Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, June 12, 2009

Team building - Day 2

Day 2 - 23rd May 2009

6.30 alarm jam dah bunyik. Time nak turun tangga, Khai dah ada kat tangga ajak pi toilet sama2. Satu badan sakit2. Turun tangga pun amik masa terhegeh2. Tak bleh imagine camne nak panjat pokok karang.

Lps bekfes, naik lori pi Nomad Mountain school.

"Located in Nomad Mountain School, the Pinnacle Adventure High Ropes Course is a unique aerial circuit built that is unlike anything in the world. Participants conquer a series of high rope obstacles set amidst limestone pinnacles and lush forest trees.

The obstacles include a combination of rock climbing, bouldering, high ropes course and via feratta obstacles set in a multitude of configurations. The high ropes obstacles are designed to address specific personal development themes such as: team building, communication, problem solving skills, risk-taking strategies and stress reduction. With routes of various difficulties, the entire group will will be highly engaged in this exciting activity."

Seluruh program hari ini dipanggil "Samurai Quest". Semua "best achievement" sepanjang hari ni akan dianugerahkan "special belt" (macam belt taekwon-do) menandakan ketereran masing2. Ada bbrp games utk carik seorang "king" sebelum bermulanya high rope course. Finally, ST berjaya jadi King, dan sbg seorang king, dia dapat belt pertama, belt warna putih. Bravoo!

Pastu ada safety briefing. Pakai helmet, harnest & safety key. Kena try lalu jambatan gantung yg rendah dulu. Then guide bagi option nak buat yg tinggi (option 1) atau sederhana tinggi iaitu separuh tinggi dr option 1 (option 2)? Sapa yg pilih option 2 kena ikut guide lain, yg decide buat yg tinggi, stay kat situ. Aku plan nak buat yg rendah dulu pastu kalau berani baru nak buat yg tinggi, So aku ikut option 2. Khai jerit dari jauh, "kak! apa barrang ikut sana kak.. sini la best. tinggi!". Pergh! budak ni kalau tak menaikkan amaroh aku mmg tak sah. Yg lain2 dok usha aku ngan pandangan sarcastik sebab ada hati nak amik option 2. Hantu betul. Ok la.. macam biasa "ok la.. i study dulu, u go first..." ;p
Tapi makin lama gerombolan option 2 sudah ilang dr pandangan. Maknanya aku takde pilihan lain melainkan buat option 1 atau tak buat langsung.

Ada la dalam 10 org yg pilih option 1. Lagi 20 org buat option 2. Aku tatau berapa tinggi high rope course tu, tapi kalau AKU (purposely capslock utk menunjukkan betapa besarnya aku) kat atas tu nampak la sebesar batang mancis je dr bawah. Brian start dulu. Sepjg nunggu yg lain2 buat, Mr G (guide) sedang berusaha bersungguh2 utk TAK galakkan aku naik. Since aku ada tulis dalam participant form yg aku ni ada semput tegar, so derang tak galakkan aku naik. Mr G dok pusing2 kata "kalau tak konpiden, amik option 2 pun ok jugaa", "kalau badan cannot take it, jangan paksa..". That kind of story. Tapi aku yg tak reti bahasa jwb "err new challenge.. can la .. i think"..(yg "i think" tu aku cakap perlahan jek takut derang dgr)

Turn Suhaimi. Mula2 aku nak jadi second last tapi bila pikirkan, karang jem lak kat atas kalau aku tetiba stuck kat mana2. Sian lak kat dia takleh naik. So aku suh Suhaimi buat dulu. Bila dia dah sampai pokok pertama, aku naik.

Ada 5 journey kena lalu.

1) Tangga curam ke pokok pertama. Kaki mengeletar teruk sebab naik je satu anak tangga, kena bukak safety key, sangkut ke tali lain. Amik masa kat situ je. Dr satu tangga ke anak tangga, ada la dalam 2 kaki. Kaki dah terasa lenguh gila.

2) Dari pokok ke-2 ke pokok ke-3, kena lalu 2 kayu yg berselang seli ngan tali. Kiri kanan takde pemegang, cuma leh paut kat tali safety key je, macam gambar kat bawah ni. In between kena bergayut tarzan. Aku dengar Khai jerit dr bawah "1,2,3..lompat!!" Aku ikut je arahan dia. Tak leh pikir byk2. Bila teragak2 tu yg leh jatuh.



3) Lepas buat Tarzan tu, tali aku terbelit. Kena lonjakkan diri utk uraikan tali. Masa tu baru terasa "keberatan" badan aku...hehehe..Kat pokok ke-2, aku terkial2 buka safety key, nak sangkut ke tali lagi satu. Tali tu tinggi dr aku. Ada la dalam 5 minit aku terloncat sorang2 sampai inhaler dr poket suar aku jatuh. (Khai cakap masa inhaler aku jatuh, Mr G ngan Mr J kat bawah dah cuak, sapa nak angkut aku turun kalau aku semput kat atas?). Then aku sambung ke laluan jambatan gantung. (refer gambar bwh). Kat sini berbirat lengan sebab kena berpaut kuat kat tali.

Tgh2 jambatan, aku penat sangat2 (maybe sebab byk terloncat2 tadi) dan aku jerit "NAKKKK AIIIRRRR" sekuat2 hati. Guide kat pokok ke-3 jenuh pujuk aku suh terus bergerak dan rest jap dan terus gerak lagi. Aku ulang banyak kali aku nak air.. aku takde daya nak jalan lagi, sebab aku nak air!. Guide kata, dia takleh bagi aku air kat tgh2 nanti aku jatuh, dia suh aku pelan2 gerak, ada lagi 7 kayu nak kena lalu. Aku dah start nangis dah, sampai guide tu pun dah cuak bila nengok aku nangis. Nak tak nak aku jalan gak pelan2, sambil dimotivasikan oleh guide-pokok- 3 tu. Utk habiskan lagi 7 anak kayu tu, aku rasa aku amik masa lebih dr 5 minit. Kat anak kayu terakhir, dia terus tarik aku ke pokok-3. Org kat bawah bagi air guna tali. Aku minum habis satu botol kecik tu. Takde belen. hikks! Rehat jap. Aku dah macam takde perasaan dah time ni, sebab tadi aku penat gila dan aku rasa cam takde hope dah. Bila its over, aku rasa otak aku kosong jek.




4) Then, kena naik pelantar macam konveyor, gerak ke pokok-4, macam gambar kat bawah ni. Pegang tali atas kuat2. Time ni aku sempat buat loyar buruk. Aku jerit "Jaya Jusco 70% here i comeeee!". Boss aku kat bawah sure ngeleng kepala.. Yelah..apa saja la yg blh motivasikan aku selain shoping, makan ngan gold.. hikks! (selain family lah)



5) Lps tu kena buat flying fox. Mek letih u olss. Tak abis2 lagi. Sib baik ni last before semuanya over. Guide pasangkan tali kat harnest aku. Pastu aku duduk kat tepi pelantar. Dia expect aku lonjakkan diri terjun and fly, tapi aku pulak dok ingatkan dia yg patut tolak aku. Dia pun tanya aku ready ke tak sebab dia nak tolak aku. "1, 2, tigaaaaaa". laa tak gerak pun? masa kiraan ke-3 tu ada ke dia cuma jentik je bahu aku? Tolong la jgn compare kan aku ngan semut..huhuhu.. ko ingat aku sekali jentik leh jatuh? Pastu aku jerit la "tolakk laaaa!". Budak2 kat bawah sume ingat aku kerek. Siap suh tolak lagi tu. Sebenarnya aku nak sume berakhir ngan cepat..tak larat dah nih. Tapi budak tu tolak gak and sekali lagi aku terebanggg...yahuuuu..best best.. kali ni sambil terebang aku jerit "i believe i can flyyyy!". Dalam maksudnya tu. kalau i believe i selalu "high..yg tu mmg pun...hahahha..



Lps settle sume, ada satu lagi game, kalau tak settlekan game ni takleh lunch. Arrghhh! tensi gua.. Kena cari "King" yg ilang. Carik2 jumpa la king dalam gua. Dah jumpa king tu, kena angkat plak, so big boss aku (Nidth*a) pikul dia bawak pi tempat flying fox, kat situ kitorang kena naikkan dia ke pelantar flying fox guna tali. Dan dia kena buat flying fox sekali lagi. Masa tu semua orang bersyukur sebab yg "king" tu bukan aku. Kalau aku, mau patah riuk big boss aku. Khai cakap, "kalau akak yg jadi King , kitorang rela skip lunch dr angkat akak". Hampeh tul budak ni. Insuran juta-juta agaknya mulut dia nih.. :D

Then Jamie dapat award utk belt kuning, sebab dia buat high rope course option 1 dua kali, dan option 2 sekali. Respect kat dia. Yg seken time option 1 tu sebab bos suh dia naik sekali lagi, utk selamatkan aku...ahakss! tapi rtak sempat, before dia selamatkan aku, aku dah abis. Big boss dapat belt hijau sebab selamatkan "king". ;p

Note: Gambar high rope course ni, aku amik dr website Nomad Adventures. Sebab takde sapa yg bawak kemera time tu. But this is exactly what we did..

Lps lunch kat situ, naik lori pi Sungai Kampar plak. Buat water rafting. Masa safety briefing kita diajar cemana kalau kita hanyut, kalau raft tersangkut kat batu, atau cape size (tergolek).


Khusyuk dengar briefing, sebab takut hanyut ;p

Forward - kayuh hala kedepan
Back - kayuh hala kebelakang
Boom-boom - masukkan punggung dalam raft, dan pegang tali kat tepi raft
All Forward - semua kena berhimpit ke raft bhgn depan
All Back - semua kena berhimpit ke raft bhgn blkg
Jump-jump - lompat2 setempat
High 5 - satu kan all paddle kat udara dan hempas ke sisi air raft



Miss boom-boom's raft - depan: Ann Kee dan Nadine, tengah: Khai dan aku. Belakang : Mr J (guide) sedang amik gambar

Mr J yg sedang tarik raft aku tu. Dia kata, jiwa dia tertekan sebab banyak gelak sepanjang 3 jam water rafting...wahahahah! nasib la kan..


eh..eh..dia amik gambar kita laa..Mr J gelarkan aku ngan Khai "miss Boom-boom" sebab takde apa2 rapid kat depan pun, aku ngan khai dah ready buat boom-boom..Pastu tiap kali lalu jeram, aku jerit "Mr J, bila nak buat boom-boom ni? walhal semua dah buat boom-boom dah. Dia jawap "saya tak suruh pun, awak dah buat per"..ahakss! termalu jap.


Rehat 15 min, makan epal ngan minum mineral water jek. Time ni Suhaimi kena sakat teruk sebab paddle dia bengkok part tengah macam huruf "U". Cannot imagine apa dia dah buat kat paddle tu..hahaha! Sempat lak tu, dia kata bigg boss "bengkok". Actually dia nak cakap "tak la...bengkok". Tapi nada tak sesuai, so dia macam panggil big boss bengkok plak. Since then org panggil suhaimi "bengkok". ;p


Saaatuuuu..


Duaaa...

Tiiiiiigaaaa!!

Lps rehat, Mr G "tumpang" raft kitorang sebab raft dia bocor and takleh tampung ramai sgt. So makin teruk la kitorang sakat dia. Tuduh dia makan gaji buta la, biawak idup la..zalim gilos..Gambar atas tu kat salah satu rapid yg boleh tahan gak deras dan dalam. But we had a happiest moment along the journey. Best gila. Ada2 je benda nak buat lawak sepanjang 3 jam dalam raft. makcik2 yg tengah berkemban mandi kat tepi sungai pun kena sakat, brader2 tgh mandi kena sakat ngan khai (bukan saya ye cik din), pastu part abang pakai baju merah jambu dok atas motor jambatan tgh tunggu khai pun kena kacau. Saja nak ilangkan boring.

Tiapkali lalu bawah jambatan je, Mr G tu ugut nak hantar aku balik, suh naik mana2 lori balik KL. sebab dia tak larat nak gelak. hahaha..jahat tul.

Last port, sampai la kat camp pada pukul 6pm. Laa..sungai tepi camp tu tmpt water rafting rupanya. Pastu, time award, Brian (boss) dapat blue belt sebab banyak kali jatuh dalam air but still survive!. Dan unsangkarable aku dapat belt merah sebab memeriahkan suasana sepanjang journey.. yieehha!..owhh mek terharu.... Mek nak buat ucapan gremi award tapi sebab masa pun dah suntuk mek pun pendamkan la dalam hati je..hikks!



Ingatkan dah abis, ada lagi. Ala2 tresure hunt kena carik satu benda berdasarkan hint2 kat belt2 yg kitorang dpt tadi. Kitorang cuma dibekalkan kompas jek. Yg baju putih-biru tu Brian, boss aku a.k.a. ketua treasure hunt ni. Dalam 15 minit baru jumpa benda tu dalam rumpun pokok buluh. Cermin yg tertulis, you have completed the Samurai Quest and all of you become Samurai"..hohoho! takyah bertapa pun leh jadi samurai...setaraf Tom Cruise dah ni..(tingat la ada orang tu nangis ngk citer Last Samurai..ahakss!)



malam: mrasa la big boss massage blakang aku.. ;p

kena buat graf utk menterjemahkan feeling kitorang mula dr kitorang sampai sampai la ke acara water rafting. Kalau hepi, graf naik, kalau tak hepi graf turun. Group aku simple je, cuma guna 2 tali, group lain pakai berelung2 tali..huhuhu. Gambar: aku bagi direction ala2 GPS, Ann Kee buat graf. Nadine ngan Khai tukang gelak. Eh...lupa plak nak riak, raft aku dapat award "the noisiest raft" dan dapat lagi vocher JJ. yayyyy!


Masa time presentation, most of the group buat detail citer dr mula. Dan all sound lebih kurang sama. Since group aku paling simple, kitorang cuma citer part2 ygkitorang rasa interesting je.. yg detail2 tu semua group lain dah buat (ekceli kitorang tak ready sgt sebenarnya..hohoho). Tapi not bad la, bila time present, semua org asik gelak je kan. Last2 big boss cakap ada 2 team yg buat citer menarik. Team aku ngan team ST. Team lain lebih kurang sama. And utk dptkan pemenang, both team kena buat satu jinggle yg menarik on the spot. Fuh...on the spot idea masuk kepala, and aku ajar derang jinggle tu. Siap ada back up singer lagi ;p. And guess what? we are the WINNER!! and dapat lagi vocher jaya Jusco..hehehe!
Ni jinggle kitorang, created within 1 minute ;p. yg dlm bracket tu back up singer..

we are miss boom-boom (we are miss boom-boom)
we are good in water rafting (ting...ting...ting)
forward 3x (forward 3x) - masa ni kena buat gaya paddle ke dpn ngan gaya gediks
back 3x (back 3x) - masa ni kena buat gaya paddle ke belakang ngan gaya gediks
we never scare one
we had Mr J and Mr G at back and front!!

(ni je yg kitorang present, ada sambungan yg lum sempat release lagi ni. Ni sambungan dia)

jump-jump-jump
boom-boom-boom
High fiveeee!! (hala tangan ke atas, pastu satukan tangan) ;p

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home