Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Saturday, June 25, 2005

Konsert ke-4 AF3 - Tournament Tae-Kwon Do Terengganu

Image hosted by Photobucket.com

Syahira with abah (instructor) & syamil (supporter)

Image hosted by Photobucket.com

Syahira merenung tajam kat pihak lawan (taktik nak ilangkan takut)

Image hosted by Photobucket.com

Lawan tetap lawan! abah kat tepi gelanggang tgh gigit jari (sambil cakap dalam hati, ni kalu kalah malu ler akuuuu...huhuhu!)

Image hosted by Photobucket.com

Yahuuuuuuu! menang!!!

Image hosted by Photobucket.com
Dapat GOLD ajer...jgn mare..

Image hosted by Photobucket.com

Syahira's first medal in Taekwon-Do

Uwaaarghhh! tensionnya tak dapat nengok konsert malam ni. Bertolak dari Terengganu kul 6pm. Lebih kurang 5 jam baru sampai Kota Bharu, Kelantan. Umah KB takde astro lak tu. Takkan nak menyebok umah sepupu abg din memalam kan. So, sepanjang konsert tu, Lan ngan elya la yg jadi reporter tak rasmi aku, dari awal konsert sampai la abis. Kesian derang kena layan sms aku. hehehe! Thanks frens. Berdebar² nunggu report pasal Mawi. Malam tu Lan kata ada kejutan akhir konsert, aku saspek ada double elimination malam ni. Rupanya announcement pasal next konsert buat kat Putrajaya. wat saspen jer. Time Felix, komen dari pengkritik lawak gila. At last, reporter mereportkan yg Mawi nyer show ..wallaaa..best banget. Mawi nyanyi lagu Nour-el-ain. Ada silat and menari. Tak sabar nak nengok ulangan besok, itupun kalu aku jumpa astro kat KB la. Lepas dpt report pasal mawi barulah senang sikit ati nak tido. Masa tu dah nak kat sampai KB dah..lagi sejam rasanya. Kira lambat jugak la sampai coz bang din rajin singgah stesen minyak beli kopi nak ilangkan ngantuk. Opss lupa nak cakap, malam tu, Idayu yg terkuar. Sama kes macam Rosma, Sahri dan Zarina dulu la. Tak yah bising² la cakap yg tu berbakat kuar, yg tak berbakat kat dalam tu, kalu peminat tak ngundi nak salahkan sapa kan. Ni dah Af3, takkan tak belajar lagi dr AF1 & AF2.

Besoknya, plan nak balik pagi² pastu ingat nak singgah umah Kak Doh kat Gua Musang, umah dia ada astro. Kalau sempat nak nengok ulangan konsert kat situ. So pepagi lagi dah packing barang. Rasanya baru jer sampai, dah nak balik ..hehehe! nak wat camner, besok kitorang keje. Kang balik petang kul baper lak nak sampai. (read: …nak nengok AF…nak nengok AF). Takper, walaupun balik kejap, aku nengok “where” (ayah mertua aku) happy betul. Kesian dia, lps mek meninggal bulan January lps, “where” suka buat hal sendiri. Aku ajak dia dok umah aku, dia taknak coz takde kedai kopi katanya. Tapi Insyallah, pasni we all akan balik la 2 bulan sekali ker..kesian kat dia.

Bertolak balik KL dah tengahari. Sampai kat Gua Musang umah kak Doh dah kul 4.15. Sampai² trus bukak channel 15. Uwaaaaaaaaa!!! Konsert dah abis, tgh Imbasan ropenya. Aznil tgh interview Idayu. Salah timing lagi. Takper ahh nanti hari rabu ngk ulangan kat cenel 15. Sempat lagi ka Doh sediakan lunch..lunch pukul 5 ptg..hehehe! Before balik kak Doh bekalkan buah salak 2 plastik besar..mak aii, bila nak abis nih.

On the way balik, makan jajan, nyanyi kuat² dan tidooooooooo…(dok ulang benda yg sama sampai KL). Time kat Sg. Buloh kakak aku sms ajak join dinner family sempena dia baru viva PHD. Tahniah..dapat gak title dokter lepas 5 tahun tunggang terbalik buat thesis (aku la yg tukang print thesis dia 7-8 copy kat opis). Kul 9.40 sampai kat restoren derang dah nak dekat abis makan. Syamil nampak ayah aku terus jerit “Atuuukkk weeeeerlll” malunya aku satu restoren pandang. Mana taknya, orang yg dia jerit “werrll” tu elok jer ngan jubah dan serban. Huhuhu!

Balik makan kul 11. Penat + kenyang = ular sawa

Minggu ni banyak program AF aku tak dapat ngk. Hari rabu balik dari opis dah tgh malam coz siapkan keje, tak sempat ngk diari. Khamis ngan Jumaat dah kat Terengganu puuun tak dpt ngk diari. Konsert pun tak dpt ngk. Konsert ulangan puuun tak sempat ngk. Isk isk isk! Apalah Af dah buat kat aku nih..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home