Selamat hari ibu..
To all Mothers..
A mothers' day message to all d pretty mothers.
A mom is a rose whose petals are soft,
A mom is a lily whose stem is tall and strong,
A mom is a person who is never wrong,
A mom is a person you should love forever..
Trust her, believe her and never doubt her..
Mula2 berita penting...hehehe.. Ekceli sakit ati aku bila nengok ulangan konsert AF7 kat cenel 15 tadi. Kat kanan tu, ada la sorang chatter tu wish "selamat hari ibu kepada semua2 ibu di dunia, termasuk ibu jari, ibu roti, ibu pejabat, ibu negeri dan sewaktu dengannya"
hampeh tul.. kok ye pun nak buat lawak pun, jgn la buat time hari ibu. Tak baik tau. Kecik ati aku..huhuhu..
Hari ni, pagi2 lagi baby Qis dah com aku wish Selamat hari ibu. Walhal abah dia la yg dok sorong dia kat pipi aku. Dia tersengih2 bukan tau apa. Pastu Syira & syamil lak wish. Bestnya. Pastu staff admin (Nanthini) kat opis lak sms wish. So tawon ni 4 wish je la yg aku terima. Ada sorang tu every year without fail akan wish aku cuma kali ni dia dalam mode "perintah berkurung".. aku paham..whatever la u..
Pi umah mak tengahari. Wish hepi "mothers day" & peluk com mak. Mak tgh siap2 nak pi sepital ngk Baby Balkish. Owh aku lupa nak citer, baby Balkish ni anak buah terbaru aku, cucu makdaddy yg ke-14, anak adik lelaki (Abu Bakar) aku yg kawen last year tu. Dia ada masalah cleft lips and salur jantung tak berapa normal. Salur jantung yg bawa oksigen masuk, besar sikit dan menyebabkan dia bernapas laju.
Sejak dia lahir 7th May dulu, baru 2 hari dia dok kat umah mak aku, selebihnya tempat dia ialah kat ICU (1 minggu pertama), Tropicana Medical Centre, kota Damansara dan wad pediatrik (GH KL). Sampai sekarang adik & adik ipar aku, ulang alik jenguk baby. Aku visit dia last week. Baby dah besar, putih dan sangat comel. Umur nak dekat sebulan. Patutnya dah boleh buat operation mulut, tapi disebabkan jantung dia tak berapa ok, so maybe lambat sikit operate. Kitorang dpt ngk dari luar tingkap je. Ada satu lorong khas, utk lihat pesakit dr luar. Hanya parent je yg leh masuk. And satu2 nya yg buat hati aku terusik, bila aku ngk ketabahan adik & adik ipar aku dalam menempuh dugaan ni. Derang tak tunjukkan muka sedih, tapi dalam hati Allah je yg tahu.
Aku cuma pinjamkan semangat kat derang, dengan cuba tak menangis bila berada di depan baby. Balik je dr sepital mesti aku nangis tak hengat.
Hari ni, merupakan "Mothers day" yg pertama utk adik ipar aku, Yuzi. Selamat hari ibu, Yuzi. Semoga tabah dengan dugaan yg Allah beri. Kita sama2 berusaha yang terbaik dan berdoa agar Baby Balkish cepat sembuh dan dapat main dengan kakak Qistina dan sepupu2 yg lain. We love u sooo much.. Tabah ye dik..
Untuk emak..Asiah Mansor. Emak adalah insan yg senantiasa berada di sisi iena sepanjang iena berada dalam susah, senang, pahit, payau. Walaupun mak garang dan suka cubit2 (dan sebab mak la , orang jadi garang ..hihihi), tapi iena tau hati mak sangatla baik dan sentiasa buat yg terbaeeekkkk utk anak2 mak. Appreciate of what u have done to us. Sayang mak banyak2. Semoga emak, panjang umur, murah rezeki, cun selalu, sentiasa sihat dan diberkati usia. Aminn..Muahhhh!
Untuk arwah ibu mertua..Alfatehah. semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yg beriman. Amin.
To all mothers in d world! Hepi mothers day! u been loved forever!
p/s: Syira adiahkan aku frame yg tulis "Selamat Hari Ibu" yg guna sticker huruf2 tu. Dia buat sendiri. Syamil lak kata dia nak beli bunga hari isnin utk mama. Dia siap tanya aku camna nak eja "sayang". hahaha! aku rasa dia nak tulis kat kad nanti kot. Cik asben lak janji nak bayar jam guess aku sebagai hadiah. Tapi nak bayar 4 kali..uwaaaaaaaa! Btw, appreciate it very much. Muahhh!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home