Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, April 08, 2009

Hagemaru: Kisah penjaga donat yg jahat..

Sabtu lepas Cik asben pi Tournament taekwon-do kat Summit, jadi judge for 2 days. Bosan gila. Bersama the 3 kids, semua ceruk kedai kat Summit aku pi lawat. Last2 beli buku citer Taufiqrahman yg trilogi tu. Makrifat Cinta, Syahadah Cinta ngan apa-lagi-cinta ntah. Buku ni ala2 Ayat2 Cinta dr penulis Indonesia. ok fine, nafsu shoping aku masih dapat dibedung. Beli buku takpe, kata cik asben.

Pastu plan nak join makincik swimming..oppss.. bukan la.. join makincik yg bawak anak dia swimming kat pusat Akuatik shah alam pada hari Ahad. Tetiba petang sabtu ada panggilan Hojainan (meeting) dari Kak Mas, Kak Mas cakap Abg Pat nak bincang pasal pelancaran buku Lagenda Numerius Version 2009 bulan nih. Cam urgent gitu. So tak jadi join makincik dan cik asben terpaksa la antar sampai ke umah kelab a.k.a panji kat Bangi. Cik asben kena hantar sebab aku bawak all the kids sekali.

On d way ke Bangi singgah beli donat kat hiway sg besi. Maklum la tu je ketereran aku, "masak" donat. Aku plan nak beli donat kecik ngan besar. Donat kecik derang masukkan dalam kotak macam happy meal gitu. Aku bukak kotak tu and kira. Sebagai super duper analyst selama 12 tawon, sekali pandang je aku dah tau ada 16 bijik donat kecik dalam tu, 8 kat layer atas, 8 kat layer bawah. Tapi bila nengok tanda harga dia tulis 20 biji - RM10.10.. Hmmm?

Aku bukak satu lagi kotak. sama..16 bijik. Aku tanya dengan sopan santunnya pada awek cashier "dik..yg mana satu yg ada 20 bijik?". Awek cashier tu tarik muka 14, "semua tu la kak.." dan terus bz (atau buat2 bz) buat keje dia.

Aku : "Tapi dalam ni ada 16 bijik je"
Cashier-tarik muka-14: "Akak tengok betul2 laa, semua 20 bijik"
Aku : "Akak dah nengok 18 kali ni dik, semua sama je ada 16 bijik" (sabar sempoii, ko tu spesis gaban, kena byk bersabar)
Cashier-tarik muka-14: "Akak kalau tak caya akak pi kat hujung tu pi kuarkan satu2 dalam pinggan.. Zul!! (bukan nama sebenar) ko pi kira donat ngan akak ni kat hujung, letak satu2 kat pinggan, kasik dia tengok"

Wah..wah..wah.. kuwang hajar gila minah ni. Macam aku kebulur sangat ngan 4 bijik donat kecik tu, tapi sebagai kastemer aku ada hak utk membetulkan yg tak betul. Budak "Zul" (bukan nama sebenar) tu pi la kat hujung and kuarkan satu2 kat pinggan depan aku. Pastu dia cakap.

"Zul" (bukan nama sebenar): "ha'ah la ada 16 bijik je"
pastu aku ingatkan Cashier-tarik muka-14 tu nak mintak maaf, namun meleset sama sekali. tanpa mintak maaf dia jawap,
Cashier-tarik muka-14: "Alaa amik je la kotak lain kuarkan 4 bijik masukan dalam kotak tu"

Huh! berdesing tinger aku dengor. Since dia tak reti jaga hati kastemer, aku pun tak akan jaga hati dia. aku jawap dengan sore kuat kasik semua orang dengar:

Aku: "Dah berapa kastemer kena tipu ngan korang selama nih? 16 bijik ngan 20 bijik tak reti nak kira ke"
Tu dia, boiling point aku suda meletup. Dia senyap je tapi muka still masam.

Pastu aku order donat besar dr sorang lagi staff situ. Staff lelaki sebab aku dah tokse nak deal ngan minah kuwang hajar tadi. Tapi yg peliknya muka mamat tu pun masam gak. Apa korang ni dah terlebih makan ragi ke apa sampai takleh senyum? Aku beli 7 donat, dapat free 2. Donat terakhir aku tukar dr strobery ke bavarian. Dia boleh mengeluh kuat depan aku. Macamla berat gila donat tu utk dia angkat balik dan tukar dan masuk balik dalam kotak.

Huiyooo.. cara derang bekerja macam derang dah tak dapat gaji 3 bulan. Semua muka protes. Ko kalau dah tanak keje, ko boleh berambus dan bagi org yg desperate nak keje kat luar tu. Ada paham ka adik2 masam? Aku beli tu pun sebab aku dah takde choice, kalau byk lagi spesis2 donat kat sepanjang jalan tu, nak aja aku blah lepas dia key in harga dalam cash machine biaq padan muka dia.

Korang imagine dah berapa ramai yg kena tipu selama ni. Let say orang tu beli pastu start makan dalam keta, then baru dia pasan donat tu tak cukup 20 bijik, takkan la derang nak lalu balik tol, buat u-turn pastu masuk balik toll pastu pi balik kat kedai tadi and komplen. Tol je dah lebih dari rega 4 bijik donat kecik tu.

Mulai hari ni aku takkan bawak dangking donat pi hojainan. Aku nak bawak Big apple donut je. Kalau tak sempat beli, aku nak paksa kak mas masak mihun.. hikss!