Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, May 22, 2006

Napa kaki saya lenguh ini hari?

Sabtu

Pagi, dok umah jek.

Petang, berpeluang pi visit ke LosdanFaun shooting set kat Jalan Tun Sambathan. Pelem arahan Afdlin Shauki yg dibintang oleh Hans Isaac, Stephen Huges Rahman (cantiknyerr mata dia, rambut kaler kuning), Adlin Aman Ramli dan bla bla bla...masih dalam penggambaran.

Berbincang sama tuan direktor "saya mau pelakon extra yg ni berlakon dgn saya next pilem..boleh ka?" huhuhu

Cantiknya mata diaaaa..

50 orang je yg dapat gi site visit tu tapi oleh sebab crowded sangat, Anne bahagikan jadi 2 team. Satu team visit hari sabtu, satu team lagi visit tatau la bila. Kenal ramai lagi kengkawan dr grup Kodokz. Err tapi nama dah tak ingat dah...hehehhe. Aidil AF3 pun ada join skali ngan emak dan kakak cun dia. Aidil dah berambut panjang tu yg tak pasan mula² tu. Sempat la jadi pelakon tambahan dok jalan² situ masa Hans kuar dari "opis" LosdanFaun.

Sian cip kodok nampak penat sangat dia hari tu. Neway, Hepi belated besday cip kodok yg sweet ke-35. Many happy returns cip.

Ahad

Pagi, subuh² asben dah kejutkan suh pi joging. Ooo patut beria suruh, sebab dia nak sambung tido yea. Terpaksa la joging ngan jiran² satu taman sampai ke Taman Melati nuun tuu..huhuhu. Pas jogging ada makan², kenal lagi raaamai jiran baru. Pastu ada gotong royong cabut pokok semalu kat padang permainan. Wahh ini boleh menyebabkan amaroh ni. Pokok semalu tu makin dicabut, makin banyak lak tumbuh. Pelik gue. Pastu makan² lagi. Abis semua kul 10 am.

Tengahari ada miting tournament taekwon-do kat umah. Asben cakap "eh..ni saje² jek miting, takde apa² sangat. Tak yah susah² masak apa²". Dia rasa bersalah la tu sebab buat miting kat umah tak inform aku. Hmm...ye la tu. Kalau dah 10 org mai miting saje² ape ke heee nyer. Tak pasal² dapat minum teh tarik je. Betol² aku tak buat apa². Teh tu pun dia yg buat. nasib la kan..

Petang, men boling kat summit ngan jiran² lorong U16/13B. Bang Dins mmg kamceng ngan derang ni. Pantang nampak kelibat org borak² depan umah, sure dia lesap join sama. Tak kisah la pukul 1 pagi ker. Umur derang lebih kurang sebaya tu yg boleh get along. Ada la 2 org budak taekwondo join sekali, si Ven ngan Hajar. Aku jejalan dulu window soping sebab jiran² pompuan blom sampai. Plan nak pi afkaro ngan budak PFS, ajak Spiral (dia baru balik dr Austrolia), tapi anak ngan wife dia tak sihat plak. Ajak waiem, dia ada keje plak, tammo kuar umah the whole day. Ajak Fahmi men boling, dia tgh ngk wayang Senario (hello dik..layan Senario ker? huhuhu), ajak bib dia nak ngecat umah plak. Then, tetiba waiem kata leh datang..yayyyy! dok makan kat Joni jer sambil update/ngumpat apa yg patut. Yg bestnya, dapat gelang pearl dari Manila yewwww... tadaaaaa! err takde gambar ek. nanti la aku amik gambar gelang tu ek.

PFS..jom hari khamis pi ayam golek kat ngan Angkasapuri tu then sabtu next week afkaro kat Bangsar..ada ok?
gambar: baik-nyer-cilok dr losdanfaun nyer blog dan Latifah (Lattee). tengkiuuu..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home