Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, October 31, 2005

Hepi Eid Mubarak, Minal aidil walfaiizinn..

Cuti Raya dah approve! yahooooooooooooooooooooooooooooooooooooo! erkk..ehem..ehem..ilang sore..

Ekceli jumaat lepas, hati aku tersentap gila sebab bila aku ngk "Leave database" nama aku takde mark apa² cuti for raya. Aku apply cuti 3.5 hari (rabu half day for muslim). Yg lain termasuk sepet² tu siap cuti tak henggat tu sampai minggu lagi satu. Approved pulak tu. So aku bincang ngan Bib, Bib advise aku datang hari senin pastu slow talk ngan bos. Boss aku ni dok kat opis Singapore sebab visa sini tak lepas lps stay sini 2 tahun. So sebulan sekali dia dok seminggu kat opis aku. Hidup-hidup aku ingat dia dah approve cuti aku. Dalam kepala dah pikir macam² nak hamun jek "Lu apa hal? orang len u kasik cuti, sepet² pulak tu..i yg celebrate raya pun tak cuti² laie nih. Jgn buat ini macem laa boss, kalau tarak puas hati, sinih..sinih mari.. kita..kita errr..kita slow taaaalk..(nak blasah tak berani, kasik alasan bulan pose) huhuu" <- ini lps ditranslet ke bahasa aku. Boss aku ni mat salleh Australian. Kang aku cakap cenggini mao ternganga 16 seken. Aku dah setelkan keje aku hari khamis lagik. Hari Jumaat just nak online kan report tu jek. Semua beres kul 3pm. Just imagine, keje yg bese amik masa sebulan setengah aku siapkan tak sampai sebulan. Aku terpaksa keluarkan semua skill kegabanan aku nak speed up the process. Alhamdulllah sempat. Kalau idak aku kena anyam ketupat depan pc la plak..uhukk! (bukan anyam ketupat cam bese kita buat tu tau
srox..huhuhu)

Nanti aku cerita detail rentetan kebizian aku di bulan pose yg mulia ini. Hanya kerana misscommunication antara org² atasan, aku jadi mangsa keadaan. Jadi kambing itam jer dah 2x bulan ni. Derang kasik alasan aku senior leh buat keje pantas dan selamat (macam poslaju gitu). Sedih aku sebab dek terlalu bz aku sampai terlupa dah nak dekat raya. Yg aku ingat aku banyak buka pose kat opis/emkop dari kat umah.

Stop bebel. Citer pasal raya plak.

To PFS, Auroran (geng artakus dot net),
Joe Perantau & taggers Joe Perantau, bloggers kroni setia (Ed & cL), readers dan silent reader (ecewah..macam la ada…ahaks!) ..Sempoii ingin mengucapkan HEPI EID MUBARAK and jua HEPI DEEPAVALI (pd vad). Mohon Maaf Zahir Batin. Ni pantun aku utk tahun ni. Ada banyak version hehehe..

“Dekat” BB Thai berbuka puasa,
Kempunan nak order asparagus belacan..
Sempoii ini insan biasa,
Salah silap harap dimaafkan.


Utk Mokhzani a.k.a. Orange (link umah baru tak berani letak takut kena marah), bebanyak time kasih sebab sudi blanja sempoii n family buka pose kat Seri Melayu kat Jalan Conlay nuuu hari sabtu lps.. Terkedu kejap aku bila aku tau buffet kat situ satu worang RM69, dan RM35 utk budak kecit. Aiyooooh utk family aku jek mao terebang 200+. Lom campur family dia lagik. Dan aku bebetul mintak maaf atas segala respon spontan aku bila ko cakap rega cenggitu (nk tau aku cakap apa ->> “mahalnya..ko gilaa orange??”, sambil terbeliakkan mata). Dah la orang blanja, pastu cakap gila plak.. mmg nak kena blasah aku nih. Sori ek Orange. Sampai kesudah hati aku rasa serba salah. First serba salah sebab org blanja mahal. Seken, rasa bersalah sebab aku tak makan bersungguh², aku cuma “mampu” makan RM38.67, belen makanan tu semua kip the cen. Dan yg third sebab respon spontan aku yg tadi tu lah..uhukk…

Lps makan, ada persembahan tari menari. Cun² penari dia. Yg amat kosentret masa tu aku ngk ialah asben aku, orange, syamil dan anak orange yg lelaki tu, azri. Aku siap ngumpat ngan wife orange lagik “nengok tu..orang lelaki sama jek…”...huhuhu! Sekali lagi terima kasih Orange..really appreciate it. Turn aku ujung bulan depan ok?

Selamat beraya utk semuaa!! Adios! nak balik dah ni..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home