Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, June 01, 2005

Misteri Nusantara 1 - Badut

Aku pernah kasik komen kat blog Orange (Orange, nengok! aku dah promote blog ko :P) yg aku takut clown. Masa tu dia tulis entry cerita seram (tajuk Lembaga), yg end upnya buat aku rasa cam nak cucuh² je karan TNB 1000 watt kat jari² dia yg taip entry tu.

Hmm camner nak mula ek. Ni aku citer ni, korang caya ker tanak caya ker its up to you la. Masa tu tahun 1998, baru 4 bulan kawen dan tengah pregnant 4 bulan (bunting pelamin gitu). Time tu aku still dok ngan parent coz lum dapat carik umah sewa lagi. Asben aku time tu still keje kat Sony Bangi, keje shift. Seminggu siang, seminggu petang/malam (sob! sob! sob!). Kalau shift malam tu, kekadang balik kul 2 pagi, kekadang kul 6 pagi. Bilik aku kat tingkat bawah, ada satu lagi bilik kat sebelah dapur. 3 bilik lain kat tingkat atas.

So malam tu cam bese aku tido dalam kul 10 gitu. Tak larat nak sengkang mata nunggu asben aku balik kul 2-3 pagi. Karang dia balik tau la dia nak kejut kan aku , kalau dia nak borak² ker.. kalau dia nak borak² ker..ATAU kalau dia nak borak² ker..(*wink*). Time tengah best² tido, tetiba aku tersedar coz dengar bunyi orang buka pintu bilik. Aku sure pasti 100% punya, tu musti asben aku la tu. Dalam hati aku, yahuuuuuu asben aku dah balik. Time tu aku tido mengadap dinding, membelakangkan pintu, so ngan malas (plus ngengada) aku pusingkan badan nak tegur asben aku. Koraaaaang..apa yg aku nampak tak sama ngan apa yg aku expect weh. WEIHHH! APA YG KO NAMPAK? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Nangis dulu kasik release takut…Aku nampak…betul² kat depan muka aku ada “seorang” badut (real punya badut, bukan saiful apek arr) sedang membongkokkan badan, pandang aku dan jarak muka dia ngan muka aku ada dalam lebih kurang 3 inci kot. Hidung dia yg bulat merah tu lagi sikit nak tersentuh hidung aku yg “mancung” ni. Aku terkedu, rasa luluh jantung, semangat pun dah melayang ntah ke mana² (ntah² dah sampai ke kulai, Johor*) Memang tak terpikir langsung la nak baca ayat Kursi ker..ayat Quran ker. Aku blank. Aku terus pusingkan badan balik, tarik selimut sampai tutup kepala, pejam mata rapat² (tapi “air mata takut” kuar gak pelan²) then tawakal supaya “benda” tu blah dari situ. Dalam takut² tak henggat dunia tu, pelan² aku baca ayat kursi, air mata toksah cakap la, makin kuat aku pejam makin laju lak air mata kuar. Dalam nangis² gitu lelama aku terlelap jugak. Lelap dalam ketakutan tahap dewataraya.

Berapa lama aku tertido, aku pun tatau. And for the seken time aku terdengar pintu bilik terkuak, aku dah phobia gila dah. Rasa cam nak meraung jer. Aku tak berani nak tengok, sapa yg masuk. Level menggigil aku dah cecah tahap parah la kot sampai asben aku leh perasan. Dia pelik nengok aku menggigil² dalam selimut, tutup sampai kepala lak tu. Apa kejadahnya tido pesen gitu. Dia tegur aku dulu “Na, napa ni?”, Aku dengar jer sore dia, otomatikeli aku pusing badan terus peluk dia dan meraung. Dia terpinga² tatau ujung pangkal. Aku nak explain pun tak guna. Setakat nak cakap sekerat² pastu tunggang langgang, baik tak yah citer. Pastu dia coolkan aku and suruh tido.

Besok mak aku tanya aku, dia dengar kecoh² malam tadi tapi dia malas nak turun. Aku citer kat dia pasal malam tadi. Mak aku terdiam. Pastu dia cakap, “ko ada tengok citer seram² ker time ngandung?”. Aku jawap “mana der, masa peknen mana ada orang nengok citer seram, citer ngeri ker, kang efek budak”. Aku ingat tu, pasal ayah aku cukup marah kalu adik beradik aku yg pregnant nengok cerita seram, ngeri, ada creature pelik² atau yg sewaktu dengannya. Nengok Mr Bean pun dia tak kasik. Pastu mak aku jawap, masa pregnant memang “makhluk lain” suka ganggu orang lemah semangat,kekadang kita leh ternampak² memacam bebenda seram ker pelik ker. Nak menyakat ker apa, tatau la. Kalu kuat semangat, kira ok la. Aku ketegeri tak kuat semangat la tu. Tak tahan la ngan benda camtu la. Pleaseeeee laaa..

Pastu kakak aku plak bukak citer, dia kata dulu lps kawen pun dia tinggal kat bilik tu dia salu dengar benda² pelik kat luar tingkap bilik. Bunyi cam “benda” makan tulang. Weih! it was not kucing ok. Tak caya tanya dia. Pastu mak aku cakap “jin kan makan tulang”. Haiyooh! mek rasa cam nak pensan dengar u olss. Pastu dia kata kalu dia sesorang kat bilik tu dia rasa seram sepesen jek. Tapi memang pun, kalu skang pun kan, kalu aku tido sesorang kat bilik tu, pagi ker..petang ker..sure aku mimpi seram jek. Kalu tak seram, mimpi ngeri. Mimpi orang kejar nak bunuh aku ker, orang hiris mata aku ngan pisau ker, jatuh dalam gaung ker. Kalu tido kat umah tadek plak. Mak aku saspek bilik tu "keras". Keras inverted coma tuuu..

Ada sorang member aku plak kasik komen cam ahli fizik. Hmm..macam masuk dek akal..dan macam tak masuk dek akal…hehehe! dia kata benda² gitu memang wujud pada frekuensi tertentu. Situasi normal kita tak sama ngan frekuensi benda² ni TAPI bila tiba keadaan kita berada pada frekuensi yang sama ngan derang, kita leh nampak benda gitu. Keadaan² yang membolehkan kita bleh dapat frekuensi yang sama ialah bila kita demam, sakit, pregnant (yg ni tak sure), tgh berpantang bersalin dan sewaktu dengannya. Lepas dia komen panjang lebar, dan aku pun cam nak rak mendengar, baru lah kawan aku tu sebut “…aku agak ler” . Rupanya teori ni lom ada sapa yg sahkan pun. Semua idea dia. Hahaha hampeh!

Start dari hari tu, aku tokleh nengok clown. Kalau gi Mc Donalds, aku buat² tak nampak jer mascot dia tu. Kekadang kalu ada besday party anak member aku, kalau dia kata “majlis mula kul 3 pm, datang cepat yer ada clown”, Hoh! Jangan harap ler aku nak datang on time..sure aku buat² sesat barat (buat² jer, bukan real sesat barat cam kak iffa pun..ahaks!!), sampai sana kul 5 ptg nak kasik chance clown tu balik dulu. Last year, masa opis annual dinner, mangkuk mana ntah pi invite clown, buat game for kids. Sepanjang clown tu dok atas pentas (20 minit ada la kot), aku ngan sorang collegue lagi (Maya, dia pun phobia ngan clown), lepak kat luar dewan, konon² nak menghirup udara luar. Kesian anak² aku main game aku tak nengok. Kalu gi karoke kat bangsar lak, ada ker patot (cam waheeda iklan pantene cakap) bila skrin tu idle, tetiba kuar gambar clown. Sib baik member aku paham, agak² menda tu nak kuar, cepat² derang pilih lagu lain. Asalkan skrin tu tak idle.

Tapi kekadang tu terserempak gak la kat shopping² kompleks tu, tokleh nak lari mana dah. Time tu pulak la budak² ngengada nak belon yg clown tu buat. Haiyooo! Time tu rasa cam nak meraung jek. Mata pun start la berkaca² dah ready nak nangis.
Hmm..ntah bila la aku leh stop phobia ngan clown ni. Rasa menyesal plak tak tumbuk jer clown yg kaco aku malam tu. Kalu betul dia tu clown sure dia menjerit, kalu bayangan aku jek sure dia tetiba ilang. Tapi kalu dia bebetul ilang, takper la, kalu dia bertukar rupa jadi muka yg lagik seram, lagi huduhh, tak mati kejang aku? So takperlah, biorlah aku pendam takut sorang² dari aku mati kejang..kan? kan? kan?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home