Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, November 18, 2005

Interview Kirja

Di suatu pagi yg hening di bulan pose yg indah aritu (ayommmaaa!), lps kena marah ngan bos mat saleh, aku dapat call dr seorang “pemburu kepala”. Dia offer aku kerja kat salah satu kampeni Multinational oil n gas kat KL. Gaji mmg lebat la. Aku dah la baru kena marah, jawap pun nak tanak jer. Lepas dia tanya macam², dia suruh aku hantar cv kat dia pagi² buta esoknya. Yaa aampuun!!. Cv aku dah 8 tahun tak apdet. Sedangkan blog pun sebulan berapa kali jer aku apdet, inikan pulak cv yg ntahapahapa tu kan. end up, aku tak apdet pun. Malas. Jual mahal konon. Besok dia call lagi, tanya dah hantar blom? Aku cakap aku bz, tak sempat hantar. Dan² jugak dia kata dia dah "vadkan" (pospon) meeting ngan kampeni tu ke minggu depan. So dia bagi masa aku lagi sehari apdet cv. Aku conteng² kat kertas pastu aku bagi kat asben aku suh dia apdetkan. Sungguh la pemalasnya aku. Asben aku kalau buat cv mmg bidang dia la. Kalau dia buatkan cv utk tukang sapu pun, aku rasa kampeni leh trus amik orang tu jadi Manager Health and safety. Mengayat nombor satu. Camtu lah cara dia mengayat aku dulu.. :p

Lps dia remind aku 2x, baru la aku email cv tu kat dia. Ingat kan lepas bagi, dia senyap la kan utk beberapa hari. Dan² jugak dia nak buat appointment nak jumpa aku hari senin minggu depan. Ada² jer la minah ni. Aku dah la bz tahap cipan time tu. Senin tu, jumpa jugak la minah tu kat Starbuck lps opis hour. Dia order “Rhumba”. Aku pose. Crettt. Terkebil² aku ngk dia minum air peberet aku tu. Sesi soal menyoal tu ambil masa lebih kurang sejam setengah. Terer gak aku merapu.

So, ari Rabu 16/11 dia call suh gi interview Jumaat tu. Aduh capek jantungku..Dah 8 tahun aku tak gi interview. Lps grad dulu aku cuma pi interview 3x. First kat satu kampeni IT kat KL tu, seken kat kampeni skang, third kat Samsung Senawang tu ha. Masa interview Samsung tu aku baru lps kena ciken pox, pakai bedak 2 inci nak kaverina parut. Ada satu jer aku tak pi sebab jauh, kat Pasir Gudang. So Jemaat tu aku gi jugak la. Asben aku yg on MC tu pi hantarkan.

Lepas isi boring yg macam borang “income tax” tu, sampai la turn aku. Aku ngk sebelum tu sorang² kuar ngan gaya werll. Aku pi ngan baju kurung jek. Asalnya kena interview ngan 4 orang, last² ada 2 orang jek. Dia tanya soklan bese, cerita pasal diri sendiri dan apa yg aku buat selama 8 tahun keje ni (tak termasuk “buat bodoh”). Lepas tu turn mamat HR tu tanya aku “ada apa² soklan nak tanya tentang kampeni tu”. Ngeh! ngeh! ni yg best ni. Ekceli kampeni ni dulu client aku, so sebelum interview sempat la aku ngk “history” dia kat database opis. Dia last hantar data last year, tapi dah 2 tahun tak masuk report. Si “pemburu kepala” tu kata kitorang dah lost ngan satu kampeni lain “H” (bukan nama sebenar jugak). So aku pun tanya la (lps ditrenslet)..

Aku: “napa tak jadi client kitorang lagi?”
Dia: (muka terkujat) “ehh…still guna kampeni korang cuma ada certain survey jer kitorang guna si.. si (aku nyampuk si “H”?) aaarrr si “H” tu la”. Waaah you lagi tau dr I arr..
Pastu aku tanya lagi (mmg tak sedar diri tak henggat aku time tu)
Aku: "Oooo iya ker. Kalau gitu, napa tak hantar data this year? last sekali hantar data last yearkan. Bulan 4."
Dia: “errr yg tu kita akan check ngan si polan, napa dia blom hantar lagi data kat you all”
Aku: "tapi kampeni ni dah 2 tahun tak masuk report..kenapa ek.."
Dia: "You ni macam bukan datang interview tapi macam spy kampeni la plak.. hahahahaha!" (kitorang gelak sama², tapi aku gelak kaverina)


Sah aku tak dapat keje tu.. ahakss!

Moral of the story: Jgn lawan tokey time interview.
:p

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home