Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Saturday, August 13, 2005

Plan yang tak jadi..Tak plan yang jadi..

Malasnya nak gi opis time hari sabtu. Tapi terpaksa gak sebab kena siapkan 1 special analysis dan buat amendment China HCR report, submit hari senin. Syamil dan Syahira ikut bang din gi training Taekwon-Do kat PNB. Sebelum ni selalu gak aku bawak budak² ni gi opis tapi sejak Syahira ter”off” suis pc masa aku tgh rush buat report dulu, aku dah jarang bawak derang. Mana tak meroyan, tengah² khusyuk wat keje dia pi off suis bawah meja pastu buat muka tak bersalah. Adeehh..

Kat opis sib baik ada Fahmy, dia tengah rush buat special analysis for Malaysia. Kena “redo” analysis rasanya. Aku pasang cd Metallica Reload kuat² kasik ilang bosan. Sesekali budak tu terjerit² nyanyi, mebbe tahap ketepuan otak dia dah sampai tahap maksima ler kot. Poor little Fahmy. :p. Sesambil buat keje, sempat lagi chat kat tagbod Joe Perantau borak² ngan Kongsinama, Joe, Anne, Princess dan ety.

Sorang member sms, kata derang tak jadi datang umah aku petang ni. Aku terdiam. Memang aku lom buat apa² preparation sebab aku kena gi opis, tapi aku dah pesan kat bang din jangan ada apa² aktiviti Taekwon-do atau keje petang ni sebab ada orang nak datang sebab last time masa derang datang umah, bang din ngan bebudak takde, gi training Taekwon-Do, so kali ni aku ingat biarlah derang ada kat umah sama. Aku nak inform bang din yg derang tak dpt datang pun tak leh sebab dia training kat tingkat 40 PNB nu, memang line tepon hampeh. SMS pun tak lepas. Kalu nak call dia pun dalam kul 12.30pm lps dia abis class. Hmm..frust juga bila apa yg kita plan tak jadi. Give up!

Tengahari lepas bang din abis klas, dia datang lepak opis aku ngan bebudak sekali. Tahan je la telinga kena perli lepas aku bagitau “derang tak jadi datang petang ni”. Class Taekwon-Do means everything to him. Dia sure mati kutu tatau nak buat per petang tu sebab hari sabtu, bese schedule dia pack ngan aktiviti Taekwon-Do. Hari Ahad, masa ntuk family. So, untuk menyejukkan hati dia, aku createkan satu blog utk dia sebab dia memang dah banyak kali suruh aku buat tapi aku malas. Lepas ajar dia lebih kurang, aku sambung buat keje aku.

Pastu tetiba dpt sms dr “adik stabak” (bukan perkataan sebenar).

Adik Stabak : “ Akak kat ner?
Aku : “kat opis wat keje. Napa? Awak katner?
Adik Stabak : “saya kat umah la. Kak, jom lepak stabak..hehehe!”
Aku : (trus tanya bang din, bang din jawap okeh) “Okeh, tapi akak bawak asben ngan budak² sekali tau”
Adik Stabak : “ok, no hal, saya pi lepas semayang”
Aku : “Okeh”

Uik… tetiba tak tersengaja tertambah satu lagi plan petang ni. Memang senang ngan adik sorang ni, sms² trus lepak kat stabak. sms² trus gi lunch… sms² trus do whatever …Kitorang memang tak pernah plan pun kalau nak buat apa². sms jer trus on. Aku rasa mmg cara gitu seswai ngan aku kot. Kalu plan lelama memang tak pernah jadi.. Kan Vad? kann…apa citer Nuang ngan Bagan Lalang brader?

Masa lepak kat Stabak bang din tak banyak borak sebab asik belek paper nengok iklan keje kosong jer..ahakss! Yang “adik stabak” tu, macam bese suka bercakap. Dengar jer ler.. heheheh! Lepas tu balik umah, semua tertido sampai kul 8.30 malam..perghhh!

Moral of the story: Tak yah plan² dah..kalu plan sure tak jadi, tak plan sure jadi..

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

You could easily be making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat downloads[/URL], Don’t feel silly if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses not-so-popular or misunderstood ways to build an income online.

5:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

top [url=http://www.xgambling.org/]001[/url] brake the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino[/url] manumitted no store perk at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino perk
[/url].

5:15 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home