Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, February 20, 2007

Kong-si-kong-si-kong-si-niii...yayy!

Baru balik dari Cherating ngan jiran² “Amazing thirteen B” Tmn Bukit Subang. 21 family join, nanti aku citer pasal kat sana. Best-best-best.


So petang isnin, baru sampai umah. Penatnya (walaupun tak drive ;p). Tayar depan bahagian drebar pecah kat MRR2. Bukan takat pecah, tapi rabak seh. Tetengah panas cik asben tukar tayar, aku jadi polis trafik jek la tak kasik org langgar keta aku. Pastu keta overheat plak. Adehh…terpaksa la singgah stesen minyak, lepak situ lama sket pastu terpaksalah makan-makan-makan lagi...heh! Sampai² jek umah, cik asben trus lepak kat Bistro, adehh tak cukup² lagi ke dok beramas mesra ngan jejiran kat Cherating eh. Tak koseer mek..

Malam tu pi Subang Parade makan Yee Sang ngan cik Fai kat Sushi King. Aku mmg looking forwed nak makan benda ni tetiap tawon dan looking forwed nak lepak ngan cik fai yg sentiasa bz-bz-bz tu. Lebih kurang cam cik asben looking forwed nak makan prosperity burger la tiapkali raya cina and looking forwed lepak kat Bistro tetiap malam lps abis keje ;p. Last year beria nunggu opis nyer chinese new year dinner, tetiba tak leh pi sebab cik asben eksiden motor time tu.

Sampai Subang Parade dah lewat seploh minit. Call cik fai, pastu adehhhhhhh…. rasa cam nak pitam. Aku rasa cam dah clear cakap tadi..kat Subang Parade..di ulang Subang Parade, dia pi nunggu kat Sunway Piramid. bley? Arrrghhhh cikk faiiiiiiiiii…ggrrrrr.. Tapi apapun cik fai tak penah salahkan.. ni musti henpon dia yg patut dipersalahkan, tak clear gitu huhuhu…bias tak hengat.

Zasss! tak sampai seploh minit cik fai pun sampai ngan baju dan kasut merah kongsikongsikongsini yay! Kata² aluan laser "cik iena dah gumuk la” dan “cik iena dah hitam la” sungguh la menyentap perasaan…haaa sudah....."gemuk sgt ke?” “itam sangat ker?” terpaksa diulang banyak kali sebab mana la tau kot² tiapkali tanya makin kurang lak level kegumukan dan kehitamannnya ;p. Hmmm.. nak kena pi gym selalu balik la nampak gaya nya nih, abih la akuuu.. Alaa yg sunburn ni besok2 ilang la..

Ingat nak amik yee sang kecit je sebab makan duorang. Tapi cik fai cakap “order yang besar la sebab cik iena nak makan yee sang puas²kan?”. Hah! amik ko. Yee Sang besar dulang makan duorang, mencungap² nak abiskan. Tapi takpe, setahun sekali..err dua kali errr tiga kali laaa.. Before tu ada la budak opis beli yee sang yg kat giant tu tapi tak best, banyak kopok.

Masa tgh letak honey kat yee sang tu, budak waiter tu tanya, “nak amik gambar yee sang dulu ker?” Macam tau² jek org tu suka bergambor pastu masuk dalam frenster dia ;p. Hahahahaha! Fai jawap “we’re not that freak, kitorang nak makan jek” hahahaha..gilak! Pastu kena toast tinggi²..sempat lagi budak waiter tu menyelit cakap “buatlaa wish..” iskkk..sibuk tul la budak nih. Dok dendiam kat tepi dapur boleh tak… Tapi toast jugak la..wish jugak la..wish apa ek? wish fai dpt byk bonus..wish fai sihat²..wish fai hepi² selalu dan wish fai menten comey-comey-comey sentiasa.
Ada satu benda je yg buat aku potong sikit malam tu. Ada ka derang susun tanglung banyak² depan sushi king tu. Dah la aku phobia ngan benda bulat gitu. Bila nengok terus seram-sejuk-rasa-cam-nak- pitam-rasa-cam-nak-nangis-and-rasa-cam-nak-pensan pun ada. Jgn la tanya napa. Dah mmg sejak azali dah camtu nak wat cemana.

Lepak lebih kurang sejam jek sebab tempat tu nak tutup n cik Fai nak pi sepital jaga kawan. Lenkali la kita lepak lelama sket eh..Masa nak bayor, akak cashier tu kuarkan kad staff dia. Dia bagi harga staff. Wahh…cayalah kak. Mekasih akak cashier nanti belanja lagik ek..huhuhu..



sementara nunggu gambor baju merah nak aplod, fai kata amik la gambar dia memana letak kat sini.. ok tak gambar ni fai? ;p

Learnt something about you yesterday…Fai seorang sahabat yang sangat baik..Sayaaaang Fai..Muahhhhs!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home