Mao war²kan: Gambar saya (versi tak kontroversi) ada terselit kat Majalah Media yg depan cover dia gambar Felix dan Akma. Gi la nengok kat kedai mamak tu, selak² nengok, tak yah beli pun takpe..huhuhu!
Aku memang dah lama janji ngan kak aidid (orang kuat praapp!) nak gi gath Kefli, sebagai moral support sama cam aku ngan wai em gi gath Fitri masa AF2 dulu. Bila telek² balik bintang² peberet kak aidid ni kan, aku perasan memang ada persamaan antara Fitri ngan Kefli. Dua² kiut, sore so-so jer, tapi yg aku puji derang pandai amik hati peminat dan sangat bersopan santun. Orang yg awal² tak suka derang pun bila dah gi gath derang akan mula suka kat derang. Kan? Kan? Kan? Pagi² 17th Sept 2005 (sabtu) lagi aku dah siapkan apa yg patut kat umah. Tammo nanti aku gi gath, bang din bising² plak kat umah. Since semalam dia dah gi main futsal ngan kengkawan, so hari ni time aku lak jalan². Tengahari dia hantar aku gi Sogo. Aku baru jer nak carik restoren Fish Market Manhattan tu tetiba dah ada kat depan mata. Lerr.. kat depan sogo rupanya. Ingatkan kat tingkat mana. AJK still sibuk hulu hilir buat preparation, so malas nak kaco.
Acara nyanyi² plak., kefli nyanyi lagu Ratuku dan berhenti berharap. Lagu berhenti berharap dah jadi lagu wajib dia. Masa nyanyi lagu Berhenti berharap dia amik air dalam gelas sapa ntah letak kat mata, konon cam air mata. Pastu time dia nyanyi lagu Ratuku, tengah org tgh sibuk amik gambar ada la plak sorang “ahkak” ni dok bergambar ngan kefli. Lepas bergambar satu dua klik patutnya paham la kan, pi la dr situ. Ini idak. Dia dok lagi berkepit ngan Kefli kat situ sambil lentuk² kepala kat bahu, feeling sorang². Haiyooo..org nak amik gambar Kefli SAHAJA ok. Lama plak tu sampai lagu abis. Tensi sungguh. Jenuh ejas² kamera nak fokus gambar Kefli sorang jek. Pastu, aku ngan laser tak henggatnya siap cakap “errr…yg tu boleh ketepi sikit tak, nak amik gambar Kefli jer nih” hahahaha! Itupun dia maseh tak paham.. ayooo yoo! Ini macem org pun ada.Lagu duet dia ngan adik dia “Senja nan merah’ pun sedap jugak. Teringat kat spiral ngan wife dia salu nyanyi lagu ni time karaoke. Dengar kabar spiral dah balik Mesia. Brader..bila mao k.a.r.a.o.k.e lagi arrr?
Pastu byk lagi game, aku dah tak kosentret sebab rasa letih yg amat. Lepak jer sambil perabihkan makanan (ni mmg feberet aktiviti aku..hahaha!) dan sms, sms, sms, sms…(ni puun mmg feberet aktiviti aku :p). Lupa nak cakap yg baju biru tu Juan Danza supporter Mawi No. 1 dan juga wartawan URS. Aku kagum ngan semangat dia menjalankan tugas sebagai wartawan dan blogger. Bravo Juan!
Sempat jumpa Azlif masa Kefli tgh sibuk kena interview. Sib baik dia tak serba pink hari ni, tapi getah rambut dia pink yeww..trus tingat kat vad yg amat mengagumi orang yg pakai baju pink, especially yg sendat²..muahahaha!
At last, mengena jugak satu hadiah. MC suruh carik kerusi yg ada envelope. Aku jumpa satu dr bawah kerusi ijin (ijin dah balik occay). So dapatlah voucher Fish market Manhattan RM30. Ok la tu utk makan sorang.
Gi Stadium reramai ngan kak Aidid n frens. Ramainya orang. Amik tiket dr Badrul trus beratur. Dapat seat tingkat 2 kot sesama ngan wai em, ijin, tokin, NHK, ckin, orgkampung, kak aidid, cikanos, linbanana dan lelain. Majoriti tunggu Mawi nyanyi jer. Bila Adam nyanyi lagu “Ahaa tatau”, teruk ijin kena sakat. Malas nak cerita sapa buat persembahan...so..so..so..yg aku tau majlis tu happening dan sempoii and frens sangat hepi. Tapi btol la kata Naruto kat blog dia, kalu ada robot Era sure lagi meriah. ngeh! ngeh!
Gi Stadium reramai ngan kak Aidid n frens. Ramainya orang. Amik tiket dr Badrul trus beratur. Dapat seat tingkat 2 kot sesama ngan wai em, ijin, tokin, NHK, ckin, orgkampung, kak aidid, cikanos, linbanana dan lelain. Majoriti tunggu Mawi nyanyi jer. Bila Adam nyanyi lagu “Ahaa tatau”, teruk ijin kena sakat. Malas nak cerita sapa buat persembahan...so..so..so..yg aku tau majlis tu happening dan sempoii and frens sangat hepi. Tapi btol la kata Naruto kat blog dia, kalu ada robot Era sure lagi meriah. ngeh! ngeh!
Lps semua selesai, semua bergerak ke R&R Awan Besar, makan. Sempat jugak beli gambar gath Mawi yg Lan cuci. Pastu bang din pun datang ngan budak² jemput aku kat sana. Dalam keta baru teringat “alamak, sapa bayarkan air aku tadi ek?” call kak aidid, dia kata dia bayarkan..hehe Tq kak.
No comments:
Post a Comment