Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, November 23, 2009

Syamil khatan & Hepi 12th anniversary!!!

Update sikit dr entry lepas. Masa naik lrt hari jemaat haritu, sempena nak membuang masa drp ngadap muka mokcik sorang yg masam tu.. aku dok baca la semua benda yg tertulis kat dinding LRT. Baru aku pasan, button merah yg derang dok suruh aku press time org kena sawan tu, bukan brek emergency...tapi speaker utk cakap ngan staff rapid..Wakakakkak! itu press 800x pun tak benti. Tu la pasal..dok tekan tak tau ujung pangkal.. hiks! ngek!.
**************************************************
Alhamdulillah..Syamil dah selamat "potong" sabtu lepas ngan sepupu2 dia. Aku ngan kakak & adik dok kat umah nunggu derang yg dah sunat. Yg lelaki settle kan kat klinik. Time Firdaus (anak kakak), dokter baru pegang peha, dia dah jerit "Allah huakbar!"..hohoho.. bergema klinik tu. Budak2 lain kat luar yg tengah nunggu dah pucat lesi takut. Sib baik la syamil dan sepupu2 dia tak nungu dalam klinik.

Siang2 lagi cik asben dah kumpulkan derang dalam keta sambil nengok vcd katun. Sorang2 masuk klinik pastu dah selesai, adik @ abang ipar hantar balik. So derang bertembung ngan yg dah bersunat.. so tak takut sgt. Imejin masa Firdaus jerit Allahu akbar tu, kalau derang ada kat dalam klinik, sure semua mencicit lari.

Masa turn syamil, cik asben kata syamil dah takut dah.."baahh..tajamnyer jarum tuuuuu".. huhuhu..haa sudah.. then cik asben terus pujuk janji nak belikan apa2 mainan yg syamil nak. Apa lagi berderet la dia sebut "keta kontrol..flash & Desh.. helikopter.. bla..bla bla..." Cik asben terkedu.. tapi iya kan aje ler.

Malam tu, jenuh gak cik asben carikkan mainan yg syamil nak tu. Syamil sanggup tahan ngantuk sebab tunggu abah dia balik. Maka, tengah malam, kelihatan seorang budak yg baru bersunat main keta kontrol dan helikopter kat ruang tengah umah mak aku sambil tersengih2 pegang kain pelikat. Adeh!

Semalam kenduri doa selamat. Ramai yg datang. Sepanjang suntuk dok kat luar umah layan tetamu. Sib baik buat catering, kalau tak..penat masak lagi..(macam la aku masakkan? ;p)..So for the monday onwards aku akan work from home. Boss (Brian) baikkk.. Isnin je keje sebab nak siapkan keje2 yg guna software besar2 ni. Kat umah cuma nak write up report je. Adik ngan kakak aku pun berkampung kat umah mak sampai anak memasing sihat. So padat la umah mak aku minggu ni. Tapi best lepak ramai2.

**************************************************

Trip ke Indon insyaallah awal December. Stay sana 2 minggu. Aku pi ngan boss aku (Brian). Plan nanti..time weekend, cik asben ngan syamil syira nyusul pi sana. Host forum big 4 M*ning company tu either kat Balik papan kalimantan atau kat surabaya. Mintak2 la kat surabaya, leh soping sikit..hikks! pastu dekat ngan Bali lak tu.. ;p. Then after forum kena stay seminggu kat haygroup jakarta, support team derang..

**************************************************

Semalam gak annibersari aku yg ke-12. Hmm.. cam biasa cik asben tak ingat and tak wish pun. Aku pun malas nak ingatkan. Aku wish dia, dia balas balik.. Camtu je ler. Hadiah? Dia cakap nanti balik kelantan leh soping.. uhukks!!! bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeee...

So.. dikesempatan ini, aku berdoa..

agar rumah tangga aku ngan cik asben aman bahagia dan berkekalan..
& semoga rasa kasih sayang itu semakin bertambah dan subur sepanjang hayat..
& semoga rumahtangga kami dijauhi dr dugaan2 dan bahaya
& semoga anak2 kami menjadi anak soleh & solehah

Amin..
Insyaallah kalau Syamil sihat, aku balik kelantan khamis ni. Yay! *wink*

Thursday, November 19, 2009

Satu pagi di lrt kelana jaya..

Peristiwa ni terjadi last week.. hari senin lak tu..

Cam biasa cik asben antar aku dan Khai ke lrt Kelana Jaya. Kuar pun dah lambat lebih kurang kul 7. Masa kat kelana jaya ok lagi..then on the way nak ke stesen seterusnya, tetiba aku dengar macam suara orang mengilai... err mengilai ke..macam menjerit nyaaaring gitu..panjangggg.. Then tetiba orang yg kat bahagian tengah semua ke tepi. Tinggal la sorang pompuan cina umur dalam 20an kot, badan berisi tengah headbanging kat seat. Dia hangguk2 kepala kuat2 sambil tangan letak kat lutut. Aku tengok dia..sambil cakap dalam hati "overnyta minah nih.. kalau nak rock pun takkan kat sini".. dan tup! tetiba dia jatuh tersembam kat lantai.

Maka sibuk la penumpang lain mengipas2 dan membetul2kan skirt dia yg terselak. Ada sorang mamat ni letak beg dia buat alas kepala minah ni. Mulut minah ni berdarah..tatau la sebab jatuh tersembam gitu ke atau pendarahan dalaman. Then diorang suh orang kat area pintu press button merah emergency. Aku press berpuluh2 kali tapi train tak berenti pun. Derang keep jerit-ing suruh aku press lagi. Aku jerit kat derang "doesn't work la..paham tak?". Aku pun dah stress ni sebab orang makin himpit ke tepi sebab nak bagi ruang kat minah tadi. 2 stesen dah lepas walaupun each stesen derang dah try nak stopkan pintu dr tertutup. Then sampai stesen Asia Jaya baru la pintu tu tak tertutup.

So derang jerit panggil orang Rapidkl datang bagi bantuan. Orang rapidKl jerit dr luar train kata, "tolong angkat that lady boleh tak". Then semua refuse sambil backgroup bunyi orang bising2.. "banyak berat la.. dia besar laa..mana larat woo.." which is aku rasa kalau minah tu tersedar dan terdengar orang kutuk dia, dia rela pensan lagi utk kali ke-2. Then derang jerit lagi suh amik strecher. Then org rapidkl jerit kata ok. Aku rasa manyak no adegan jerit2 dalam train tu. Yg jerit2 tu yg takde kena mengena plak tu, kira tahap jiran2 tetangga je.. mamat yg tolong pinjamkan beg tu cool je sambil kipas2kan..sambil check nadi.. yg dok kipas2kan tu pun senyap je kipas dengan khusyuk.

Then tiba2 minah tu tersedar. Dia tanya "what hepen?"..ah sudah..derang pun explain kat dia kata dia pensan tadi..bla..bla..bla.. Then orang rapidkl suh dia bangun pelan2 masuk strecher. Bijak kan derang. Sib baik la dia ikut jugak walaupun dia muskil apahal tetiba aku yg nak pi keje ni kena dok dlm strecher?

Kemudian tren bergerak cam biasa ke stesen Taman jaya iaitu di emkop opis saya. Khai kata minah tadi maybe kena sawan kot. Kesian kat dia. Minta2 dia dah sihat dah sekarang. Aku lak rasa terguris pasal derang taknak angkat dia sebab berat tu. Dan aku imejin kalau aku yg pensan dan derang cakap camtu..sedihnya akuuu..

So moral of the story, jaga lah kesihatan dan jangan gumuk sangat.

Monday, November 09, 2009

Update ler sikit kok ye pun.. huhuhu

Life macam biasa..report Indonesia Big 4 Mining ngan China Benefit report dah siap. So dok melongo plak blurr takde keje.. Kalau boleh nak ngelak amik pojek baru sebab aku plan nak amik cuti byk sikit bulan ni.

This week ada gath reunion ngan budah sekolah menengah (Sek Men Aga Tinggi Hisamuddin, Klang). Buat kat Kelab Golf Shah Alam. Nak dekat 20 tahun aku tau jumpa derang ni. Ada yg sempat jumpa tahun lps masa raya umah Arwah Faridah. Through komen2 kat FB, aku dpt rasakan derang still gila cam dulu..err gila2. ;p

Ahad lak plan nak pi sunway lagoon. Tatau la jadi ke tak sebab time gath kat Kelab golf tu pun budak2 dah swimming.

Eh..cuti sekolah nanti Syamil nak berkhatan (21/11/09) ngan 4 org sepupu dia. Buat sekali gus sonang. Besoknya buat kenduri kesyukuran sikit. So jemputlah datang ke rumah mak aku kat Kg Melayu Subang..

Tarikh: 22th Nov 2009
Tempat: Kat umah mak. Lot 3549 Jalan Kati Kg Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.
Time: 12-4pm

Jemput datang eh.. jgn malu2. Ni bukan Pot Luk. So tak yah wat apa..wat peyut jek .. hehehe...

***********************************

Aku skang dok temankan cik asben makan bebenda yg sihat mehat. Boleh tahan gak la bajetnya. Tapi nak sihatnya pasal.. i follow yeww!!




Susu Omega, Oats pelbagai jenis, beras poni taj mahal, muesli..


Roti Breakthrough to lower down your kolestrol



Ubat2 cik asben. Sebulan dalam RM500. Cian dia...


Buat Reflexologi kat Klang. Tak la sihat mana rupanya aku. Overall ada masalah tapi lom kronik.
Antara part2 yg aku kena jaga (selain jaga body ;p) ialah buah pinggang (org tu kata tunggu masa je sakit tu), jantung ngan paru2 ada masalah sikit, kurang oksigen. Masalah igatan, selalu lupa (aaar mmg la tu).. ngan hempedu tak berapa sihat. Byk toksid. Gitulah.. kena jaga makan dan amik supplement. Ai ai cip!

Tuesday, November 03, 2009

Salam besday dr jauh..

Utk rakan cyber..yg amat aku kagumi dr jauh..

Selamat ulangtahun kelahiran Joe Perantau.. Semoga diberkati usia, dirahmatiNya sentiasa. You are a powerful man. Go 100% all the time in every area of your life. Keep on inspiring others..

Yg mengagumi mu dr jauh.. Friend forever!
- sempoii :) -

Monday, November 02, 2009

Dah potong?

Hikks! a'ah dah potong..pastu dah sambung balik..ceh!

Hampeh..penat2 potong. Pastu bila kita nak amik yg pheewit (bukan nama sebenar atau nama yg mak dia bagi)..tetiba derang kata kawasan umah aku takde coverage. Apa barang. Aku ingat solok benor la umah aku ni..tapi ramai gak kekawan lain yg senasib, Phewit bg alasan..produk baru, so coverage lom meluas. Kalau lom meluas, yg ko sibuk suh potong wat apa. Dah potong.. tapi bukan takat lembab.. tapi mmg takde. Phewit Nan Ado!

So sekarang aku dah "sambung" balik. Memalam dah macam cc lak umah aku. Depan porch umah, tempat lepak si Asmir (assistant taekwondo cik asben) ngan kwn2 dan of coz ngan cik asben aku. Siap ngan lap top memasing. Aku dalam umah buat keje sekolah. Sesambil usha blog orang..fb..email..

La ni keje bz gilos. Kena siapkan 2 survey dalam masa 2 minggu. China Benefits report ngan Indonesia Big 4 Mining. Tadi Boss no 2 cakap (aku panggil dia Chip, dia panggil aku Sarjan), dia kata opis Branch Indonesia nak sorang analyst dok kat opis Jakarta selama sebulan dua utk support team kat sana. Team mate aku yg handle Indon tu baru lagi. Tak sampai setahun. Yg sorang lagi team member jaga China. So aku lah tu yg dalam top list derang. Pastu derang nak wakil utk prepare forum Big 4 Mining. Sapa top list tu? akuuu jugak kan sebab aku yg buat report tu. Dan forum ni (seminggu gitu) bukan kat hotel lima bintang ye cik non..tapi tuuuuu kat Kalimantan (bahagian selatan). Naik ketebang..pastu kena naik bas 2 hari. No internet. memang betul2 kat kawasan mining. Tandus. Gersang. OMG!! takde facebook! gila..

Chip suh pegi. Aku cakap boleh..but take care of my kids... hahahha! sanggup noks? tau takut. Tak nak la, kang balik2 si Qistina tak kenal aku. Sebab lama sgt tak jumpa. Yg Mining tu pulak..adeh..kalau bukan tempat soping, payah sikit la aku nak pegi...hihihi..