Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, June 13, 2006

Werlkap..kapkungkrap ya kutikurapp..

2 minggu lps..

Boss aku (*sila refer nota kaki ayam) cam biskut kat opis ni, kejap-ada-kejap-takde. Dalam sebulan 2-3 kali dia jenguk opis dok dalam seminggu gitu. Last 2 weeks dia balik kejap, 3 hari jer. Nampak bz bebenor dok dalam bilik tutup pintu bagai. Petang before dia nak balik baru la nampak batang idung. Dia jerit meeting-meeting-meeting. Dia kuar sampul surat ngan daun terup. Ooo ni la keje dia dr tadi eh. Dok memerap buat keje tak paedah. Potong gaji kang..wooopss!

Boss kata tak lama lagi World cup nak start. So, tahun ni dia nak semua involve dalam World cup. Pulak dahh..apa kene ngan mamat ni, dah banyak keje lagi mau tambah keje. Opis aku (tak termasuk opis konsultan la) majoriti pompuan. Ada 4 org lelaki jer termasuk bos. Budak pompuan so-so jer la ngan bola. Ada sorang dua la yg minat macam ahkak waiem kita..hik! hik! Kalau citer pasal sale, lain la citer kan. So bos kata, tak aci la nanti dia layan Worlcup ngan 3-4 org budak opis jer. Tak meriah gitu.

Pastu dia tampal Schedule Werlkap kat noticebod. Siap pesan jgn lupa apdet result everyday. Tak sangka sungguh boss aku leh buat keje tak pekdah gitu.

Then start “meeting”. Dia buat undian, sorang kena undi 2 team. Satu team best satu lagi team tak berapa best. Team yg menang (no. 1, 2,3) time final nanti dapat Vocher shopping² kat Metrojaya (ehh! Ada lagi ek Metrojaya kat Mesia nih?..huhuhu!). Cong-cong kad pastu distribute sorang 2 kad. Then amik envelope yg tulis nama kad (e.g. 2 diamond, 3 spade). Kalau dapat Joker, kena pilih satu nombor yg mewakili negeri yg dah ada org cop. So dia akan kongsi negeri tu ngan org lain. Kalau team tu menang, hadiah pun kena share. Eee tak bestnya hehehe!

Dalam envelope (dia pakai envelope opis tuuuuu), ada gambar team yg kita dapat. Aku dapat Mexico utk team best dan Trinidad & Tobago utk team tak berapa best. Nengok gambar..ala takde yg taste la. Trinidad tu player dia kelam² jer. Mexico boleh la tahan ada cam melayu sket. Paling taste pun macam Kieran Era. Huhuhu! Belasahla. Macam nak kena titik jer team² tu. Macam takde harapang..huhuhu!. Tapi tak leh cakap jugak, manalah tau kan, tetiba yg “bawah anjing” (underdog) pulak yg menang. Masa tu boleh la open table kat Uncle Chilis..ngeh! ngeh!

Minggu ni..

Trinidad 0 – Sweden 0
Mexico 3 – Iran 1

Owhh! mek terharu u olls..mek suka! mek suka! :p

p/s: Aiyooohh! Bila la werlkap nak abis nih. Tak larat nak mengapdet result game kat notice bod tetiap pagi. Huhuhu!
p/s2: Boss aku org ostrolia, seken opis dia kat Singapore so dia ulang alik S'pore-KL-Melbourne tu dah macam pi KL-PJ-kg kerinci jek.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home