Dugaan Ramadhan..
Banyak dugaan before raya tahun nih...
Ayah masuk sepital hari Rabu before raya sebab denggi, ada masalah injap jantung dan tekanan darah rendah, dan berjaya mengeluarkan diri dr sepital pd hari Jumaat, 2 hari before raya. Ekceli, Dokter suh dia stay lagi kat sepital sebab platlet darah dia naik sikit2 tapi dia nak sangat beraya kat umah. Dokter siap pesan makan sup ketam tetiap hari utk naikkan platlet darah. So seminggu raya, tetiap hari aku dengar mak membebel pasal sup ketam sebab ayah aku liat nak makan sup ketam tiap hari.
Sehari before raya, anak buah, Adriana Balqis yg ada problem salur jantung dan cleft lips tu selamat pulang ke Rahmatullah pada pukul 3.30pm. Umur dia 5 bulan, cucu bongsu mak ayah aku. Aku baru balik dr Mydin USJ petang tu ngan cik asben dan Qistina. Syamil dan Syira stay umah mak aku sebab sepupu dia sume lepak sana sbb kakak and adik aku tolong mak buat rendang. On the way balik, kakak aku (fifi) call nangis2, bagitau adik aku Abu Bakar (yg kawen tahun lps tu) meraung2 kat sepital, anak dia dah takde. Fifi suh aku terus ke sepital temankan Bakar and dia uruskan mak ayah aku yg tatau lagi berita tu.
Sampai sana, aku cuba sedaya upaya pujuk derang. Aku pun tak kuat sebenarnya sebab dok teringat kejadian sama 10 tahun lps masa aku kehilangan anak sulung aku, arwah Wan Mohd Syahmi Hakimi (7 bulan). Bezanya aku ada masa spend 7 bulan ngan anak aku sedangkan anak dia 24 hours kat sepital dr lahir lagi dan mmg rutin dia visit Balqis tetiap hari lps keje.
Then kakak aku, mak, adik beradik pompuan datang. Mak suruh aku balik sebab tak bagi Qistina dok lama2 kat Hospital takut berjangkit penyakit lain. Qistina pun sepanjang kat situ asyik hiba je sebab banyak nengok orang nangis. Aku terus balik temankan ayah aku yg sedih kat umah. Temankan dia borak sebab dia banyak termenung. Kakak aku cakap, masa dia bagitau berita tu kat ayah aku, dia tgh mengaji. Dia terdiam dan cakap pun satu persatu..pelan2..Dia kontrol sedih.
Memandangkan kesihatan ayah aku tak memberangsangkan, atas permintaan ayah aku, baby Balqis dikebumikan kat Hulu Langat, kampung mak dia (adik ipar) pada malam yg sama lps Isya'.
Adriana Balqis.. Pasti syurga itu tempatmu, nak. Mak Ngah semua sayang kat Balqis. Semoga bahagia di alam sana. AlFatehah..
Dgn kehilangan ni, pasti Syawal yg akan datang tidak sama dengan Syawal2 sebelumnya..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home