Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, December 04, 2007

I'm so proud of you - part 1

petikan dari blog makencik...huhuhu..

Karangan 4

"Pada hari minggu yang lepas juga, Cik Sempoii kita menerima (walaupun patutnya anak dia sajork yang menerima) anugerah penduduk contoh. Lihatlah gambar yang terpampang di dada dada majalah mangga, eh, suratkabo Sinar u ols. Oh, mek bangga dapat anak macam tuh. Dan mek juga sangat bangga tengok Cik Sempoii kita yang posing ala-ala nak masuk magazine Mangga.. Wakakakaka... "

***************************

ulasan dr sempoii

Anda teruja? yaaa! saya lagi teruja, jiran² saya jua teruja, especially bila disuruh bergambar diseblah Datuk Moktar Dahlan dan di paksarela berposing manja disebelah syira utk dimasukkan kedalam paper. yayyy! mek sukaaa *tepuk-tepuk-tepuk*

Last 2 weeks ada kebakaran kat blakang umah mak aku. 3 umah abis ranap praaapp! kebabom!. Masa tu aku kat opis and ayah aku takde kat umah. So mak aku kecoh la suh anak² & cucu² dia( anak² aku & anak kakak yg sulung) berkumpul kat luar umah, dia plak sibuk selamatkan barang kemas ngan duit yg dia simpan kat *** tuuuut **** (kang org tau naya lak kan). Masa kecoh² tu (mak aku korang tau je la, kalau menjerit satu kampung dengar), anak aku syira tak panik, dia cuma pelik nengok mak aku naik turun tangga, kuar masuk bilik selamatkan barang. Maka dia pun bagi stetment cepumas yg sekaligus memfofularkan diri dia diseantero subang dan warga PFS hikss!

"Uwan..jangan panik..kita boleh telepon 999"

Mak aku jawap ngan muka comeh "hah! ko je la yg tepon" dan laju je budak kecit 8 tawon tersebut mendail itu nombol. Mula² operator tarak caya. Dia siap sound
operator:
"dikk...jgn main² yer, nanti kena tangkap"
syira: "ni btul2 ni, bukan cobaaaaann..." (acah je..huhuhu!) "betul la ada api kat blakang umah"
operator: "ok kalau btul cuba pass tlepon kat orang tua yg ada kat situ"

syira trus pas kat mak aku.
Lepas mak aku tengking operator tu lebih kurang sebab operator tu macam ngengada tanak caya kan, baru la neno-neno bomba datang berlumba²..

Bila ayah aku balik, dia bawak la syira ngan syamil pi ngk bomba padamkan api. So sibuklah AJKKMS (ayat panjangnya, Ahli Jawatankuasa Kampung Melayu Subang) tanya kat syira and amik gambar bagai. Syira pemalu (macam saya ..hikss), nyorok blakang ayah aku, last² yg kena amik gambarnya - abah aku ngan syamil je.

Sehari pastu dapat invitation dr pihak mesjid, ada majlis berkhatan beramai² utk budak² hujung minggu tu. Syira and family dijemput untuk terima "Anugerah Khidmat Bakti Masyarakat" sekali. Cik asben masa tu camping kat sg siput. So terpaksa la mek enteprem sorang2..huhuhu..Lps dapat anugerah, kena interview. Punya lah jenuh mak aku ngajor syira cara² nak jawap soklan wartawan. Last² masa interview, syira tak cakap sepatah hare pun, dia tayang gigi rabit dia jek. Aku jugak yg kena jawap. Bila aku jawap, mula la kan.. siap suruh wartawan tu eja balik mana² nama yg dia tak sure. Maklum la, mek dah biasa kena interview time AF muda² dulu...huhuhu...skill mejawap tu masih ada la kan.

Saya amat terharu ngan jasa yg telah ditaburkan oleh anak saya itu. Sejukk peyut saya nandungkan dia. Kalau aku pun, sure tak terpikir nak tepon 999, sebab dalam kepala dah set "ala sure dah ada org call punya" last semua org pikir camtu. Last² umah dah jadi arang baru teringat nak call. Lepas ni boleh la jadi tokoh hang tuah pulak yer.. (hint-hint kat pihak sekolah rendah...huhuhu)

Walaubagaimana pun, ada gak ralat kat cerita tu. Ntah tang mana dia salah dengar..

1) "Dia kanak² yang aktif dan menyertai pasukan kompang".. - saya bangkang yang arif..saya cakap Taekwon-do, ni apa plak kuar citer kompang lak nih.. bangkang..bangkang..

2) "saya kemudian mengambil telefon bimbit ibu dan mendail nombor 999... " - saya bangkang sekali lagi yang arif kerena ketika kejadian saya berada di opis bersama² henpon saya, dan kalau tlepon itu berada ditempat kejadian pun anak saya takkan menggunakannya kerena dia tau itu tlepon suda lama kena bar...huhuhu

3) "memaklumkan kebakaran yang dilihat kepada ibunya, Normazlina Osman, 33. " - ada ke dia kata umur aku 33... patut 25 tawon...hahhahah!

-sekian, time kasih-