Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, December 05, 2005

Jiran sempoii yg sempoi

Kalau la ada pertandingan untuk residen berhemah mingguan, nak jer aku calonkan diri sendiri. Ahakss!…perasan gitu. Ekceli hujung minggu lepas jadual aku penuh ngan aktiviti residen Taman kat umah aku tu.

Hari Sabtu lepas ada majlis AidilFitri (walaupun raya dah abis) untuk residen² Plot H. Konsep pot-luck tapi ada la main-course - lemang yg derang bakar sendiri malam sebelum tu sampai kul 2 pagi. Sib bek la aku tak join.. So nak kasik kaverina sebab tak join, aku buat la 2 loyang puding caramel yg derang salu puji² tak hengat kata sedap tu kan (bukan aku cakap tau..srox cakap, arc cakap, orang umah ujung tu cakap, orang umah aku cakap , mak aku cakap tu blom termasuk adik beradik aku yg cakap :p). Sib baik la aku sampai² jer, acara dah mula separuh jalan. So, tak la lama sangat nak tunggu time makan. Ada plak acara mengafundi utk pro-team 2006. Orang angkat tangan aku angkat. Orang sokong aku sokong. Semua calon aku sokong sebab aku tak kenal sesapa pun dalam majlis tu..huhuhu! Oleh kerana aku ngan asben mmg low profile kat situ (walaupun dah dok situ lebih 9 bukan, kalau ngandung dah bersalin dah tu), so kitorang tak termasuk dalam mana² ketegeri percalonan. Orang kenal pun idak. Tapikan, ada sket pelik derang ni. Tiap kali pengerusi sebut nama calon lelaki, adaaa jer nama penyambung kat blakang nama. Kalau dulu orang panggil Din panjang, Man pensan, Zul pendek dan macam² nama felik ikut identiti orang tu atau ikut sedap mulut orang yg bercakap. Tapi yg ni, nama² kereta derang pelengkap nama memasing. Ada Man Evo sebab dia pakai Mitsubishi evo, ada Zul perdana, Mat Honda. Kalau sama keta, dia tambah kaler kat blakang, jadi Rizal Perdana merah. aiyooo! itu maciam pun ada. Kalau aku pakai Proton Tiara ada harapan la orang panggil aku poii tiara. Ahakss! nampak ratu gitu.

Masa time makan, aku cuba la beramah mesra ngan jiran tetangga. Kenal sorang…sorang..sorang..since aku memang peramah, so senang la nak masuk line mokcik² ni..errr..ker aku ni memang ketegeri makcik²? hohoho..tapi yg unsangkarable tu kan, dalam low profile² aku ni, ada gak yg kenal aku. Ekceli derang tak kenal aku pun, tapi derang kenal asben aku. Ada yg tanya..”oooo ni wife enche sharifudin yg ngajar taekwon-do tu yeaa?” Pulakk…aku numpang glemer dia la plak… so berbasa-basi la aku “ehh..macamana leh tau ni?” dia jawap “Ooo asben saya salu citer pasal asben awak”.. Pulakkkk lagi satu kali! Ada sorang tu plak cakap “Oooo ni yg asben naik keta itam tu ek?”. Adeehh….asben aku jugak yg derang nampak. Walaupun most of the time, aku ada jer kat sebelah dia jadik co-pilot time naik keta.

Lepas majlis tu pulak, aku gi open haus umah jiran selang 5 umah. Sama macam kat majlis tadi, bila orang lelaki salam² mesti nak kait ngan keta memasing. Ntahapahapentah. “Oooo ni Din keta itam yg kuar umah pagi² buta tu yea?” ..cessweges. Pastu yg pompuan bila salam² sebut nombor umah.. “hai..saya umah nombor 26”, “saya yg nombor 38 umah ujung tu jer”, “saya umah nombor 16 yg kaler gate putih tu”. Cuma yg aku lom dengar “hai..saya umah korner lot ujung tu yg dah renovate cam istana tu”.

Dah start jumpa kawan baru, tak abis kat situ. Sambung lak pot-pet-pot-pet kat pintu pagar umah jiran sebelah plak. Kebetulan ada org datang umah dia pasang rumput kapet. Sambil ngk² cara derang pasang, sempat lagi pot-pet-pot-pet. Cerita peberet pasal maid (maid lari, maid jiran tu gitu gini, susah nak carik maid baru), pasal anak (anak sekolah pandai, tuisyen kat mana..bla..bla), pasal kerja (kerja buat apa, kat mana, bila naik pangkat (hoh!)). Aku macam bese dok promot suh anak dia masuk taekwon-do. Marketing kena baekkk. Dah kenal betul nanti baru leh citer pasal Zhulian. ahakss!

Besok plak, gi open haus umah jiran peramah semalam tu. Dia orang kelantan pandai buat nasik dagang. Aku buatkan satu loyang caramel utk dia. Promotion tak abih lagi tu. *wink*. Sambung lagi mini gathering kat situ. Orang laki kalu kumpul salu dok citer pasal rumah jer. Kalau ada komplin² yg lambat developer nak solve, wahh laju jer derang ngumpat. Yg pompuan tak lari dr topik² aku sebut tadi. Aku pun dok perati sorang², ada yg aku rasa aku leh ngam, ada yg aku rasa payah nak ngam. Tapi tatau lak kot² satu hari aku ngam ngan orang yg nampak takleh ngam tu kan. Manusia berubah. So aku tak leh cepat judge orang. Ada sorang pompuan tu tegur aku, lps kenalkan diri aku “saya umah nombor 29” trus dia kata “Laaaa..ni yg asben bawak keta itam, kuar keje pagi² (macam penah dengar je kan), balik malam² tu yea? Yg keje kat PJ tu kan?” Perghhh! jawapan, harus aku bagi 9.5/10. Rupanya semalam, dia ngan asben dia dok borak² ngan asben aku kat majlis raya tu tapi tak sempat borak ngan aku. Rupanya dia dok depan umah aku jer. Memang ler aku ni spesis tak kenal jiran. Selama 9 bulan dok situ, aku tak hirau hal keliling. Aku buat hal akuu jer (bunyik cam dah nak insaf dah ni). Asben aku ada gak join futsal ngan derang atau join operasi rukun tetangga (I’m proud of you :p). Aku? nan adooo.

Sedar tak sedar, ketika sibuk menginvolvekan diri ngan jiran tetangga, aku dah termiss 2 event ngan kengkawan cyber. Satu aku miss mini gath tagger Joe Perantau kat midveli kul 3pm..Uwaaaa! Anne dari Singapore naik KL. Terkilan tak dapat jumpa. Malam tu konon nak mengadu domba ngan si Delinn kot² ada mini-gath extended sampai ker malam ker.. Delinn jawap “Cehh! Dah terlambat..muakakakaka!” Uwaaaaaaa! Jiwa tertekan.. :p

Yg kedua aku miss MnG Textamerica kat Rum & Jungle, KL. Aku beria nak jumpa orang² TA especeli Azhari niterider (at). Dia sanggup mai dari Penang gi gath tu, aku yg dekat tak dapat pi. At kata , takper nanti jumpa lain kali. Insyalllah.

“Saya berharap ini meropakan satu permolaan untuk saya mencampurkan diri bersama² jiran ter-tangga. Pesanan hikmat masyarakat, “jiran seberang laut nampak, jiran depan rumah tak kenal, tegurla kalu terserempak, boleh la kita berbual²..padiyapppaa!” (sambil tangan² pusing² tujah langit). Sekian. Karam Singh Wallley-arr melaporkan dari studio sempoii.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home