Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Sunday, June 19, 2005

Konsert ke-3 AF3 - Sabtu yg biziiiiiii..

PAGI

Pagi² subuh lagi asben aku dah hantar aku dan bebudak ke umah mak. Dia ada perhimpunan Wajadiri Kebangsaan kat KL, jadi wakil GTF Taekwondo. Malas la nak ikut, tengah padang, panas. Dok umah tido lagi best. Sambung tido sampai kul 9.40 pagi. Bangun jer terus purak² marah kat adik aku coz konon² tak kejutkan aku kul 7 pagi. Yg bebenornya, nak kaverina dari kena marah ngan mak aku. Kalu kejut time tu pun aku tak kan bangun punya. (*jelir lidah kat adik aku*)

Siap² nak gi opis, adik lelaki aku hantar gi opis lepas kasik duit upah (dia ni berkira sikit, no money, no talk). Kat opis siapkan keje yg boss bagi, detline dia kasik by end of the week. Sib baik boss tarak, kalu dia ada, keje aku takkan siap, tambah keje lagi ado.

PETANG


Lepas keje settle, trus amik cab gi bangsar. Gi afkaro ngan Spiral & family, Wai em, Kak Aidid dan Vad. Lama dah tak afkaro, last melalak pun, kalau tak salah aku bulan February lepas, time Spiral baru balik dr Australia. Last year, kitorang pernah afkaro sampai 9 jam (kul 12-9 mlm), besoknya aku mc 2 hari coz semput..serik dah. Kali ni kitorang cuma nyanyi lagu² AF yang Mawi dan Felix pernah nyanyi kat konsert macam lagu kekasih awal dan akhir, tiada lagi kidungmu (nyanyi 2x), intifada (nyanyi 2x), dari kekasih untuk kekasih, berjuta batu, gadis melayu (byk kali) dan ada la nyelit lagu² peberet memasing. Part Mawi gagap tu pun (bagai digiring angin….2x) kitorang gagapkan jugak, saja nak kasik feel. Tee hee hee! Pastu time spiral nyanyi lagu kekasih awal dan akhir, baru jer dia sebut “malammmmm…. “, spontan aku ngan wai em jerit²-tepuk²-tangan-kuat² cam sorak ntuk mawi la. Spiral terkedu dan terkebil² 10 seken, pastu dia sambung balik nyanyi..Hahahaha! tengok! Spiral yang kena sorak ngan 2 “peminat” pun dah terkedu lupa lirik, inikan pulak si mawi yang ada beribu peminat. Mana tak gabra..lupa lirik..lupa melodi..lupa diri..Pastu spiral kata “camni la agaknya perasaan mawi time orang sorak ek?” see..experiment berjaya..hahaha!

Seperti biasa, aku tak pernah miss nyanyi lagu peberet aku “saling merindu” (Leon). Time aku nyanyi lagu ni, vad keluar, tatau la napa dia cukup anti ngan lagu ni, sure ada kenangan pahit ngan Leon time dia muda² dulu..ahakss! Spiral & Ida nyanyi lagu wajib derang “senja dan merah”, sedap sehh. Sore Spiral kekadang cam Jamal, m.nasir, awie, amy search. Kira macam² ado lah. Sore ida plak cam Indonesian singer. Lemak bersahri, disukai ramai.

Lepas tu aku, wai em dan kak aidid gi Gathering Mawifc kat Intekma UiTM Shah Alam. Aku tak plan sebenarnya, tetiba jer terpergi. Hehehe! Juandanza orang kuat majlis gath ni. Respek sama Juan! Pastu sesorang kena kenalkan diri dan bagitau apa harapan kat Mawi. Harapan aku kat Mawi supaya dia kurangkan sikit imej mat rempit ngan mat simpang dia tu. Tak World la nengok dia camtu. Lepas amik gambar reramai, wai em hantarkan aku ke Plaza Massalam coz nak tunggu Tipah kat situ. Mula² tipah kata kul 6.15 dia sampai, tetiba kul 6.15 dia kata ada hal plak, lagi 30 minit dia sampai. Memang nak kena blasah dak Tipah ni. Orang dah penat tercongok kat situ dekat sejam dah weeiih. Akhirnya cik Tipah sampai jua ngan keta comelnya kul 6.50. Pecut keta trus balik umah aku.


MALAM

Sampai kat Stadium dah kul 8.05 mlm, amik tiket dari wai em. Errk..pesal aku dapat seat EA plak ni, bukan AA cam member lain? Sms Wai em tanya napa seat lain², Wai em reply dia pun tatau, kena tanya Kak Aidid. Seat EA tu memang paling ujung dunia, sebelah tu dinding. Memang tak nampak Aznil langsung, pastu nampak sipi² je bahu orang nyanyi. Most of the time aku kena nengok skrin besor kat sebelah kanan aku. Hilang mood nak nengok. Nak sorak pun malas. Aku layan nengok skrin besor sampai time Mawi nyanyi, baru aku nengok pentas coz nak jugak ngk Mawi secara live. Sekali sekala pandang skrin, ternampak la jugak Wai em ngan Ijip (bakal pengantin) enteprem kat dalam tv ngan sepanduk jawi..Worldddd! Abis Mawi nyanyi, aku sambung nengok skrin besor balik. Malam tu malam tak bertuah bagi Fuad, gerimis di lautan dia dah jadi gerimis di dewan. Dia orang kedua kena sorong beg Samsonite kuar dari AF3. Fuad sempat pesan “jadilah pengundi yg baik” (aku tambah, jgn malas baca buku…yer Tipah) Lepas konsert, si Tipah nak sambung nengok Imbasan plak. Tipah ni cam tak reti² nak balik pulak, korang caya tak besok dia ada exam kul 9 pagi?. Karang blurr time pikse jgn salahkan orang plak. Terpaksa layan juga Imbasan sampai kul 12 lebih coz nak wat camna kan, orang yang beria nak nengok tu lah yang drive hantar aku balik karang..huhuhu!. Balik umah tak henggat kul baper, tapi memang dah mamai gila dah. Asben aku still layan cenel 15, ulangan konsert ke-2 kalau tak salah aku. Dia memang leh nengok konsert ulangan jer coz time konsert dia main futsal ngan kekawan. Time diari af lak (malam) dia ngajor Taekwon-do. Asben aku ni minat Ekin, sanggup tukar nama jadi Edin tu..uwaaarghh! parah!

Malam ni perasaan bercampur aduk, geram pasal seat tapi happy sebab Mawi nya showmanship ok, tak sama cam masa konsert ke-2 dulu. Lepas konsert ke-2 dulu perut rasa kecut gila mikirkan besok apa la si mawi nak kena ngan pengetua. Kes salah lirik dan melodi. Tak pernah² aku rasa tak senang duduk pasal orang lain..F.A.N.A.T.I.K ker aku? Owh tidak..Cuma terlebih caring jer.. hahahaha!

Besoknya aku sms kak aidid tanya tentang seat, dia kata masa booking ok, tapi time amik tiket orang kaunter tu terkasik salah tiket, pastu bila dia komplen diaorang ngaku tersilap tapi dah tokleh tukar dah..apa punya kaunter daa! Beginikah perkhidmatan yg cekap? (sabar Pak Haji, pak haji kena bayar sebelum 31 hb, Pak Haji tidak akan didenda lagi) Btw, thanks kak Aidid coz bookkan tiket. Next time saya book 2 minggu awal.. :)

Bravoo to Mawi! Bravo to Mawifc!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home