Salam Aidil Fitri u olsss..
Aidil Fitri datang lagi,
kecik dan besar eksited nak berayer..
Salam Aidil Fitri dr Sempoii dan famili
Salah dan silap 0-0 la yer..
Baju raya kaler biru,
Baju kurung cekak musang,
Tahun ni tak beraya di Kota Bharu,
2 tahun la terkulat² di Bukit Subang..
Juadah raya semuanya sedap,
Kuih kering pun nampak menggoda,
Kalau ada sms tak berjawap
Jgn kici ati, kredit limit suda max daa..
Alhamdulillah Ramadhan berlalu, Syawal menjelma. Adakah ada Ramadhan untuk kita tahun hadapan. Doakan.. Actually, awal² hari tu dah eksited nak balik Kota Bharu. Walaupun mak/ayah mertua dah takde, adik beradik cik asben dah pakat nak kumpul ngan umah abang dia kat Kg Chicha, Kelantan. Preparation semua dah buat. Keta antar servis seminggu awal, borong kuih raya, beli baju raya, renew road tax. Kalau tak plan balik kelantan, cik asben mmg liat nak renew, kekadang sampai 4 bulan tak renew..huhuhu..
Tapi last minit, kansel. Dokter tak gallakkan aku supaya tak berjalan jauh utk bulan² ke-7, ke-8 dan ke-9 nih. Walaupun aku rasa Alhamdulillah so far sihat, tapi kita tatau kekuatan diri kita masa peknen. Macam² bleh jadi. Nauzubillah. Fuh! aku pun mula la muhasabah diri. Kena slowkan aktiviti aku pasnih. No ronggeng² .. Kalau setakat lepak stabak emkop boleh la kot asalkan org belanja..hihihi...
Laa aku nak citer pasal raya benarnya.. kalau nak tau citer raya, pi la blog cik asben. Kemain detail dia citer. Ni kali ke-2 beraya kat subang. Tahun lps mmg raya sini sebab turn subang, tapi tahun ni patut raya kelantan. Aku mmg nunggu je nak raya kelantan sebab raya kat subang tak berapa meriah walaupun mak ayah aku ada kat sini. Part paling best bila dapat salam mak ayah pagi raya. Tapi pastu aku mati kutu nak raya mana sebab mak ayah aku akan beraya kat Seremban umah uwan aku. Aku plan nak pi sana sabtu ni ngan kakak, adik dan adik lelaki aku yg baru kawen aritu. Adik beradik yg dah kawen tahun ni turn balik umah mertua. So selalunya kitorang pakat pi umah uwan sesama..
Tadi dinner, beraya kat Mekdi Kota Damansara sebab budak² dah bising tak pi raya memana. Masa dinner, cik asben bagi cadangan pi umah uwan besok sebab sabtu nanti mebbe ramai jiran dah balik so takut ada plan lain ngan derang. Belasahla.. aku tau dia dah boring sgt ler tu..
Pasni aku rasa cik asben dah serik raya sini. Kg Subang pun dah tak macam kg dulu². La ni dah penuh ngan bangla dan indon. Warga² tua pun dah kurang. Malay yg ada pun ramai bkn asal kg subang. So next year, utk ngelakkan sakit jiwa, next year and onwards Insyaallah aku akan beraya kat Kelantan...hihihi.. disamping beraya boleh jugak menyoping kat pengkalan kubur...woopsss.. heheheh...
OK u olss..Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Mohon maaf Zohir dan batin
Ikhlas dr
sempoii
cik asben
wan nur syahira
wan syamil hakimi.
wan syamil hakimi.
Bukit Subang
1 Syawal 1429H.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home