Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, November 09, 2005

Terbasi di pasaran - cerita raya seorang sempoii

Cerita beraya Deepavali boleh didapati dalam entry ini. (hehehe sama la tuuu)

Dua hari before raya (Deepavali), aku ngan Abg Dins tatau nak buat apa siangnyer tu kan. Kang terlebih gurau lain lak critanya. Bulan² pose ni..hahaha! So macam biasa, bila kitorang tatau nak wat per, kitorang akan cat umah (jgn memain!). Kitorang mmg tatak plan punya. Main belasah jer. Tempat sasaran kali ni ialah dinding sepanjang tangga yg penuh ngan cop tangan comot si syamil. So nak kaverina, kitorang cat separuh jek sebab plan nak letak border. Tak la lama sangat, sejam jer kot ngecat. Pastu memuji² diri sendiri tu yg lama, sampai berjam². Especeli Abg Dins, apa cerita pun, end up ngan crite “cat dinding kat tangga” tu jugak. Eksited ler tu. Malam tu lps raya umah si Jay kat Kuala Selangor, Memen tumpang tido umah sebab dah lewat sgt. Sampai umah kul 1.30 pagi. Kul 2 pagi tu Abg dins ngan si Memen pasang border kat tempat dah cat tadi. Aku? aku ngk tv.. rajin kan?

Sehari before raya plak, kalau orang lain dah sibuk² nak buat rendang ke apa, aku dah set hari tu nak buat ketupat. Dalam family besar aku (adik beradik 7 org, besar² juga :p), campur mak ayah aku, HANYA aku sorang jer leh nganyam ketupat. See..aku bukan setakat leh nganyam ketupat ngan srox tetiap hari, tapi aku juga leh anyam ketupat utk dimakan. Kesian kat mak aku, tetiap kali aku raya kat kelantan, terpaksa lah dia buat nasik impit. Adik beradik lain jgn harap nak belajar nganyam, 10 kali aku ajar, 15 kali derang lupa. Aku blajar nganyam masa form 2, masa kat asrama sekolah kat klang dulu. So, akulah anak harapan “anyam ketupat” hehehe..

Masa abg din gi hantar Memen ke stesen lrt, aku gi umah mak. Sampai jer at umah mak, mak cakap “tak jadi buat ketupat, daun tak jual kat pasar”. Hoh!..kena makan nasik impit gak ker. Tak werlll la gini. Uwaaaa!! So aku tukar aktiviti, sapu² laman umah mak, ni keje peberet aku masa aku kecik sampai la muda remaja. Since aku tak suka masak, so aku tune “tugas² khas” sapu laman. Asalkan mak aku tak bebel kata aku malas wat keje umah. Balik umah, abg din cakap cat banyak lagi. Cina tu kata cat tu leh tahan seminggu je lps bukak. So kitorang decide cat ruang tamu plak, tapi border dia pakai kayu. Setengah jam siap, maklum ler dah expert. Pastu pensan separuh hari. Penat menyapu tadi tak abis, campur penat ngecat plak. Adehh! Nyaris termiss buka pose. Patut buka kat umah mak ngan semua dik beradik, sebab malam tu nak main bunga api ngan mercun sesame (syhhhhh! Jgn kasitau pak polisi yachh!). So, lps isyak, gi jugak umah mak main bunga api ngan mercun ngan semua anak buah dan ngan mak bapa anak buah sekali. Malam tu kul 12.00 tgh malam, aku ngan kakak n adik aku yg sarat ngandung tu (baru 4 bulan dah nampak sarat), ngan asben memasing gi ukur jalan kat jalan TAR. konon nak beli kuih. Tak la banyak beli pun, beli kerepek ngan maruku jek. Kalu beli kuih tak tahan lama. Budak² semua adik aku Teha jaga. Kena bayar upah 10 hengget. So malam tu dia dapat 30 hengget. crett! Masa shopping, terserempak ngan Alangz kul 3 pagi tuuu, tegur dia. Pastu terserempak ngan adik Rosyam Nor. Aiyooooo! yg ni mmg tak terkata. Aku mmg minat banget kat dia ni (abg dia minat sikit² jek), sejak dia berlakon citer drama bersiri "dendam terlerai". So terkaku jap la kat kaki lima kedai tu. Dia pun cam terkaku sebab tak penah ngk org terkaku ngk dia agaknya (ke aku yg perasan). Pastu lepak kat stall jalan Doraisamy, pekena sup ekor kul 3.30 pagi. Balik umah kul 4 pagi.

Pagi raya, gi umah mak. Serba purple tahun ni. Lps semayang raya, pergi ziarah kubur anakanda tersayang, Wan Mohammad Syahmi Hakimi. Kali ni aku bawak syahira dan syamil sekali. Nak kasi derang kenal kat mana abang Syahmi “tinggal”. Sebab tiap kali lalu depan Johawaki kat subang tu, syahira sure tanya “mama, kat atas bukit tu tempat abg syahmi tinggal kan?”. Before balik, syamil lambai² kat kubur tu sambil sengih happy. Ntah apa yg dia nampak. Wallahuaklam.


Pastu baru la salam² ngan adik beradik, mak daddy. Tukar² angpau…err bukan tukar, bagii..uhukk! tahun ni derang semua dapat angpau mawi..ngeh..ngeh..Petang raya umah Uwan (nenek) kat seremban. Sepanjang jalan, aku tido, tido dan tido.

Lps tu raya ke 2 hingga ke 6 punya la boring. Aku pandang Abg Dins, Abg Dins pandang aku. Dok memerap jer kat umah. Bila ada sedara datang umah mak aku, baru la aku pi. Cuma masa raya ke-6 tu best sikit, member sekolah menengah databf beraya. Yus ngan Mieza datang bawa anak. Zarina still single. Havoc umah nengok album masa sekolah dulu. Sib baik Abg Dins takde sebab dah start keje. Pastu gosip² sipolan (kawan kitorang, bukan hurup sebenar) dah kawen duaaaaa….isk laju jer citer pasal gossip. Pastu kitorang beraya umah Manap kat shah alam.

Pastu raya ke 7 dah kena keje..uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home