Pengawas yang rajin..
Ini bukan pengawas yg sebenar..hikss..
Semalam bawak budak² pi suming pool KLCC. Mmg salu pi sini sebab budak² tu paling lama pun mandi 45 minit pastu sambung main kat taman permainan. So tak berbaloi la kalu nak pi Desa waterpark ke..wetworld ke kan? *selamat duit aku..huhuhu*
Bila budak² mandi, aku ngan cik asben dok bercanda kat tepi tangga perati orang. Aku peratikan guard kat situ macam pengawas. Sikit² bunyik wisel. Sungguh rajin mereka itu.
“dik..tak boleh lalu sini pakai kasut. Bukak kasut”
“bang..tak boleh makan kat sini, kalau nak makan, pi nuun kat atas bukit tu”
“dik.. kat sini tak leh baring². Boleh duduk² je”
“kak..kat sini tak leh bentang tikar ke kertas ke, kalau nak bentang² kat atas bukit nuu”
“dik..takleh bawak mainan masuk suming pool”
Kekadang nak tergelak kitorang ngk respon orang² yg kena tegur. Ada yg tunjuk muka blurr..ada yg tak ikut kata. Aku sorok² minum air 100 plus dalam botol pakai straw pun dia boleh kejar dari jauh, pastu sound “kak..tak boleh minum kat sini, kalau nak minum kat atas bukit nu”. Aku sengih je. Kantoi la plak.
Tetiba cik asben mengeluarkan satu bunyik yg nyaring dan haluss.. “tuuuuuuuut”. Dia melepas sedas daa. Aku buat muka bengang sambil cuit bahu dia sambil berkata
“abang yg pakai baju putih nike ni, disini tak dibenarkan kentut yer. Kalau nak kentut jugak, boleh pi kat bukit nuuuuuuu”
Wahahahhahahah!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home