Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Saturday, November 06, 2004

Umrah - Day 3 - Madinah / Mekah

23rd August 2004 (isnin)

Bertolak ke Mekah naik bas express ada ekon :p. Ada 3 bas, setiap bas diketuai oleh 2 orang mutawwif dari Tabung Haji. Jalan kat sini lurus jer. Bosan, so banyak tidur dari jaga. Generally, sepanjang jalan cuma nampak longgokan lalang kering bergolek² ditiup angin (walla ..ayat melankolik), sekali sekala nampak kereta² rosak (real punya rosak, even seat pun dah takde, bkn “kereta rosak” version KL arr) tersadai kat tepi jalan. Kalau kat Malaysia dah sah² jadi rezeki pengumpul besi buruk. Mana taknya, penghadang jalan pun derang kopak buat harta :P

Sepanjang jalan, mutawwif bercerita tentang bumi Madinah dan Mekah. Tentang nature penduduknya. Orang² Madinah agak lemah lembut compare to orang Mekah yang agak kasar sikit. That’s why Rasulullah “ditolak” oleh orang² Mekah sehingga memaksa baginda berpindah dari Mekah ke Madinah utk sebar ajaran Islam. Kat Madinah, Rasulullah diterima dengan hati terbuka oleh orang² Madinah. Lama² pastu, barulah orang Mekah terima baginda dan ajarannya. Aku tak dapat buat comparison lagi coz aku lum jumpa orang Mekah. Tapi masa kat Madinah, orang sana memang ramah², walaupun guna bahasa isyarat (ada yg tak berapa paham bahasa Inggeris) pun leh borak sampai setengah jam..hehehe..

Miqat di masjid Bir’ Ali. Start ihram yg pertama. Ada 13 larangan ketika Ihram. Kalau langgar salah satu, kena bayar Dam. Dam tu denda dalam bentuk wang atau seekor kambing ikut level kesalahan. Rega seekor kambing kat situ lebih kurang SR300 ikut rega market. Since aku tak bawak duit banyak, so aku little bit concious takut² kalau buat salah. Tapi lepas kena nasihat ngan akak² kat sana derang kata jgn macam tu, perasaan was² tu termasuk dalam skop keje setan. So pastu aku buat bese jer..




Sampai jer kat Hotel terus buat umrah diketuai oleh seorang mutawwif (org Indonesia) dari Tabung Haji. Zhulian ada 5 group. Urusan bilik ngan bagasi sume orang Tabung Haji yg settlekan.
1) Tawaf (mengelilingi kaabah 7x)
2) Saie (berjalan ulang alik dr Bukit Safa ke Bukit Marwah 7x)
3) Tahallul (bercukur/potong sikit rambut menandakan tamat ihram)

Lps settle sume lebih kurang kul 6, check in Al Firdous Makkah Hotel. Alhamdulillah dekat ngan Masjid gak. Dari tingkap bilik leh nampak Masjidil Haram. Dapat bilik 207. Sebilik ngan RCM Kak Juryani, Kak Ani (kakak kak Jue), Makcik Yah (makcik kak Jue, nama Yah lagi) dan Kak Roziah. Ada yg sebilik 3 org. Kak Juryani ni Top Distributor bagi tahun 2003. Addey..macam biasa orang² atasan ni mmg murah ngan nasihat :P, macam biasa aku dengar sambil tersengih².

Masjidilharam dari tingkap bilik hotel. Ni waktu malam, around kul 11 malam.










Tidur cepat, letih dan ngantuk yg amatss..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home