Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Sunday, May 03, 2015


Ohhh maii...ngam-ngam 3 tahun tak update blog. Ni bukan dah bersawang, ni macam dah bernisan..hahaha! Alhamdulillah, I'm still alive and kicking.

FB is too mainstream nowdays. Blogging ala-ala indie la plak sekarang. Orang nak carik kau kat alam maya, org akan carik FB, jarang carik blog. Sooooo...lets blogging!

Banyak yang dah berubah sekarang, since aku tinggalkan "sementara" alam blog, 3 tahun lps.

FIRST: Ayah aku dah takde. 2 April, 2012 aku secara rasminya hidup tanpa Daddy. Ya Allah, sebu hati aku. Aku tak yakin dapat hidup tanpa daddy. Hmmm..ok. aku dah start nak nangis. So better i cut it short. Aku berdoa agar arwah daddy di tempatkan bersama orang-orang beriman. Amin. Sayang daddy... *sigh*

SECOND: Aku dah tak kerja. Regional Processing Centre KL dan Processing Centre Buenos Aires dah close down dan move to Pilsen, Republic Chezh. Nak mengejanya pun tak betul, ni kan plak nak dok sana. Masa dapat berita, aku baru balik Bandung dgn Ainul, Firdaus, Faizal dan Zatul (teman Ainul shopping baju wedding dia). Terkedu. Boss bagi few options. First. Pindah ke Pilsen. Boleh bawak family tapi company hanya support aku sorang. Heyy Where got. Camne asben dan anak-anak aku nak survive kat sana. Evette dan sorang team member chose this option. Derang ok la, single dan suka travel. Second. Relocate to any Haygroup branches termasuk la Haygroup Malaysia. Macam tak best je. Nick move to Australia, Ainul, Nanthini dan sorang lagi tu pi cawangan Malaysia. Third: Amik VSS dan chow. Ok confirm aku amik yang ni. Fullstop. 

THIRD: Aku jadi surirumah weih! Awal2 macam mati kutu jugak. Dah biasa keluar lps subuh, balik lps maghrib, tiba-tiba kena dok umah diam-diam dan boleh bangun waktu zohor...hahaha! Aku start belajar memasak secara hardcore. Dok study buku resepi tetiap hari. Banyak resepi aku dah try. Alhamdulillah cikasben dan mykids suka masakan aku. Syamil pun dah gumuk dan tough banget, berkat makan nasi 2 pinggan sehari. 

FORTH: Aku dah stop gym gara-gara citer korea. Mana taknya, kalau tiap-tiap hari kejar citer korea pukul 8pm, bilanya aku nak pi gym. So dengan berat hati aku stop gym, dengan alasan bertulis "workload kerja" tak dapat nak tanggung lah kononnya. walaupun........ Tapi tahun ni, aku start join running ngan Norzu, Sally dan Lilly. Since 2012 aku dok follow on FB si Norzu ni lari tapi tak sempat2 nak join. Norzu ni sama Univ ngan aku kat UTM skudai, dia ketua blok G10, jgn memain, Lilly plak, junior aku masa skolah menengah kat klang dulu. Masa dia form 1, aku form 2. Tiap2 minggu parent dia datang melawat bawak coklat Vochelle 175gm. Dan kami tumpang perabihkan. Sally plak senior Norzu masa skolah kat Ganu dan Sally dok kat Bukit Subang!, sama taman ngan aku. nampak tak kemain indahnya susun atur yg Allah buat utk aku. Pusing2 tang tu jugak.. Alhamdulillah.. huhuhu!

FIFTH: Abg RAM dan RAMFC amanahkan aku jaga jualan buku Kelab (RAMFC Store). So far dah jual buku Igauan Maut, Jembalang, Igauan Maut (v3) dan Personal Justice. So far, sales Alhamdulillah. Semoga tercapai cita-cita nak tengok tabung kelab menuju ke puncak jaya. Untung sikit takpe beb, asalkan berkat. Jangan nak makan sorang je, itu menjual ikan (selfish) namanya.

SIXTH: Ok skrg aku nak tido! nanti sambung deh.. till then, ilal liqa'
















4 Comments:

Blogger DeLinn said...

yayyyy poii on the blog!

baru aku tau ko renti gym sebab korea. ahkak sokonggggg! hahaha

10:42 AM  
Blogger Arena said...

Yezzaaa.. dah baca gak. Welcome back.

3:29 PM  
Blogger Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

3:47 PM  
Blogger Rusdan Saamri said...

Assalamualaikum..saya mencari buku 7 Legenda Numerius, berminat untuk jual? Atau tahu anyone nak let go? Thanks

4:07 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home