Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Sunday, April 11, 2010

Reunion sekolah rendah 1981 - 1986


Darjah 1 M. Kaki semua tergantung tak cecah lantai..huhuhu! Hamirolniza, duduk paling kanan. Aku duduk 4 dr kanan. Irwan sebelah cikgu sebab dia ketua klas.
Pengawas. Time aku darjah 5 rasanya. Aku yg pakai tudung, 5 dr kiri. Rosli ketua pengawas dok sebelah cikgu Disiplin, Pn Normah yg amat garang. Yg dok kat depan dr kanan tu, Sabri. Yg kat blakang sekali kiri tu Manaf. Kena dok atas kerusi sebab tak tinggi...hahahaha! *lariii*

Selepas 24 tahun, berkumpul semula, org yg sama tp saiz yg berlainan..hehehe!
Depan dr kiri: Hamirolniza, sempoii @ normaz, Erda Jaslaine.
Belakang dr kiri: Ramli, Irwan Zesly, Abd Manaf, Nasrul hadi, Rosli, Asnan, Sabri.

Rosli tetap cam wakil rakyat, skima. Masa sekolah dulu, time sekolah tambahan cikgu suh pakai pakaian biasa. Dia datang pakai baju sekolah. Budak baik kan? :p


My best frens masa sekolah..Ni dah jumpa, hope leh kamceng cam dulu balik..


Nasrul kata Mirol penah kena panggil ngan Guru Besar sebab gaduh ngan sorang budak laki yg selalu kacau dia. Tapi Mirol beria menafikan. Aku pun dok merecall, tak jugak ingat2..Nasrul kata dia jadi saksi di tempat kejadian ;p


Geng sama sekolah. Ngan manap, sama sekolah rendah & menengah. Ngan Irwan, sama sekolah rendah, menengah dan UTM. 16 tahun Irwan "membesar" depan aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabtu lepas, geng2 sekolah rendah aku buat mini gath. Walaupun tak ramai yg join, cuma lebih kurang 10 org, tapi "majlis" berjalan lancar dan havoc..sampai tokey kedai pun tatau cemana nak halau kitorang balik huhuhu!

Start kul 3 tajam katanya tapi memandangkan semua macam was2 je nak datang awal, maka majoriti datang kul 3.30pm. Hanya Rosli ngan Asnan je sampai awal. Aku dah ready dr kul 2.30 tapi ready kat umah je la, sebab aku numpang Irwan yg dtg dr S.Alam. Cik asben ada grading Taekwon-Do kat sek. rendah Bukit Subang.

Yg datang hari tu, Hamirolniza, Erda Jaslaine, Irwan Zesly, Rosli, Nasrul Hadi, Asnan, Ramli, Sabri dan Manaf. Eksited gila jumpa balik Mirol dan Erda. Dengar citer, Rohana dah datang tapi dia tengok takde org, dia pun balik.

Hamirolniza ni best fren aku dari darjah 1 sampai 4. Pastu dia pindah Kedah ikut family dia. Yg aku paling ingat pasal dia ialah rambut panjang bergulung2 tu.. cantik seh. Dia anak tunggal. Aku salu kagum ngan apa yg dia ada..err maksud aku barang2 dia dari pencil box sampai la ke accessori rambut - mcm sepit rambut, reben, cekak semua sure yg canggih2 punya. Permainan yg mak dia beli pun yg canggih2. Aku salu pi umah dia tumpang main masak2. Aku rasa cam bestnya idup dia. Time tu pikir, napa la mak aku beranak ramai...sampai 7 org..huhuhu. Sampaikan air yg mak dia bekal tiap2 hari tu pun aku kagum. Aku bawak ribena, tapi dia bawak air "Tang" yg rasa oren pekat tu. Time tu, air "Tang" tu ala-ala bangsawan je yg minum...huhuhu. Before Mirol pindah, dia bagi aku sikat berlipat yg berukir. Aku dah kata dia ni mmg ala-ala bangsawan...hehehe! Dan jeng..jeng..jeng..aku masih simpan sikat tu sampai sekarang. Dan aku ada bagi dia beg dompet syiling buat kenangan, err tatau la dia simpan lagi ke idak.. :p

Lps Mirol pindah, aku cam mati kutu sikit. Then ada budak baru masuk, lps Penilaian darjah 5 (huhu..nampak tua betul aku ek..bukan zaman UPSR tu) rasanya, nama dia Erda. Aku rapat ngan dia pulak. Masa aku sekolah, wpun aku top student, tapi aku sangat la low profile dan cepat berkawan ngan org. Taktau la napa. Dulu, dalam kepala hotak aku, ingat belajar-belajar-belajar. Dengan Erda, aku rasa dia matured sikit dr kwn2 lain. Maybe sebab dia dr sekolah lain. Time tu, mana ada aku, disitu ada Erda. Semua kelab join sama. Cuma aktiviti lps sekolah tu ada limited sket sebab dia dok RRI kat Sg Buloh. Lps sekolah trus balik.

Irwan ngan Manap toksah cakap la. Lps sekolah subang, aku sambung sekolah mngh kat Sek Hisamuddin Klang ngan Irwan dan Manap. Sampai la tingkatan 5. Masa sek rendah, aku ngan Irwan salu jadi Top student, tapi masa sek mengh, manap satu top 5. Dia baru nak matured kot...hiks! Ekceli, ayah aku kamceng ngan ayah derang. Bukan Geng Bas skolah, tapi Geng mesejid..huhuhu!. Ayah Manap, Bilal masjid. Rumah Irwan lak dekat ngan mesjid. Kagum aku ngan org2 tua ni. Kalau terjumpa tgh jalan pun, boleh borak pasal anak2 punya pelajaran. Tak macam kat dalam filem2 tu..jumpa je terus citer nak tunangkan anak ngan anak kawan.. Sib bek, ayah kitorang tak camtu.. Owh ya, ngan Irwan lak, bukan takat sama sekolah menengah, tapi sama study kat UTM. Course yg sama..major yg sama (Komputer Industri) ..satu klas lak tu. Korang imejin, 16 tahun aku satu klas ngan mamat sorang ni. Bak kata Irwan, sib baik la tak seroomate kan? Cet!

Rosli bagi aku mamat skema. Maklum ler ketua pengawas. Antara competitor aku dlm belajar. Skema ke tak dia tu, korang leh ngk masa kelas tambahan. Cikgu suh datang pakai baju biasa sebab klas tambahan tu hari sabtu. Dia tetap datang ngan baju sekolah. Time gath tu pun, kalau yg lain perasan la, dia macam wakil rakyat melawat kawasan, ngan baju kemeja.. butang penuh. Kagummmmm aku! jangan mare...
Nasrul Hadi.. mamat nakal masa sekolah. Salu jadi carta ter-hot dalam nama-budak-buat-bising-time-cikgu-takde. Asal cikgu takde je , dia buat bising. Asal dia buat havoc je, sure cikgu takde. Cikgu denda apa pun. dia selamba je buat. Kalau satu nama tu leh tukar ngan duit RM1, aku rasa dia dah kaya raya dah time tu..Aku penah slow talk ngan dia, baik2 ngan dia..tapi dia buat muka selambederk je..Tak jalan..so aku yg jalan..Cuma ada satu insiden tu, aku tulis nama dia, pastu dia kena denda teruk..pastu aku rasa bersalah tak sudah. Aku hope dia tak dendam ngan aku.. Tapi sib baik budak2 dulu baik2. Kalau budak sekarang, sure aku dah kena belasah lps sekolah..kan? kan? kan?
Asnan, Sabri dan Ramli.. derang dok RRI Sg Buloh kalau tak salah aku. Datang-balik sekolah berjemput ngan van sekolah. Aku jarang bercakap ngan derang. Tapi tu budak2 cool masa dulu sebab tak banyak buat hal.
Aku hope..next gath kita buat lagi proper. Ajak ramai lagi macam Amyza Adnan yg glemer tu, siti salwani (adik ziana & anuar zain tu), Rohana, Sharda Fariza, Duna, Rafidah, Saniah, Junainah, Siti Azni, Rosnah, Tontisah, Sofia Hayati, Zabidee, Ismadi, Azizul, Badrul Hisyam dan ramai lagi yg aku tak ingat. All the best to all of u and May our frenship remains forever. I looove u olsss!

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

mak aii..blh buat cerpen.
sabri tak duduk RRI, dia duduk kt Kg.Baru Subang kt atas bukit nun.
-irwan-

11:32 AM  
Anonymous sempoii said...

Tu lah aku..kalau dah start celoteh tak leh stop.. ko gak yg merana kena baca...hahahaha..

12:29 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home