Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, November 19, 2009

Satu pagi di lrt kelana jaya..

Peristiwa ni terjadi last week.. hari senin lak tu..

Cam biasa cik asben antar aku dan Khai ke lrt Kelana Jaya. Kuar pun dah lambat lebih kurang kul 7. Masa kat kelana jaya ok lagi..then on the way nak ke stesen seterusnya, tetiba aku dengar macam suara orang mengilai... err mengilai ke..macam menjerit nyaaaring gitu..panjangggg.. Then tetiba orang yg kat bahagian tengah semua ke tepi. Tinggal la sorang pompuan cina umur dalam 20an kot, badan berisi tengah headbanging kat seat. Dia hangguk2 kepala kuat2 sambil tangan letak kat lutut. Aku tengok dia..sambil cakap dalam hati "overnyta minah nih.. kalau nak rock pun takkan kat sini".. dan tup! tetiba dia jatuh tersembam kat lantai.

Maka sibuk la penumpang lain mengipas2 dan membetul2kan skirt dia yg terselak. Ada sorang mamat ni letak beg dia buat alas kepala minah ni. Mulut minah ni berdarah..tatau la sebab jatuh tersembam gitu ke atau pendarahan dalaman. Then diorang suh orang kat area pintu press button merah emergency. Aku press berpuluh2 kali tapi train tak berenti pun. Derang keep jerit-ing suruh aku press lagi. Aku jerit kat derang "doesn't work la..paham tak?". Aku pun dah stress ni sebab orang makin himpit ke tepi sebab nak bagi ruang kat minah tadi. 2 stesen dah lepas walaupun each stesen derang dah try nak stopkan pintu dr tertutup. Then sampai stesen Asia Jaya baru la pintu tu tak tertutup.

So derang jerit panggil orang Rapidkl datang bagi bantuan. Orang rapidKl jerit dr luar train kata, "tolong angkat that lady boleh tak". Then semua refuse sambil backgroup bunyi orang bising2.. "banyak berat la.. dia besar laa..mana larat woo.." which is aku rasa kalau minah tu tersedar dan terdengar orang kutuk dia, dia rela pensan lagi utk kali ke-2. Then derang jerit lagi suh amik strecher. Then org rapidkl jerit kata ok. Aku rasa manyak no adegan jerit2 dalam train tu. Yg jerit2 tu yg takde kena mengena plak tu, kira tahap jiran2 tetangga je.. mamat yg tolong pinjamkan beg tu cool je sambil kipas2kan..sambil check nadi.. yg dok kipas2kan tu pun senyap je kipas dengan khusyuk.

Then tiba2 minah tu tersedar. Dia tanya "what hepen?"..ah sudah..derang pun explain kat dia kata dia pensan tadi..bla..bla..bla.. Then orang rapidkl suh dia bangun pelan2 masuk strecher. Bijak kan derang. Sib baik la dia ikut jugak walaupun dia muskil apahal tetiba aku yg nak pi keje ni kena dok dlm strecher?

Kemudian tren bergerak cam biasa ke stesen Taman jaya iaitu di emkop opis saya. Khai kata minah tadi maybe kena sawan kot. Kesian kat dia. Minta2 dia dah sihat dah sekarang. Aku lak rasa terguris pasal derang taknak angkat dia sebab berat tu. Dan aku imejin kalau aku yg pensan dan derang cakap camtu..sedihnya akuuu..

So moral of the story, jaga lah kesihatan dan jangan gumuk sangat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home