Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, November 10, 2004

Umrah - Day 6 - Mekah

26th August 2004 (khamis)

Lawat ladang unta. Harga susu unta kat sini ialah SR 5 sebotol. Derang kata banyak khasiat tapi aku tak beli pun. Bila nengok muka unta² tu tetiba rasa tak sampai hati plak nak minum susu dia “unta”..hehehe..Posing gambar ngan unta. Unta sini pelik sikit, suka kunyah tudung ngan baju orang. Apa saja la ko ni unta..

Miqad di Hudaibiyah, Start ihram, niat ihram utk Mek (dah check ngan bang din nama ayah mek :P). Settle before maghrib.

Time mahgrib, ada sorang akak tu minta tolong temankan mak dia gi masjid dan hantar balik bilik lps selesai sembahyang. Sepanjang kat sini, selalu juga orang suh aku temankan mak derang gi mesjid. Mintak temankan gi makan pun ada. Mula2 terasa macam welfare pun ada (ni hati tanduk cakap), pastu aku buang perasaan tanduk tu jauh², pastu aku cakap kat diri aku, mungkin Tuhan suh aku banyakkan bakti utk org tua2 sikit. Teringat kat mak daddy, cukup ker bakti aku kat derang?. Addeh..sedeyy.. isk isk..

Lepas Isyak gi farmasi lagi temankan kak Roziah, dia kena allergik plak lps balik ladang unta. (tambah sorang lagi member allergik..huhuhu). Farmasi kat sini sentiasa penuh ngan orang. Pharmacist kat sini siap boleh bagi injection, macam dokter.


“Tawaf Kidai” (hahaha..maknanya pusing kedai, shopping ler nih..huhu).Kak Jue minta tolong temankan Makcik Yah shopping coz dia nak buat umrah lagi. Kak Ropziah ikut sekali. Baru singgah satu kedai kak Roziah tak larat coz still demam dan allergik dan terus balik hotel. Makcik Yah sibuk carik minyak wangi yg sedara dia pesan “Kasturi Harmain”. Masa tgh belek² barang tetiba Makcik Yah takde, aku dah risau pastu aku assume dia balik hotel kot² dah penat. Nak call dia, dia takde handphone. So aku sambung shopping sesorang kat kawasan area hotel sampai kul 11.45pm. Ni kalu mak daddy tau mati aku. Berani jejalan sesorang malam². Tempat orang lak tu. Tawakkal.

Bila balik hotel, Makcik Yah lum balik, aku dah start risau. Kak Roziah lak dah tido. 10 minit pastu Makcik Yah balik ngan muka pucat lesi. Terketar² dia bagitau aku dia nyaris kena rompak. Aku yg dengar plak rasa cam nak pengsan. Rupanya masa dia sedang sibuk tanya org pasal minyak wangi tu, ada sorang lelaki arab kata dia tau mana nak carik minyak wangi tu dan bawa dia sampai kat satu terowong kat area Masjidilharam. Pastu lelaki tu tekan kepala dia & pukul² belakang tengkuk dia. Makcik Yah sempat jerit dan gigit tangan lelaki tu then lari. Alhamdulillah dia dapat carik jalan balik. Aku rasa bersalah coz tak jaga Makcik Yah ngan baik. Kak Jue coolkan aku, dia kata bukan salah aku, tapi salah Makcik Yah memandai ikut org yg dia tak kenal. Makcik Yah nangis jer malam tu. Kesian Makcik Yah. Aku minta maaf kat Makcik Yah untuk redakan perasaan rasa bersalah dia. Malam tu aku tido ngan rasa bersyukur yg teramats coz semua selamat. Psstt jangan kasitau mak tau..hahaha!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home