Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, October 08, 2009

Sang Pendeta di umah Abang Pat


Protege (Jundak) & Mentor (Abg Pat)


Peminat (Intan) dan Orang-kena-minat (Jundak)


Penjual (Jundak) dan pembeli (sempoii, syira dan syamil).



Pelukis cover buku (Roshfaizal) dan penulis buku (Jundak)

Ahad lepas pi open house umah Abang Pat (Ahmad Patria Abdullah) kat Levender Height, Senawang.

Before that singgah umah Ieta (adik) hantar puding karamel sebab dia buat open house tghari tu, then ke umah mak angah sebab dia rindu sangat kat Qistina. On the way, singgah amik kak Elaira kat umah dia di Bandar Tasik Selatan.

Rumah Abang Pat dah penuh ngan student dan x-student Kak Long (wife abg Pat, cikgu). Tambah lak ngan "Kerabat" Abg Pat dari Kelab Aurora: Kak Elaira, Sempoii & family, Jundak & awek, Panji, MonaSakti, Epong, Roshfaizal, Det & family, Liana dan DigiMon. Si Mona sanggup skip kursus sekolah dia sebab nak pi umah abg pat.

Sebagai seorang budak yg comel dan sempoii, si Qistina bergilir2 dijaga oleh student2 kak Long sepanjang kat sana. Yelah, tunggu la si Qis tu besar nanti..hahaha!

Jundak sempat melancarkan buku sulung genre fantasi dia:

Tajuk: "Kembara Lang Surya: Pendeta Gua Khayalan:
Penulis: Jundak @ Masdalifadzlie M. Saaid
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Bilangan Mukasurat: 241

Dia amik 60 buah buku dr PTS, dan sold out pada hari kejadian. A good start for him. Bravooo Odetakhun Jundak!! Dan ada seprais utk aku dan kak Elaira kat page 230, dan kitorang saaaangat terharu..... mekaceh Jundak :)

Aku borong 6 buku. Satu utk syira yg dia beli guna duit raya dia, satu utk aku dan 4 utk org yg order menerusi aku. Syira excited sebab Junda tulis nama dia time sign buku tu.

Untuk Odetakhun Jundak, All the best! Semoga sold out semua buku cetakan pertama dengan secepat mungkin. Dan semoga semakin kreatif bila berkarya. Tidak hilang semangat Morrok di dunia ...heheheh!

Citer pasal raya, aku tak balik Kelantan raya haritu. Insyaallah balik time raya haji nanti. Minggu ni still banyak lagi open house nak pi. Minta maaf pada mana2 yg aku tak dapat pegi.

Sabtu:
10am - 2pm - open house umah srox
12pm - 4pm - open house Johawaki Subang
3pm - appointment ngan dokter
malam - geng taekwondo beraya kat umah

Ahad:
12pm - 4pm - kenduri kawen adik Yuzi (adik ipar)
12pm - 4pm - Open house umah uncle Ramli (ayah akunyer adik @ pakcik aku @ abang pada makcik aku...hihihi)
4pm - 11pm - Open house jiran, kak Jimi

gambar baiknyer cilok dr:
http://inderawangsa.blogspot.com/

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home