Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, November 23, 2005

Abg Dins vs Batu karang

14th Nov 2004 (Isnin)

Hari Isnin kul 4 pagi Abg dins sakit kat pinggang kiri. Dia kata sakit mencucuk². Aku letak minyak angin. Bila dia dah tak tahan sangat dia trus gi klinik sorang² drive, aku jaga budak² kat umah sebab derang still tido. Risau gak aku boleh ke dia drive sesorang. Nyesal pun ada gak sebab aku tak drive. Ada lesen pun peram sampai 5 tahun, asik renew tiap tahun. Bila dia balik, aku punya la tak sabar tanya “dokter cakap sakit apa?”, dia jawap ngan muka takde perasaan “batu karang...”. Perghhhh! berderau darah aku. Aku dah tak tentu arah. Lepas makan sume ubat, dia tido. Aku dok termenung lagi cam tak caya. Sakit batu karang nak kena wat camner ek? Aku ni dah la buta bab² medik ni. Aku reti camner nak handle semput jek. Nengok medik tv pun phobia banyak sgt tunjuk darah. Aku amik half day. Bakar (adik aku) datang, antar budak² ke umah mak. Pastu aku balik umah, jaga Abg dins, ekceli tak byk jaga pun, aku yg banyak terlelap. Just in case dia nak gerak pi bilik air. Cara jalan pun bongkok2 cam ruku’ gitu. Memang sakit sangat la tu kan. Siann dia…

Petang gi opis Bakar hantar, on the way dia nak balik ke kuitho, batu pahat (batu lagik..phobia). Buat keje pun rasa cam tak best jek. Sikit² tlepon bang din. Memang satu keje pun tak jadi. Kopi dah 3 tin aku bedal. Still tak tentu arah. Salu kalau minum setin, jiwa cam nyaman gitu utk 2-3 jam. Petang, balik keje naik bas. Razak (adik ipar) hantarkan Abg dins gi klinik panel pastu dokter bagi surat suh masuk SMC jugak. Masuk SMC Wad 4b, no katil 444. Uwaaaa! Macam la tader nombor lain. Cina kata tatak ong. Dah la petang tu kan, motor adik lelaki aku rosak. Dia kena tumpang kawan. Pastu mak aku dapat duit singgit ada conteng “Bad Luck” ngan cap jari warna merah gelap kat blakang duit tu, adik aku kata cam darah. Trus mak aku koyakkan duit tu. Kalau Mawi tau tu sure marah, mawi kan pernah tolak permintaan sorang peminatnya yg suh sign kat duit, ni kan plak pi koyakkan duit. Oppss!! apa citer Mawi lak ni.. Tapi aku cakap kat mak aku, tak boleh caya benda² gitu nanti khurafat.

Kul 11 malam, aku pi sepital bawak barang² Abg dins. Wallet pun dia tak bawak. Dia masuk sepital guna kad kerja jek. Masa nak masuk sepital kena tinggalkan ic kat guard sebab dah lebih waktu melawat (melawat abis kul 9). Sempat lagi pak gad tu perli aku "wahh..ic lama ni. bila nak buat mykad? tunggu nak dapat myvi kaa?" . Aku sekeh jugak derang ni karang. Biasa la tipikal malaysian. buat keje lat minit..ahaks! Malam tu tido kat umah mak sebab Abg dins tak kasik jaga dia kat sepital, dia suh jaga budak. Lagipun situ wad lelaki. Alahai syedihnyaa…sob! sob! sob!

15th Nov 2004 (Selasa)

Keje cam bese, walaupun hati berat jek nak keje. Tghari Abg dins sms, “kena “tembak” kul 2 ni”. Hohh?? aku call balik tanya, “tembak ngan apa?”, dia jawap “ngan pistol”…adehhh sakit² pun leh wat lawak. Dia kena buat rawatan laser sebab saiz batu karang tu cuma 3.99mm jer. Kalau besar baru la kena operate. Dia janji lepas abis, dia call aku. Kul 6pm, tak call². Aku cuak. Aku mengadu kat member “anyam ketupat” aku. Dalam mengadu domba tu sempat gak la berazam itu ini. Azam nak jadi isteri yg rajin, nak jadi isteri yg baik, isteri yg rajin masak (aarr yg tu nak kena revise balik kot). Aku sedih sangat. Takkan lama sangatkan. Penantian satu penyiksaan. Zahir dan batin.

Balik keje ngam² 5.30pm, daddy datang amik ngan budak². Pastu trus gi sepital. Budak kecoh sgt dalam keta, sampai terlajak jalan. Caught in the traffic jam. Kalau idak dah lama sampai dah. Kul 7 sampai, member sebilik dia kata bang din baru kuar dr laser treatment tu setengah jam lepas. Humang aiiii…lamanya. Kesian Abg dins..

Balik dr lawat Abg dins kul 9. Tido kat umah mak lagi..uhuk! uhuk!


16th Nov 2004 (Rabu)

Gi keje naik bas (lagi). Abg dins sms cakap tghari ni insyallah kuar sepital lps check up. Alhamdulillah. Dokter bagi MC seminggu lagi sampai 23 haribulan. Berbunga² hati bila tau dia nak kuar. Umang aii..lama tu. Rehat bebanyak, jgn pikir Taekwon-do je, ok?

Ada 2-3 orang dr geng Joe Perantau nak pi visit Abg dins petang ni, sib baik aku sempat bagitau dia dah kuar. Apapun aku terharu sebab korang bukannya penah jumpa ngan asben aku pun tapi sudi jugak nak visit dia. Time kasih atas ingatan.


17th Nov 2004 (Khamis) – 22nd Nov 2005 (Selasa)

Abg dins MC. Rehat kat umah. Tapi nama jer rehat, ada jer benda dia nak buat. Tiap kali aku balik, ada jer susun-atur perabut umah dia ubah. Tetiba bertambah meja kecik² (cam bangku) yg dia buat dr belen² kayu breaking masa demo Taekwon-Do. Kayu tu dari kayu jelutong. Kuat. Dia kata sayang kalu buang. Siap “shelek” lagi tu.

23th Nov 2005 (Rabu)

Abg dins still on MC. Lps dia hantar aku pi keje, dia trus gi SMC nak kena buat check up sekali lagi. Pastu kul 11 dapat sms dr dia “dah scan..batu dah takder. Esok dah kena keje..Uwaaaaaaaaaaaaaaaa!” <- haiyoooo ini macem worang pun ada. Saya nak amik kesempatan ini utk mengucapkan time kasih kpd sesapa yg mevisit Abg dins kat sepital dan mendoakannya cepat sembuh tempohari. Kepada student Taekwon-Do yg sorang pun tak gi visit dia, abiss la korang, teruk la kena bambu besok..aiyookk tatau. hehehehhe..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home