Cuti 3 hari..Mixed feeling
Aku cuti 3 hari sejak Senin haritu. Saja abiskan cuti.
Senin
Pagi2 dah hantar Qis ke umah baby sitter. Plan nak bawak Syira and Syamil pi jalan2 kat KLCC or Midveli. Tetiba derang taknak sebab nak main ngan kazen2 dia kat umah mak. Kalau naik bas RM1 je tapi sebab malas nak tunggu lg sejam, aku amik cab. Mula2 dia pakai meter. Tetiba tengah jalan, meter yg RM6.40 tu bertukar jadi ratus2. Aku tanya drebar teksi, dia kata meter tu dah short ler tu. Aku rasa dia nak kencing aku. Aku trus sms cik asben, nama drebar and plat cab tu.
Then aku suh dia turun kat simpang kecik sebelum umah mak aku. Aku cakap, "takpe, saya jalan sikit..rumah mak saya dalam lagi". So berapa ni? "Errr..RM8 dah la". Dalam geram, aku bayar gak. Kalau ikutkan dari jarak yg meter tu start mengong tu, baru RM6.40..berapa seken je trus lompat jadi RM8? Then, seb baik aku berenti kat lorong..kalau berenti dpn umah mak aku, dia akan charge lain berdasarkan saiz umah. Aku penah naik cab dr Subang Perdana ke umah mak, dengan tambang RM10. Bangsar ke Midveli pun baru RM4. Dan jarak rumah mak aku ke Subang Perdana..half of it. Eeee.. gereem gue.

Selasa
Pi Midveli ngan adik (Teha), Syira dan Syamil. Tengok Jumbo Gajah Biruuuuu...wahahahha! adik aku siap ugut nak tido dalam panggung. Tapi time movie, boleh plak dia terkelip2 mata tahan nangis..poyo! hahaha! Citer dia simple je pasal Jumbo (Akim AF7) yg sanggup tinggalkan family semata2 utk negara. Dan Luna (Mila) merajuk sebab sangkakan asben dia tak sayang dia and the kids. Aku terasa macam citer aku plak.. bukan sebab terasa cik asben salu tinggal2kan aku..tapi sebab aku terasa cam Luna, Gajah comel warna pink...tapi aku kurus sikit la kot...hihihi.. Ehh..pink.. abang Vad..di mana kamuuu!!!... hahahhaha!
Citer tu kiut giler..ada part yg burung kecik (pakcik chiku) selamatkan Luna dr terjatuh ke gaung kot.. then dia tolak punggung gajah tu and cakap.. "beratnya ko, macam gajah!!"..wahahaha...dah tentu Luna tu gajah ;p...Aku rasa aku poyo gila time tu sebab boleh ternangis ngk movie katun Jumbo Biru..part sedih bila anak2 kembar dia Barron dan Leah kena tangkap utk jadikan korban.. pastu part mak Jumbo mati dalam kebakaran, org jahat (bangsa Hongsa) bakar rumah tu..adehh...sedih siot.
Pastu ada satu part tu bila Jumbo first time jumpa anak2 dia..anak2 dia tak kenal dia dan tak nak panggil dia ayah. Aku citer this part kat cik asben, aku cakap.. "berpada2 lah keje dan bertaekwon-do tu.. Jangan sampai si Qis tu tak kenal abah dia". Sad to say..but it might be happen kalau cik asben aku berterusan sibuk yg amat macam sekarang. Aku kena susun masa betul2 utk make sure si kenit tu ada masa main2 ngan abah dia tetiap hari. Tak tentu..kekadang time budak tu nyusu tengah2 malam pun sempat gak. sabar je la..kontrak ngan Jabatan PPSPA utk ngajar Taekwondo tu cuma setahun. So tinggal lagi 7 bulan aku hidup tak serupa orang hehehe..
Rabu
Just stay kat umah mak. Aku tak hantar Qis ke baby sitter sebab nak bagi dia main2 ngan atuk dia. Ayah aku dah jumpa dokter sabtu lepas, dan dokter pujuk ayah aku buat operation sementara dia leh berjalan lagi. Kalau dah terlantar kat katil, dah takleh operate dah sebab kebarangkalian utk dapat kompilasi time tu tersangat la tinggi. Mmg takde cara lain. Dan ayah aku beria taknak operate. Dia kata operate tu hanya cepatkan mati je. Dia kaitkan ngan cucu dia arwah Balqis. Lps seminggu operate, meninggal. Serba salah aku. Kang aku pujuk, then jadi apa2, aku rasa bersalah lak.. Tak pujuk.. kang jadi apa2 rasa bersalah gak sebab tak usaha. Dokter suh buat keputusan by 12/4/2010. Kalau nak ikutkan, jantung ayah aku cuma 29% je berfungsi. Heart beat mmg slow.. takleh penat.. terkejut..
Dokter kata lagi, saluran jantung dia sempit, so nanti kena operate dan masukkan besi utk regangkan salur tu. Ya Allah, berikan kekuatan utk ayah aku dan kitorang semua hadapi situasi ni. Selamatkan la ayah aku. Aku mmg takut kalu jadi apa2 kat ayah aku. Dia tersangat lah humble dan dekat ngan hati anak2. So time cuti ni, aku banyak lepak ngan dia kat meja makan.. borak2..dia tengok aku makan..dia nak makan takleh, takde selera. Picit2 badan dia. Mak aku cakap, bila kitorang balik umah, ayah aku sedih. Dia takut time dia "pergi" nanti anak2 takde dekat2 dia. Speechless. Aku takleh accept dia cakap merapu camtu. Aku sedih.
Khamis
Start keje. Bencinta nyer nak keja balik. Kepala otak cam ne-no-ne-no. :(
4 Comments:
Poii, ajal maut semua di tangan tuhan.
Takleh salahkan operation, takleh jugak salahkan sesiapa kalau ayah ko memang tak mau operate.
Susah jugak kan nak buat decision macam ni.
Yang penting, kena cerita balik ngan ayah ko, pros and cons operation ni. Biar dia decide. Apa yang dia rasa akan lebih dia rasa hepi dan lebih dia rasa redha. After all, kalu kita paksa dia, ubat pun tak mujarab, sebab dia tak redha, dia tak yakin dan hepi.
Dan apa je yang berlaku selepas tu, adalah takdir dan ketentuannya. Semoga Allah bukakan hati untuk memilih keputusan yang lebih baik, ya...
This comment has been removed by the author.
salam...
kak, kalau berkesempatan buat istikharah,minta jalan di permudahankan..InsyAllah...
p/s : jgn lupa reply email yek.Tq
Thanks anon. Insyaallah saya akan buat. :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home