Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, January 25, 2006

Final Hits 1 - review ter"vad" @ terpospon


Hari : Jumaat, 20 Januari 2006
Masa : 9pm

Tempat : Auditorium RTM


Yg ni betul² last minit nyer plan. Err tapi tak sempoii la kalu bukan last minit kan? kan? kan? Aku sebenarnya tatau menahu langsung pasal final hits 1 ni. Yg aku tau masa wai em tlepon, dia ada cakap “mawi adaaaaaa..”, tu yg trus nak pi tu. ;p

Kedatangan aku disambut oleh vad dan motor elegan dia. Dia eksen la dapat kuar-masuk-kuar-masuk angkasapuri ngan pass visitor dia tu, sebab dia keje kat situ, tapi bkn keje ngan RTM la, Cuma menten sistem situ jek, dia katalah.. :p. Untuk memastikan yg kitorang patut berbangga mempunyai rakan yg keje kat situ, vad pun offer la bawak keta wai em masuk parking dalam kawasan angkasapuri. So tak yah la susah² kan lutut nak jalan kaki ke dewan.

Pusing² carik kedai makan. Kedai makan ada la 2-3 tapi yg cam warung² tu punyalah penuh, jenis yg minum secawan borak berejam-jam. Kitorang yg btol² lapar tak hengat ni, kena sabor je la ngadap spesis² gitu. Pastu decide makan kat café dia. Err aku sorang je yg makan ekceli, pastu baru vad join. Yg lain pi cop tempat dalam dewan. Pastu sekali lagi vad kuar balik ngan keta wai em, and amik ijin and the gang yg baru sampai kat pintu pagar. Kira dia jadi pak supir tak bertauliah la malam tu. Tq vad, jasamu di kenang…hik hik hik!

Dalam dewan, punya la ramai manusia. Ada yg masuk guna tiket final hits 1, ada yg guna pass visitor and ada yg guna pass ayah dia. Iskk..tolong laaa. Serius weih, ada sorang pak gad tu tanya sorang budak lelaki “dik, pass tu sapa punya” sambil tunjuk pass yg dia gantung kat leher, budak tu jawap “ayah punya”. Aiyooo! Macamana la boleh lepas masuk ngan pass tu, kalu gitu semua staff la leh masuk dalam auditorium yg besar sikit jer dr kedai mamak kat emkop tu. Haru tul. So ramai la yg kena duduk kat tangga² sepanjang jalan tu termasuk la yg betul² ada tiket. duuh!

Antara PFS yg ada, wai em (ngan adik dia), kak aidid (ngan adik dia), Lan dan ijin. Vad tak masuk sebab dia kena balik Mersing malam tu. Lan plak bengang ngan satu kapel ni sebab sehabis boleh dia nak gak duduk kat tempat yg dia dah cop utk wai em dan adik dia. Lepas bertekak, aku ngk muka Lan dah len macam jek, nak kaco pun tak berani. Syian Lan. Bebanyak sabo yer lan.

Program start kul 9 mlm, live kat Tv1. So bila live, banyak sikit la guna tenaga nak elak² muka dr masuk kamera. Hahaha! aku bukannya suka sangat glemer² masuk tv ni kan (cam tak caya jek :p) Overall ok la. Aku suka Azharina ngan “Elergi sepi” stail sentap² cam Misha Omar masa Juara Lagu dulu tu. Sib baik tak hentak² kaki. Mawi ngan lagu “Aduh Saleha” versi Sepanyol pun best. Meriah, Cuma rasa meluat plak ngan dancer yg iring dia, macam tak kena. ker aku yg jeles? hahaha! Pastu tetiba orang sebelah aku terhenjut² bahu nangis sesorang. Terkedu aku 5 seken. Pulakkk, nape nangis lak nih, aku dengar lagu Leon pun tak penah nangis :p, ni dengar lagu Mawi patut hepi la kan.…huhu! ada la tuuuu sebabnya..Mengimbau kenangan lama agaknya. pis-pis kacang pis! Praaaaapppp!

Pengacara Azwan Ali dan Saiful Apek pun macam tak berapa ngam. Apek asik kutuk Azwan Ali gumuk, Azwan Ali banyak kali sentaps. Yg si Azwan Ali plak kekadang very derr over. Konsep baju futuristic sungguh la menampakkan ciri² keRTMan. Baju kilat² tak sesuai la ngan majlis cenggini. Nampak yg “sihat” makin “sihat” ok! Bak kata wai em, “RTM ni, kalau nak komplen mmg tak cukup, dah letiihhhh”.

Result malam tu pun dah leh agak. Cuma ramai yg terkilan sebab “Gemilang” menang, bukan “Aduh Saleha”. Nampak macam budak AF mampu menang sms jek, kalau pakai juri baru la artis Malaysia Idol yg menang. Cuma persembahan terbaik tu, macam sesuai bagi kat Azharina sebab masa dia nyanyi, bulu roma meremang beb. Tapi tu semua rezeki memasing.
aik!! kepit duit kat ketiak jer kak? huhuhu!

Lagu Terbaik (1st): Gemilang Jaclyn Victor (dapat RM25,000)
Lagu Terbaik (2nd) : Elegi Sepi Azharina (dapat RM10,000)
Lagu Popular : Aduh Saleha Mawi (dapat RM10,000)
Persembahan Terbaik : Jaclyn Victor (dapat RM5,000)

Balik pastu, singgah Bangsar "supper-dek". Abg dins datang jemput ngan bebudak. Makan roti garlic nan sama itu Tandoori (aku makan roti jer la). Yummy-yummy. Sampai umah dah kul 1.30am. Aaaargh ngantuk aarrrr!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home