Start keje..
Isnin 16th Feb 2009
Hari ni dah start keje. Byk sungguh benda nak kena catch up. Ada 350 email kena baca.. ada byk data nak kena clean... rasa blur.. aku cuma go through survey schedule 2009 yg China request dan ngk apakebenda yg derang nak dalam setiap survey. Yg lainnya, just tanya2 kabar orang2 kat China dan nganyam ketupat ngan partner2 in crime dlm opis..huhuhu.
Aku ada boss besar (boss 1) baru rupanya. Seorang Indian guy yg happy go lucky. Before aku maternity leave haritu, kitorang dpt sorang boss kecik (boss 2) baru gak, dia report to boss 1, mixed chinese and indian dan muka dia macam malay. Dia seorang yg cool dan kitorang mmg suka melihat ke"cool"an dia dan psikologi skill dia mmg kelezzz. Boss aku dulu dah jadi boss 3 yg report to boss 1. So boss 1 dan 2 sama level. Hehehe..pening korang..
Byk "perubahan" yg boss 1 dah buat walaupun dia baru join January lps. yg paling "ketara" lampu opis ditukar kpd lampu putih "terang". Dah macam sepital plak bila masuk opis. setiap bijik wrinkle dan jerawat kat muka leh nampak jelas di bawah sinaran lembayung putih itu. Baru sehari keje aku dah rasa nak muntah. Pening.
Pastu dia buat satu contest. Sungguh membina. Contest terbuka kpd semua team. Team yg boleh deliver survey dalam masa 3 minggu (for each survey) selama 6 bulan berturut2, akan dapat RM5,000. Satu team lebih kurang 5 org so tiap team member akan dpt RM1,000. Berbaloi ke? Nampak cam best tapi meh sini aku citer work nature kitorang.
*tarik napas panjang2.. betulkan mic*
Biasanya satu survey amik masa lps kurang sebulan lebih (about 6-7 weeks) utk settle dr A sampai Z melainkan ada isu2 berbangkit macam data lambat masuk, kena redo analysis etc.. Dia suh kitorang pikirkan cara eficient utk buat dlm masa 3 weeks. Aku kalau bab duit mmg terbeliak bijik mata la.. so aku dgn aktifnya bagi few cadangan and cadangan ditolak! chezzz! salah satunya aku ckp "stayback". Dia takmo, inefficent katanya. Semua keje kena buat dlm opis hour and dia tak benarkan keje over weekend. Aku kata "data submission jgn lambat", dia kata "that one kita educate them later" katanya. Haiyaaa..takat educate je, apa barrang..dr dulu lagi camtu tapi blakang musti delay juga. Pastu ada sorang budak tu cakap setiap survey tak sama, dr segi workload, number of organization yg participate. Dia kata "nevermind, can be done one". Dan bila aku pikir2 realitinya.. aku givap. Teori tak sama ngan realiti. Salah satu sebab, system utk load data tu tak blh digunakan oleh ramai user dlm satu masa, thats why kitorang salu stayback atau keje over weekend time org tak ramai. Process tu tak susah tapi tidious. Renyah. Time consuming. Dan benda2 mcm server down kat UK la..data lambat la.. beyond our control. Dia tak study sume tu.
No wonder la time meeting, masa dia war2 kan lagi pasal 5K tu aku sorang je eksited. Rupanya yg lain2 tu dah diskas sesama derang dr dulu lagi. Semua buat muka toya sebab dah tau tak bleh buat.
Fun! dia nak semua org keje ngan fun. Err.. nak fun macamana?. Dah lumrah alam sejak azali analyst kat situ sume ala2 nerd (except aku ngan partner in crime) yg ngadap pc ngan sopan dr mula keje sampai la kul 5.30pm. Dah ler opis senyap macam kubur. Bila dia pass by meja analyst2, sempat plak dia komplen "haiyaa..smile la yew..don't be too serious" .Loorr.. cemana la member tu nak senyum kalau dia tgh clean beratus2 data..huhuhu..
Satu je aku suka. Dia galakkan bukak muzik kuat2 time keje. Huh! tapi tak semua org leh keje camtu. Macam aku mmg 24 jam earphone kat telinga time keje. No hal sebab tu salah satu cara nak ilangkan ngantuk (selain makan dan chatting). Hangguk2 kapla sorang2 mmg tak sempat ngantukla. So kalau ada cd/mp3 hangguk2 yg baru leh la sent kat aku.. *wink kat srox*. Aku menghitung minit nak balik je nih..
Pasal baby nanti aku apdet lain kali..sabar ye wakame..;p
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home