Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, August 07, 2006

6th August..Selamat hari tua.. sempoii

Update: Tq to makincik yg susah² payah datang opis hantar kek resepi rahsia, bunga ros 3 kuntum ngan teddy bear kiut. Rasa macam tgh bercinta plak dapat munger ;p. Then, susah² jer nyorok kat miting room time aku amik kat receptionist..hehehe! (fyi, receptionist tu mmg tokleh simpan rahsia ;p)

***********************************
5hb August2006

Malam

Layan konsert final kat umah sambil makan². Masa result nak kuar, sibuk berbalas sms ngan fahmy pasal AF. Dia dari dulu lagi suka ngutuk AF, tapi dulu² aku la yg rajin membeking tapi skang tak kot, aku pun join the klab. hehehe..Lepas abis konsert, fahmy wish besday. Yayy! Org pertama wish aku besday ini tawon, ada gak yg ingat ;p

Tunggu jugak, abg dins wish..err takde pun. Dia sibuk ngadap pc buat keje opis (dia kata la kan). Takpe tunggu lagi.

12.01 am - kakak aku sms wish besday, (abg dins still depan pc)
12.09 am - “Z” sms wish besday..Happy birthday to youuuuuuuuuu!. Err tq ;p (tunggu lagi abg dins, tak wish pun..tunggu sat agi ah)
12.12 am - Bib sms wish besday..tq bib (abg dins? hmm takper laa..tanak wish pun takpe)

Aku turun pi dapur. Abg dins turun sama. Dia mintak permit nak join jiran² lepak kat Bistro (refer nota kaki ayam) wak Jono. Dia sibuk buat teh tarik utk derang. Aku siapkan biskut letak dalam balang, suruh dia bawak sekali. Dia gelak² sebab aku sesenang jek kasik permit dia berembun, org lain kena tunggu wife tido baru berani kuar. Then aku sambung ngk tv sorang², sambil dengar lagu Samson “kenangan terindah” berkali². Budak² dah tido.

Bila yg tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


Pukul 1.20 am, aku dengar orang bukak pintu then masuk umah ngan tergesa². Err sapa tu? pencurik ke? Tetiba muncul abg dins ngan tercungap². “Hepi besdaaaaaaaaaaaaaaaaay, sorry tadi kul 11.45 dah ingat dah tapi terlupa lak wish kul doblas. Lambat sikit jek, abang org ke berapa wish?”.

Selamba aku jawap “ke-5”
dia jawap “uikk..dah ada org wish?”

Ekceli tahun ni percapaian terbaik dia, sebelum² ni jgn harap la dia nak wish pepagi. Tahun lepas dia wish kul 2.45 pm. Tawon sebelum tu dia wish kul 8 malam tu pun sebab time amik budak kat umah mak, mak aku cakap “tuu atas meja tu ada hadiah besday dr ieta” ieta tu adik aku. Aku ngk dia dah terkujat bila ngk adiah tu, dalam keta beria mintak maaf “bukan lupa tapi tak ingat”..boley gitu? hehehe...

6th August 2006

Bangun kul 10, adehhh!.. Klas Taekwondo dah abis sebab budak niari tak ramai. Tanya abg dins, napa tak kejut awal², kata nak suruh orang masak nasik lemak pagi ni? takpee..besday..kasik tido puas². Yayy! Macam orang ngantuk disorongkan bantal, gebar ngan katil. Bestnya. Ehh tapi tak jadi la nak tido balik. Sian kat abg dins. Sib baik budak duorang tu pun lum bangun lagi. Terima beberapa sms wish besday. Tq for your thots.

Tafakur jap utk mangsa² kat Lubnan dan mangsa bom atom Hiroshima kat Jepun 61 tahun yg lepas (6th Ogos 1945). Alfatehah..

Petang,

Abg dins plan nak bawa aku pi carik adiah besday. On the way, tetiba dia kena migrain. Carik klinik & farmasi sebab ubat dalam keta dah abis. Klinik banyak tutup hari ahad, macam la takde org sakit hari ahad. Ada klinik yang tanak jual ubat, derang suruh jumpa dokter dulu, tapi dokter tgh lunch kul 2.30 baru masuk (masa tu kul 2pm). Adeh.. pi carik lagi, sib baik jumpa satu klinik kat Sentol, beli ubat cafegot ngan Siflex (ntah camana nak eja ntah).

Lps makan ubat, kitorang pi Alpha Angle Wangsa Maju. Ni tempat peberet kitorang dr zaman bercinta sampai la dah beranak pinak ni. Tempat dating lagi di kenang ;p Abg Dins tak larat nak jalan, dia nak tido dulu kat parking. Dia suruh aku bawak budak jenjalan kat Alpha Angle dulu. Tak sampai ati aku nak biarkan dia dalam keta sorang². Tapi dia beria suruh sebab nanti budak² bising, lagi la tambah migrain. Dia kata, lps tido nanti ok sikit, pastu nanti kita carik adiah. Aku dah tak kisah pasal hadiah, asalkan dia ok, cukup.

Aku bawak budak² jejalan, beli kasut budak², borong roti kat Breadtalk. Aku kata borong sebab orang tak caya kalau aku kata tu roti tu utk 4 orang makan ;p. Then temankan derang main sand colour. Ala yg sticker pastu kena letak sand colour tu. Kat situ je dah dekat 15 minit.

Then tersinggah kat stall jual barang seramik ngan “folk art”. Cantiknya. Aku terbeli satu telur seramik (saiz dia 2x ganda saiz tulur ayam normal, err tulur ayam ok..) ngan gambar scenary painted on it. Aku mmg dah biasa belikan hadiah utk diri sendiri time besday...sound gila tapi “sempoii tak kisah” asalkan aku happy dan motivate diri aku utk teruskan idup baru ngan umur yg baru. Then aku berkenan kat satu koleksi tulur² tu, siap dok atas rak cantik yg comel lagi. Rak dia ada “folk art” painted. Ada 12 bijik tulur seramik yg ada tulis nama² bulan dalam setahun, January sampai la December. Satu set RM134. Lps diskaun RM129. Since dia takde full set (sebab ada org dah beli tulur, tak beli full set), aku kena booking dulu. Hari jemaat nanti dia hantar ke opis. Yayy! Hepinya dapat tulur yg cantiiikkkk dan comel..ngeh ngeh..

Then, abg dins call suruh balik. Pospon la carik hadiah. No probs sebab aku dah beli hadiah utk diri aku sendrey hehehe.

Balik, dia terus tido sampai malam. Malam masak simple². Piuk nasik baru dah beli sebulan, baru first time pakai semalam. Hik! hik! hik!

Ekceli, it was a great besday to me..sebab dapat dok satu hari suntuk ngan family. Mmg payah nak ngk abg dins lekat kat umah weekend. Tq pd mereka² yg mengewish besday. Umur dah meningkat setahun, hayat pun dah berkurang setahun. Semoga amal maaruf semakin bertambah,

Ya Allah Ya Tuhanku,

Hidupkanlah aku dalam iman
Matikanlah aku dalam iman
Jauhkanlah aku dan keluarga dari segala fitnah manusia.

-Amin-


Hepi besday oso to all my twin in the world

Assistant Taekwon-do asben aku – Ali Md Khir 6/8/74
Member Taekwon-do kat UTM dulu – Norhayati Mohamad 6/8/74
Member Taekwon-do kat UTM dulu – Isyam Ismail 6/8/73


Juga yg besday inihari dan ituhari…

Member PFS, ijingebooo 7/8/80..
rakan blogger iswadi 2/8/79.. (aiyooo mek lupa ..sowiiii)
dan saudara Faisal Tehrani yg amat saya kagumi 7/8/74


“Selamat ulangtahun kelahiran, Moga di berkati usia dan senantiasa dilindungi olehNya. Semoga berjaya dalam bidang masing²“
nota kaki ayam: Bistro Wak Jono adalah terdiri daripada kanopi, meja dan kerusi piknik dan satu lampu ikea. Di letakkan di sebelah umah wak Jono. Tempat rasmi penduduk lelaki lorong 13B berembun tetiap ujung minggu, dan tempat bergosip golongan wanita di malam jumaat ketika org lelaki main futsal.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home