Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, December 29, 2009

Satu apdet yg panjang.. di petang 29 December 2009

Jalan2 makan angin

Bulan doblas keje tak banyak.. bonus pun tak banyak..woopsss! :p so banyakla acara berpoya2 bersama family dihujung minggu. Last 3 weeks gi Sunway Lagoon. Wahahaha! citer last 3 weeks pun masuk nih.. tapi tu lah kan Limah, Ya Rabbi mahalnya tiket dia..cam tak berbaloi je. Tapi ikutkan gak sebab dah janji kat budak yg lps sunat tu kan.

Last 2 weeks plak pi Port Dickson. Cik asben jadi Teknikal Komiti kat Kejohanan Taekwondo Negeri Sembilan. Aku? aku jadi co-pilot masa dia driving je hehehe..Aku ngan family Ali (another instructor taekwondo) stay kat umah kerajaan N.S. Frust sebab tadek swiming pool sebab last minit derang tukar tempat. Melepak je la kitorang kat apartment. Laut dekat tapi curam sangat. seriau aku nak bawak budak main air.

Last week plak pi Bukit Merah Lake Town Resort ngan family aku. Konvoi 5 keta. Bebudak best la sebab ada memacam game kat situ. Aku just nengok je la sebab badan dah naik rashes sejak semalam. Tulah..banyak2 haribulan, time tu lah dia nak rashes pon. Qistina dah pandai main air dan minum air kolam. Gedek2 dalam pool. Barang makanan mahal gila kat dalam tu. Burger simple2 pun RM5. Leh pi mekah balik hari tokey dia. Cuma apartment tempat kitorang stay tak besar sgt. So a bit rimas sikit la. Aku jalan2 je berlaga ngan perut adik aku..gerak sikit lagi berlaga ngan punggung cik asben plak.. wow! ;p Balik dari sana, singgah umah mertua adik aku kat Batu Kurau. Makan lauk kampung best gila..gila pun tak best kampung macam tu..

Ini ujung tawun.. Alhamdulillah, rezeki murah. Cik asben dapat kontrak ngajar Taekwon-Do kat Jabatan sisa pepejal selama setahun start bulan December ni. Ada 13 centre. Memang la tak tercapai dek akal nak ngajar semua centre so dia agih2 kat kengkawan instructor lain. Yang tak bestnya, almost tetiap malam dia ada klas and balik dalam kul 12.30 tgh malam. Isnin kat Sabak Bernam, Rabu kat Shah Alam, Khamis kat Kuala Selangor. Ahad malam kat UTM KL (klas lama dia). Dalam seminggu, 2 kali kena tido kat umah mak. Hari senin ngan khamis. Tu blom termasuk dia tolong centre lain kalau instructor tak available. Aku rasa tak berapa hepi hidup macam ni tapi nak taknak kena adapt ngan jadual dan minat dia. And lagi satu aku risau ngan kesihatan dia. Kehulu-kehilir memalam sorang2. Aku doakan semua ok. Dan semoga cik asben dikurniakan kesihatan yg baik. Amin. (tetiba ayat skema balik)

Buku2 Ramlee Awang Murshid

Semenjak dua menjak cik asben bz nih, aku pasan aku dah terminat baca novel tetiap malam, lepas Qistina tido. Bukan novel cinta beb, tapi novel2 dr novelis thriller Ramlee Awang Murshid. So far (termasuk novel dia yg baru kuar bulan ni), dia dah ada 15 novel thriller (aku rasa la). Actually aku borong buku dia lama dah, masa Forum Sai Fai dulu, tapi baru 2 bulan kebelakangan ni aku start baca. Gaya penulisan dia mmg tak sama langsung ngan Abg Pat (Ahmad Patria Abdullah) dan Faisal Tehrani tapi aku leh terminat jugak sebab aku rasa dia kreatip gila. Idea2 dia semua tak tercapai dek akal. Tiap kali baca novel dia, aku rasa cam tak sabar je nak abiskan satu buku. Cam addicted gitu.

Imejin dalam 2 bulan ni je, aku dah baca 12 novel dia. Ada 3 lagi lom baca (Ranggau, Adam, satu janji), still dalam Q. huhuhu! Ni buku2 dia (bukan ikut turutan), kalau korang nak tau la..hiks!

1) Adam
2) Satu Janji
3) Ranggau
4) Mandatori
5) Tombiruo (trilogi Tombiruo-buku 1)
6) Semangat Hutan (trilogi Tombiruo-buku 2)
7) Tombiruo Terakhir (trilogi Tombiruo-buku 3)
8) Rahsia Perindu
9) Bagaikan Puteri (trilogi bagikan puteri-buku 1)
10) Cinta Sang Ratu (trilogi bagikan puteri-buku 2)
11) Hijab Sang Pencinta (trilogi bagikan puteri-buku 3)
12) Hatiku di Harajuku
13) Ungu Karmila
14) Mikhail
15) 9 Nyawa

Err novel lain.. aku baca gak novel cintan cintun. Pinjam dr adik aku and ada yg aku beli dr Delinn masa dia pindah Sintok dulu. Aku rasa adik aku tu leh jadi duta buku Alaf21 sebab umah dia penuh ngan novel. Aku dah start collect novel dr penulis2 yg aku suka. Buku2 abang Pat ngan Faisal Tehrani tu dah mmg dalam Top list. Buku Jundak baru masuk list..hehehhe..Yg lain2 tu macam Habiburrahman El-Shirazy, Taufiqurrahman Al-Azizy dan few dr Alaf21.

Hmm..citer pasal buku..teringat aku satu benda.. "Bila la abg pat nak kuar buku ke-8.?" dah 5 tahun tunggu..argghh!!!...tensi gua..

Hepi Besday
Bulan doblas.. bulan hepi besday buat family dan rakan2 aku.
- Qistina dah setahun. Kejap je masa berlalu kan. Rasanya macam baru je terboyot2 nandungkan dia. Skrg boyot gak, bawak lemak..wakakakaka!
- Syahira plak dah 10 tahun. Semoga menjadi anak yg solehah.
- Ayah aku dah 64 tahun. Semoga dikurniakan kesihatan yg baik.
- Kakak aku dah 38 tahun...hiks! sure dia marah aku tulis umur dia kat sini. Semoga cepat tinggi Fifi! hikss!
- Cikgu Feizan dah 34 tahun..semoga cepat sampai jodoh sir..
- The rest: Azrul, Walids, Boss Brian, Michelle, Nanthini, Yee Ven - All the best for u!.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home