Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, July 03, 2006

komunikasi yg ter-break down.

Last week aku ada cakap ngan mak aku, nak join kelas mengaji dan belajar Tajwid kat KL. Kak Aidid penah promot kelas ni kat blog dia dulu dan ada la few budak PFS yg dah join sama. Derang kata best, tak boring. Aku eksited nak pi sebab dah lama tul tak belajar Tajwid cara formal. Aku cakap kat mak, ala² mintak permit jaga anak² aku tetiap pagi sabtu & ahad (9-10 pagi).

Mak aku: "Buat apo ngaji jauh²… tu bini Teroji (sila refer nota kaki ayam belanda) buleh ngajar. Tetiap sabtu ado yo ngajar ngaji kat mesjid. Nanti kalu ko poie, mak ikut skali."
Aku: "leerrr….hmm iyolah…"

malas nak bertekak sebab mak aku ada kuasa veto, dia yg jaga anak² aku tau…huhuhu

********* TUTUP KES, misi tak berjaya..roger and out! **********

Then, Sabtu lps ada “Majlis ulangtahun ke-3 ADN” kat umah Abg Pat (Ahmad Patria Abdullah, penulis buku Saga Artakusiad) kat Seremban. Asben aku plak ada kursus Instructor Taekwon-do kat Politeknik Shah Alam hari Sabtu ngan Ahad. So, malam Jumaat ngan Sabtu kena tido kat umah mak. Kepala aku ligat memikir cemana nak explain kat mak aku pasal majlis ni ek. Dia tak pernah kenal buku Saga Artakusiad atau pasal Abg Pat. So aku pun cakapla:-

“Mak, oghang ado majlis ulangtahun kelab buku kek soghomban sabtu ni oghang kono poie sobab incharge majlis insyaallah balik potang”.

perghhh!!..ngan satu napas macam akad kawen, aku berjaya menyuarakan misi ke-2 aku tanpa semput. Ekceli, aku cuma jadi ajk cenderamata jer, tu pun dah setel awal² hari rabu hari tu, tapi cara cakap tu kena la kasik real ala² macam-majlis-kansel-la-kalu-aku-tak datang…ahakss!

Mak aku cam terkebil² la dengar tapi since dia tak tanya apa, aku assume dia ok la. So start hari Rabu aritu, aku manyak kali dok remind mak aku, yg aku ada “Majlis ulangtahun kelab buku” hari sabtu ni. Walaupun aku berjaya kaltim sama adik pompuan aku suh jaga syira n syamil aku tapi aku tanak la mak aku bising bila aku ilang gitu je nanti kan.

So Sabtu aku bertolak ke Seremban awal² pagi dalam kul 7.00 gitu, naik komuter sama kak Mas ngan Jundak. Nanti aku cerita detail kat next entry pasal majlis tu. Yg aku nak citer ni pasal ayah aku. Korang sure pelik napa tetiba lompat ke citer ayah aku plak ni…hehehe!..Yg sebenornya, dek sebab sonot sgt dengar Abg Pat bercerita sampai kitorang lupa nak balik. Konon² plan nak balik kul 3 ptg sebab Kak Long (wife Abg pat) kata dia ada buat majlis besday anak dia kul 3 ptg nanti, jemput kengkawan dia jer. Sekali tak pasan, org semua dah balik kitorang still ada kat situ tak reti² nak balik (tau takper ;p). Then, kul 7.30 malam kakak aku call kata ayah aku bising² kata aku tak reti² nak balik. Wahh…terasa macam zaman anak dara sunti dulu plak. Aku dah kecut peyut (peyut dah la baru defrag..hik! hik!). Dah start gelabah tapi still menten kool depan budak² lain. Bila Abg Pat "sambung lagi" bercerita, otak aku dah tak kat situ dah. Pandangan aku leh tembus ke belakang, nampak umah kak Mas blakang bukit, pastu tembus lagi ternampak hiway KL-seremban sampai la ke umah mak. Punya la jauh berangan siap lalu hiway lagi tu, sebab dalam kepala aku dok pikir..nak balik! nak balik! nak balik!! uwaaaaa!

Aku kasik hint nak balik kat kak Mas, Jundak ngan Morrok (yayyy! Morrok ngan tunang (ilia) setuju nak hantar kitorang balik), then Abg Pat plak kata tak elok balik time meghrib, semayang dulu. Lps semayang, Abg Pat kata plak, tak baik balik tanpa dinner. Wahhh…ni macam tak balik² jer kitorang gamaknya. Pastu kitorang agak, kalau kitorang accept dinner sure dia offer bermalam kat umah dia plak kan. Adehhh..

So lepas elak bermacam² offer dr Abg Pat, kitorang berjaya membalikkan diri ngan menumpang kereta Morrok diiringi tunang tersayang pada pukul 8.05 mlm. Abis la akuuu kena marah…

Macam biasa Morrok bawak keta macam genderang mao perang. Laju tak henggat duniya. Tiap kali korner baring, ada la sorang umat tu penyet kena himpit…kesyian dia..muakakaka!

Lps hantar Jundak balik ke Cyberjaya (ada ka dah sampai Cyberjaya, baru dia kata motor dia parking kat Putrajaya, nak kena dak Jundak ni), derang menghala ke umah mak aku plak. Kul 9.30 sampai umah mak. Dari luar umah ngk motor ayah takde, kat masjid lagi la kot. Pergh!!…logo den. Pastu dengar plak gelak-gumbira-gempita dari dalam umah. Owhh tgh ngk konsert AF rupanya. Lega satu kalik lagik.

Masuk umah jingkit²..mintak² takde org pasan..

Mak aku: “hahh! baru balik. daddy ko tanya pesal ko lambat sangat balik ngaji? Dari pagi sampai ko malam tak hengat nak balik”
Aku: "hah? ngaji?"
Mak aku: “Mak dah kato tak yah ngaji jauh², ngaji ngan bini Teroji tu dah cukup. Tetiap minggu ado yo kelas dio kek mesjid tu, kalu balik cenggini tetiap minggu mak tak tahan do”
Aku: "hah? errr…"
Mak aku: “dah ler dia risau kot² ko join memano ajaran sosek (sesat), kalau ngaji patut kojap jo la kan..ni sampai malam, buat ghisau oghang yoo”


*Owh lupa nak cakap, bakat kelaseran aku memang diwarisi dari mak aku.*

Tak nyempat² aku nak jawap, dia kasik sedas demi sedas. Mmg payah nak nyelit time dia dalam mode latih-tubi gitu. Aku terus kuarkan buku Legenda Numerius sama door gift (aku rembat 4 doorgift, frame songket ngan gambar yg Rosh lukis) yg aku dapat masa majlis tadi. Aku tunjuk kat mak.

Aku: “oghang bkn poie ngaji laaa, oghang poie majlis kelab buku ni haa..ulangtahun ke-3, mano ado org cakap nak poie ngaji
Mak aku: “Laaaaaa…..”

Kali ni mak aku plak gelabah sebab dia dah kasik salah info kat ayah aku sampai org tua tu marah² tak tentu pasal. Skang ni turn dia plak yg kecut peyut.

Hik! hik! hik!

p/s: Teroji merupakan salah sorang penduduk oltai dikawasan umah mak aku. Isteri dia mengajar ngaji kat mesjid tetiap sabtu selain menjadi ahli marhaban yg sangat ektip dan berkaliber di kawasan subang dan sewaktu dengannya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home