Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Saturday, March 07, 2009

Like mother like son..

Bahan kes: Pen Ben10 glitter (12 pcs)


Syamil darjah satu tahun ni. Tiap hari aku bagi dia RM1 utk sekolah kebangsaan, and RM1 lagi utk sekolah agama petangnya. Masa aku berpantang bulan january dan February aritu, dapatlah aku spot cek apa yg dia beli masa kat sekolah kebangsaan.

Findingnya, tiap2 hari, without fail, dia akan bawak balik 4 pemadam baru (Ben-10 atau Transformer) yg dia beli kat kedai buku. Satu pemadam 0.20 sen, tu bermakna dia tak beli apa-apa makanan time rehat. Ayah aku marah btol ngan perangai budak sorang ni. "Stok pemadam tu dah boleh sampai ke universiti dah, lepas ni kalau atok nampak syamil beli pemadam lagi siap la.." ayah aku bertempik satu hari tu. Ketar urat kentut aku.

Besoknya dengan dada yg berdug dag dug dag.. aku tunggu syamil balik sekolah. Ayah aku yg hantar dan jemput dia dr sekolah. Masuk je rumah, dengan gumbiranya dia kata:-

Syamil: "Maaaa..syamil tak beli pemadam puuunn"
Aku: "Bagusssssnyer dia.. musti atuk tak marah syamil lagi. Bistu syamil beli apa masa rehat? kalsiyam? vitagen? nasik lemak?..."
Syamil: "Tak..Syamil beli niiiiii.."

Sambil menunjukkan pen ben-10 warna hijau yang glitter tu. Owh tohann.. rega benda tu 0.90 sen.. Dan hari tu dia kena marah lagi ngan ayah aku.

Besok dia beli lagi warna oren plak. Kena marah lagi. Aku tak sampai hati dah.. aku belikan pen yg sama, satu set of 12 batang pen kaler glitter Ben-10 kat kedai Hot value. 12 batang baru RM7.90. Kedai buku tu leh jual 0.90 satu. Aku cakap kat Syamil, ni mama dah belikan semua kaler, jangan beli2 lagi kat sekolah.. Lega aku sebab besoknya dia dah start citer pasal makanan yg dia beli, maknanya no eraser..no more pen ben-10..

Ayah aku cakap, Syamil tu bukannya nak sangat eraser ngan pen tu, cuma dia suka sangat bila membeli. Macam terapi gitu. Napsu membeli tu membuak2 dan dia musti beli satu benda utk hepikan hati dia.

Mak aku nyampuk.. "isk..isk.. ikut perangai sapa la agaknya tu.."
cik asben: "sapa lagi..."

Serentak dgn itu cik asben menjeling sambil tersengih sengih kepada aku, macam la aku saspek utama. Semua mata tertumpu pd aku. Eh..eh.. saya tak bersalah..saya tiada kena mengena dalam ini cerita... tolooongggggg....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home