Tugeder² b4 raya..oso the power of blogging!
Dek sebab tersilap taip sms, si alangz nyaris² tak muncul petang tu. Mana taknya, Tuan-alang sms sila datang utk makan² pada 30th October 2006. Wahh..ni ajak buka pose Ramadhan ker atau pose enam? huhuhu..Rupanya masa dia sms tu, dia tgh kalut bertekak ngan bos dia pasal miting 30hb..oo al-kisahnya.
Masa tgh carik² restoren "Cozy Corner", terjumpa plak ngan "Cozy restoren". Errr yg ni ker? macam restoren cina jek..huhuhu. Call penganjur..ooopps silap..silap.."Cozy Corner" rupanya. Singgah kedai jap beli hadiah baby pihak penganjur yg baru lahir dan cookies utk jemaah yg hadir.
Jumpa tuan-alang dalam kul 6.15 pm gitu. Macam biasa mamat ni kalau jumpa live, dia maaaanyak pemalu punya worang. Cakap bila orang tanya jek. Yg selebihnya aku yg bercakap..huhuhu..Tapi dalam blog, korang jgn bercakap, biar kasik dia sorang je yg bercakap. Masa tu lah dia try tanya dimanakah koordinat lokasi alangz, sekali alangz jawap "bkn 30hb ker?..aku skang ada kat umah la" dusshhhh~! Kalau ikutkan tuan-alang, dia sume ok jer "takper la...kita jumpa lain kali la gitu.."..sabor jer la, boley dia jawab gitu. tapi aku tak puas hati sebab alang² si tuan-alang ngan alangz (wahh manyaknyer alang) ada misi..yaa misi utk merapatkan siloturrahim sesama keturunan, aku terpaksa jadi hitler kat alangz "alangz, aku terpaksa menggunakan kuasa veto aku utk ko datang jugak skarang dengan apa cara sekali pun"..bunyik cam zalimkan? hahaha! maka zassss! dlm 15 minit pastu alangz pun sampai ngan tercungap². Kesian alangz..sori ek, tapi aku kesian jugak kat tuan-alang yg beria angkut semua maklumat keturunan Pak Kaduk dia tu sebab nak tunjukkan kat ko.
Korang sure fening pasal cite keturunan Pak Kaduk tu ek? Gini..dulu alangz pernah tulis kat blog dia pasal keturunan nenek moyang dia - keturunan Pak Kaduk. Secara kebetulan plak, si Tuan-alang (yg kebetulan jugak keturunan Pak Kaduk, tatau la generasi keberapa) pi baca entry tu thru link blog aku. Yg bestnya, tuan-alang ada simpan semua cerita ngan "family tree" keturunan dia. Saspek sungguh.
Lagi baper minit nak buka baru cikgu feizan sampai ngan kawan dia, Fara. Hohoho..tak yah la pelik cemana cikgu leh terselit dlm ini cerita yach. Ekceli mmg dari awal lagi nak blanja dia buka pose tapi dia bz memanjang (fully book gitu). Ni last call, kalau dia bz gak, kira blanja buka pose tawon depan je la. Ngan fara ni aku takleh cakap lelebih, byk sgt kaverina. Terlebih cakap je, sure kena sound ngan cikgu. Cikgu buat² kuar pastu dia call aku pesan memacam..jgn mention pasal tu, jgn mention pasal ni, jgn tercerita pasal yg tu, jgn terlepas cakap pasal yg nih..mak aii kes kaverina la nih. Terbantut keperamahan aku (you know me rite.. ;p). Sudahnya aku byk sengih jer depan budak ni. Adeh..
Buka time! yahoooo! makan lauk hidang. Ada ikan siakap 3 rasa (rasa sedap, best dan kenyang ;p), asparagus planet zargus belacan, sizzling beancurd, sayur campur dan tomyam campur. Nyum! nyum! aku terpaksarela makan ala kadar jer sebab cikgu salu jeling² pinggan aku. Boleh tahan gak ramai orang kat sini. Lps buka pun ada lagi yg beratur panjang kat luar. Gilos..
Lps makan, si alangz sibuk go thru info Pak Kaduk dan finally berjaya menerace kedudukan dia dlm salasiah tok nenek tersebut. Aku tumpang terharu. Tak sangka dalam 2 team blogger berbeza (alangz dr Joe Perantau taggers, tuan-alang dr blogger), aku leh jumpa gak yg dok dalam "family tree Pak Kaduk" yg sama. Mek terharu u olss..mek terharu (somebody plis hug me ;p). Tu lah org kata "the power of blogging!". Asben aku buat lawak pak pandir, dia kata ntah² dia dr keturunan Johnny Depp. Arghh plissss... ;p
Before balik, bagi kad raya ngan cookies kat derang² yg hadir. Yg saprais nya, cikgu hadiahkan set brooch dr Korea sempena total penurunan 12.2 kg (sila refer nota kaki bangku 1) dan juga sempena brooch² (sila refer nota kaki bangku 2) aku ilang kat changing room gym semalam. caitt! jahat sungguh pencurik ittew!
Btw, thanks Tuan-alang for the belanja buka pose, kalau buat acara tahunan pun ok jugak eh..tempat ko dun veri, ko tanya jer aku, pastu ko kuar duit ;p
Lps acara makan², pi beraya umah Jay kat Kuala Selangor ngan Memen & Ven. Jay ni student Taekwon-do asben aku. Mak dia tetiap deeparaya sure masak ketupat, rendang, lontong sebab jiran² dia ramai malay. Tu yg best tu sebab lom raya tapi dah cam raya. Nyum! nyum! lagi..kalori..kalori lagi ;p
Selamat Hari Raya n Selamat Pose enam u olss :)
Nota kaki bangku 1: dah seminggu aku demam and semput sebab jerebu. Tiap kali makan, sure muntah balik. 4 hari takleh pose (lom termasuk takleh pose sebab gitu² tu) sebab kena menten makan ubat ngan amik inhaler/nebuliser. Tup² turun lagi 2.4kg dalam masa seminggu. yg ni mmg turun drastik tapi cikgu kata takpe nanti recover balik time raya..hehehe.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home