gua Khayalan:
Penulis: Jundak @ Masdalifadzlie M. Saaid
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Bilangan Mukasurat: 241

Dia amik 60 buah buku dr PTS, dan sold out pada hari kejadian. A good start for him. Bravooo Odetakhun Jundak!! Dan ada seprais utk aku dan kak Elaira kat page 230, dan kitorang saaaangat terharu..... mekaceh Jundak :)

Aku borong 6 buku. Satu utk syira yg dia beli guna duit raya dia, satu utk aku dan 4 utk org yg order menerusi aku. Syira excited sebab Junda tulis nama dia time sign buku tu.

Untuk Odetakhun Jundak, All the best! Semoga sold out semua buku cetakan pertama dengan secepat mungkin. Dan semoga semakin kreatif bila berkarya. Tidak hilang semangat Morrok di dunia ...heheheh!

Citer pasal raya, aku tak balik Kelantan raya haritu. Insyaallah balik time raya haji nanti. Minggu ni still banyak lagi open house nak pi. Minta maaf pada mana2 yg aku tak dapat pegi.

Sabtu:
10am - 2pm - open house umah srox
12pm - 4pm - open house Johawaki Subang
3pm - appointment ngan dokter
malam - geng taekwondo beraya kat umah

Ahad:
12pm - 4pm - kenduri kawen adik Yuzi (adik ipar)
12pm - 4pm - Open house umah uncle Ramli (ayah akunyer adik @ pakcik aku @ abang pada makcik aku...hihihi)
4pm - 11pm - Open house jiran, kak Jimi

gambar baiknyer cilok dr:
http://inderawangsa.blogspot.com/