Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, September 02, 2005

Konsert Reunion AF3

Hari Khamis ngan Jumaat aku cuti. Konon-konon nak balik Kelantan tapi sebab bang din tetiba kena kerja hari Khamis, semua plan hancus. Aku dok sorang² kat umah sebab budak² kat umah mak. Mak aku mmg dah pesan kalu cuti jgn dok umah dia nanti anak aku extra ngengada.

On tv, mmg blurr tatau nak buat apa nih. Buka la cenel 15 kot² ada ulangan konsert. Tgk chat kat sebelah tu. Hmmm dah 2 tahun aku tak chat kat situ, last chat masa wish besday cL 2 tahun lps, itupun lps setengah jam baru kuar tv. Pastu kat tepi chat tu tertulis “dapatkan 2 tiket Konsert Reunion dengan hanya menjawap soklan yang bakal diberikan. Taip Chat Jomchat dan jawapan dan sent ke 32999”. Hoh? Bila konsert reunion ek? Mcm best ni, trus aku capai hp trus taip Chat Jomchat. Pastu si Pesal (buaya ijau, staff cenel 15) pun kasik klue, soklan akan kuar dlm masa 3 saat dr sekarang. Hoh..tetiba berdebar. Soklannya “Apakah tajuk lagu Mawi berduet ngan Siti di Danga Bay haritu?” Cecepat aku taip Seroja dan sent. Yahuuu! no. 1 kuar kat tv. Maka si Pesal tu pun mengenounce aku yg dapat tiket. Ada la sorang chatter (aabr77) tu frust abis sebab tak dapat. Relex la..byk soklan lagi.

Tghari Bang Din balik, makan luar. Lps makan tgk hp ada miss call dr astro..Alaa ni musti org cenel 15 tepon suh amik tiket ni. Dah la aku tak kenal sesapa kat situ. Gamble jer aku call balik, derang cakap nak ckp ngan sapa, aku jawap “Pesal” (blasah jer..hahah). At last dapat pun..dia suh amik besok. Mamat tu gelak sebab aku cakap nama dia Pesal. Abis nak sebuut apa? Buaya ijau?

Besok pagi, gi amik tiket kat astro. Macam biasa sure nak show off kat srox kan, so aku sms dia kata aku nak gi astro amik tiket. Nak bagi dia jeles, last2 dia cakap, “okay nanti singgah opis aku, kita minum² teh, ala 10 min jer”. Lerrr..ajak minum plak. Aisey dia tak jeles la. Salu dia jeles hahaha! Aku bagitau bang din dia cakap ok, tapi amik tiket dulu. Gi astro amik tiket dr Pesal (Buaya ijo, sebab letak gambar buaya ijo pegang bendera). Nama dia Faisal rupanya…budak lagi..hehehe.

Lps amik tiket, trus gi opis srox yg memang dekat ngan Astro, lepak ngan srox kat kantin lebih kurang 40 minit. Bang Din banyak borak pasal website dia. Mintak macam² tapi duit liat nak bayor..hohoho! Time kasih srox sebab blanja banyak kuih haritu. Yerr kuih tu namanya “kole kacang” ..ingat tu. Pastu Syamil tayang²kan tiket depan dia, baru lah dia jeles..hahaha!

Konsert Reunion malam tu happening btol. Aku dapat seat bahagian “South”. Punya la pusing satu stadium ngan Ann baru jumpa South entrance. Free seating. Bahagian Arena untuk penonton yg berdiri. Generally, persembahan derang best² belaka. Mebbe lps abis AF, derang nyanyi tanpa tekanan, dah takde sapa yg nak kena usung beg kuar, so dapat lah bagi yg terbaik utk penonton.

Mawi tak yah citer arr..memang best aja. Sempat jugak buat lintas langsung hp ngan sorang member yg tak dapat pegi, suh dia dengar live Lagu mimpi laila dan Aduh Saleha thru phone.

Alaaa Makcik A panggil plak..jap eh..karang sambungg!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home