Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, December 27, 2007

Dari Kota Bharu <-> Kuala Lumpur - di Gua Musang dia bersemadi...

Al-Fatehah buat ayahanda mertua (Tok We) yg disayangi.. Allahyarham Wan Mamat bin Wan Ismail yg pulang ke Rahmatullah pada 23 December 2007, pukul 7.30 malam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang² yg beriman. -AMIN-

*********************************************************************************************************************
Sayu ati aku bila ngk cik asben nangis teresak² gitu disamping jenazah. Memang kami terkilan tak jumpa Tok We before dia balik raya aritu. Mula² mmg semua pakat raya kat KL sebab Tok We ada kat sini. Tapi last minit akak ipar sms kata Tok We beria nak balik Kota Bharu. On the way ke KB, ada tanah runtuh between KB-Gua Musang so dia stranded kat Gua Musang, rumah anak pompuan dia ngan isteri sebelum mek. 4 hari kat situ, To We pulang ke Rahmatullah dalam tidur.

Ekceli, Tok we dah lama ada kat KL. Keluar masuk hospital kat KL sejak awal tahun lagi. Sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi..Rumah kat Kota bharu pun dah lama tinggal sejak mek ninggal 2 tahun lps. So, Tok We memang dah biasa tinggal ngan anak² dia yg kat Jerantut (abang nombor 2 cik asben) atau ngan kakak sulung, adik lelaki atau adik pompuan cik asben yg dok KL. Once a while dia akan stay ngan kitorang 2-3 hari memandangkan keje cik asben tak tentu masa dan aku ada² jer aktiviti² tak tentu hala ;p.

Cik asben boleh dikatakan tak berapa rapat ngan family sejak kecik lagi sebab dari kecik lagi dia dah belajar luar Kelantan. Dengan kedegilan dia lagi la yaa ampunn..(ampun bang..kutuk sekali sekala..hihihi) Korang imejin la, dia boleh join lawatan sambil belajar ke KL 3 hari ngk tugu negara and at the same time kakak sulung dia kawen kat kampung. Buleh gitu? Kalau mak aku dah kena libas agaknya. Time belajar kat UTM dia bz ngan aktiviti taekwondo, setahun mmg sekali-sekala je balik kampung sampaikan arwah Mek pernah tanya dulu, "kat UTM denu takdok cuti ko? oghe ngaji unibersiti lain sokmo je kelik kapung, UTM takdok pulok". Yg sebenornye, cuti banyak..dia je yg tak reti nak balik..

Aku pulak, Alhamdulillah memang spesis rapat ngan family sejak kecit sampai la dah tak kecit nih. Kalau boleh, ayah aku nak semua anak² dia yg dah kawen ke blom kawen ke dok sebumbung ngan dia. Sebab tu lah, adik beradik aku yg dah kawen hanya dbenerkan tinggal dgn jarak 40 radius dr umah dia. Sekali dia call, dalam masa 10 minit, semua dah tercongok kat depan mata..huhuhu..

OK sambung balik citer, lepas kawen, aku pulak yg tukang bebel selalu ingatkan cik asben suh call parent dia, atau balik kampung sekali sekala atau kim duit kat kampung. Aku tau, ada yg pandang sinis bila cik asben pilih org luar Kelantan sebagai wife, ada yg ingat sure aku queen kontrol dia tak bagi balik kelantan selalu, tapi derang silap. Ekceli, aku cukup eksited kalau dapat balik Kelantan, selain kat sana makanan dan tempat soping dia heaven ...opppsss..;p tapi yg nyata aku mmg suka ngan culture kat sana..budaya kejiranan dia.. muafakat.. silaturrahim..cost of living rendah ..humang aii.. aku tak jumpa bebenda tu kat KL.

September 2007 is the turning point of everything. Ada la satu event yg buatkan cik asben berubah. Sejak dari itu, bila ada masa lapang, dia sendiri yg beria nak jumpa tok we. Tak payah aku paksa² cam selalu. Dia pulak yg ingatkan aku bila aku dah lama tak jumpa Tok We. And aku peratikan dah banyak body contact antara dia ngan Tok We. Peluk²..usap²belakang Tok we. Walaupun masih banyak lagi ruang kosong yg belum terlaksana utk Tok We, but at least he has created something with Tok We before arwah "pergi"..And i can see that Tok We appreciate that moment..

Al Fatehah...

p/s: *hug* to cik asben, byk² bersabar eh..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home