Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, November 01, 2010

Qistina - almost 2 years old..

Hi, saya Wan Nur Qistina. Ingat sapa saya? saya yang duduk songsang dlm peyut mama saya dulu..hehehe..Sekarang saya suda besar. Suda 1 tahun 11 bulan. Mama saya kata bukan saya aje yg besar,rambut saya juga membesar dgn sihat (mengerbang).
Hobi saya ialah membebel dan berlatih Chi-qong bersama abah saya di dalam kereta. Apabila abah boring semasa memandu, dia akan mengepal2 kan tangannya dan memukul2 lengan kirinya. Saya akan buat benda yang sama. Saya amat menyukai hobi abah saya kerana ia amat sihat, berbanding dengan hobi mama saya. Hobi mama saya ialah tidur apabila berada di dalam kereta (mama! macam mana nak buat gambar senyum ni?).


Mama saya kata gambar ini sangat sama dengan gambar ayah saya masa dia kecik-kecik dahulu. Masa tu dia merajuk kerana tok we tak belikan helikopter. Oh ya, ramai yang bertanya mengenai rambut saya yang unik ini. Dalam adik beradik saya , saya seorang sahaja yang kerinting bersama ayah saya. Apabila saya mandi, rambut itu akan panjang ke bahu, apa bila rambut itu kering ia akan naik semula ke atas. Mak saya kata ia berlaku kerana udara panas akan naik ke atas. Begitu juga dengan rambut saya.
Bila saya besar nanti saya nak sekolah di "Mat derr kit" (smart reader kid).

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home