Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, September 11, 2009

Ramadhon apdet


Ngan makincik. I lep yew tooo..huhu


Mustahil makincik tinggi banyak dr aku..ni sure sabotaj nih..

Mustahil aku tertutup mata time bergambor..sabotaj gak nih...huhuhu

Minggu depan cukup la sebulan aku tak apdet blog..huhuhu..
Aku rasa melampau la kalau aku still nak ucapkan Selamat berpuasa pada korang kan. Lagi seminggu nak raya, baru nak wish. Tapi tak terlambat kalau aku kata Selamat membuat persiapan raya? ada ok?

Tahun ni raya macam aman dan damai. Opis aku so far dah cut 5 orang. 3 orang resign tanpa replacement dan 2 orang lagi (termasuk makcik A) resign atas sebab redundancy (di suruh berenti kalau bahasa melayunya). Tu semua sebab nak cut cost. So tahun ni jgn harap la ada bonus noks! Mek redho u olss..

Dari segi keje, tahun ni tak setensen tahun lps. Thn lps aku pernah sahur kat opis, balik kul 2 pagi ngan cik asben and kids temankan aku kat opis sebab nak nyiapkan China database. Tahun ni, aku dah warning sesiap kat team member aku yg buat China database, siapkan keje secepat mungkin dan aku taknak ngk team member aku tersadai kat opis sampai subuh sapie atau keje over weekend sebab nak siapkan keje. Apa punya team leader la aku ni kan? nasib la, bukan naik gaji pun huhuhu..

Most of the time, aku buka kat umah je. Kalau cik asben buka ngan kengkawan, aku buka kat umah mak je la. Selain drp tu, so far, aku cuma berkesempatan berbuka ngan waiem, cikgu dan sedara mara in-law aku je. Balik umah ngam2 kul 4.30pm, tumpang khai balik (wohooo dah tak merempit, dia dah drive keta). So kul 5.15 dah ada kat umah mak, lepak main2 ngan Qistina. Macam best je life sekarang sebab dpt spend byk masa ngan budak2 kecik tu.

Besok ada majlis berbuka pose kat umah anak yatim Darul Izzah, Bangi. Kalau korang nak menderma, masih boleh lagi. Sila ke blog http://joebangla.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut. Setahu aku, jumlah derma yg diterima amat memberangsangkan. Pada yg menderma melalui aku, tengkiu manyak2. Semoga kehidupan kalian diberkatiNya sentiasa dan hanya Allah yg dapat membalas usaha baik kalian tersebut.

Aku plan nak pi join gotong royong kat sana pada paginya, pastu berbuka kat sana bersama anak-anak yatim. Then kena bergegas ke majlis buka pose Geng Artakus kat Puri Pujangga, UKM Bangi lak. Ada desas desus kata aku nak ngelak terawikh kat umah anak yatim tu, cess... tak baik tuduh aku yg inesen sebegitu tau..huhu.. Dalam majlis Artakus tu nanti Jundak akan mereleasekan buku sulung nya yg bertajuk "Kronika Lang Surya: Pendita Gua Khalayan". So sebagai moral sapot tak berbelah bahagi pada panglima Morrok yg satu itu, kena la datang kan. Long life Morrok!

I dont want to miss a thing..
I dont want to feel asleep... wahahahha..apa kait..

Semalam baby Adriana Balqis (anak buah) selamat menjalani pembedahan Jantung kat IJN. Dokter kata semua selamat. Alhamdulillah. Cuma kena monitor perkembangan dia dalam 2-3 hari ni. Kalau semua ok, baby leh balik ke HUKL dan bole ke next stage, preparation utk operation mulut (cleft lips) yg tak tau bila leh buat. Semoga semua berjalan lancar.

Qistina dah 9 bulan. Tahun ni first time Qistina beraya, so manyak la baju raya dia compare ngan akak dia & abang dia & mak dia & bapak dia...hehehe. Dia dah boleh merangkak dengan kelajuan cahaya. Hahaha maknanya laju benor la tu. Kitorang mmg tak leh tido kat katil dah, tido kat tilam atas lantai je. Tiap kali aku bangun malam, sure dia tengah tido merata2. Kat ujung tilam la, bawah kusi la, bawah meja la..adoi..takkan nak pakai seat belt time tido kan. Dia juga dah pandai buat lawak (yg ni ikut spesis ayah dia) dan sangat rapat ngan atuk & uwan dia. Nanti aku apload gambar terbaru dia ngan rambut_tak_berapa_macam_pompuan.
Till then, salam Ramadhan utk semua. Jangan main mercun, kalau nak main, main la meriam kabaid tu..lagi ngam bunyik dia..huhuhu..Love u olss.. bye!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home